Sunday, January 13, 2013

day3 | dari gua pindul ke bukit bintang

Sepatutnya pukul 2 kami dah bergerak ke destinasi cinta bersama AirAsia seterusnya. Tetapi dek kerana terlewat naik ke atas, itupun dah tergesa2 dan tak sempat tunggu Mas Tawar yang manis dalam pukul 2 lebih jugaklah kami berjaya dibawa lari naik kereta oleh Mas Lilik dan Pak Mursidi. Oh, kami telah berjaya menodai seat kereta dengan pakaian yang kotor dan basah!

Kami dibawa ke Gua Pindul atau orang2 kat sana panggil Goa Pindul untuk tubing. Aktiviti ni telah dirancang dan disusun oleh Zilla, aku memang bawak badan je. Lepas dah pakai safety jacket, kami dibawa ke tempat aktiviti tu akan dimulakan. Menyesal jugak kitorang berkaki ayam, jalan nak ke sana tu jauh dan berbatu tajam. Dengan licin lagi, memang kena extra careful lah. Pulak tu kena angkut pelampung sorang satu. Keadaan memang crowded dan kami bergabung dengan satu group dari Jakarta. 

Airnya tak secantik dalam gambar yang cik gugel tunjukkan. Mungkin jugak kerana masa ni musim hujan dan orang yang ramai menjadi penyebab airnya dah hilang seri.


Kami dan mereka2 yang terlibat. Guide bagi explanation pasal tempat ni dan larangan sewaktu tubing. Masa kat sini memang clear lah kami dengar. Yang tak bestnya kami kena pegang pelampung kawan kat sebelah, kalau pelampung kami diikat antara satu sama lain, lagi selesa rasanya.


Bila dah masuk dalam gua ni, kami dah tak dengar apa yang guide bercerita kat depan. Ramai yang duk bersembang, pastu group lain pun ramai jugak. Suara yang bertingkah2. Sudahnya aku cuma layan tengok suasana dalam tu aje. Nak ambik gambar tu tak boleh nak fokus sangat, mujur kadang2 Izza tolong pegang tube aku bila aku nak ambik gambar. 


Lebih kurang 40 minit, berakhirlah aktiviti tubing di Gua Pindul. 


Dangau di tengah sawah. Sebelum aktiviti tubing tadi, kami dah teruja tengok sawah ni. Bila dah habis, masing2 ambik kamera dan sambung sesi fotografi kat sini pulak.


Gambar bergoyang, sebabnya masa ni ada lori lalu. Cepat2 aku snap dan blah, nasib baik nampak jugak rupa gambar. Bangsal berbumbung belah kiri tu ada orang nyanyi dangdut. Kebetulan masa kami on the way balik, terserempak dengan penyanyi dangdut tu naik motor. Itu pun Mas Lilik yang bagitau itulah penyanyi suam2 kuku dangdut yang kitorang dengar tu. 

Seterusnya kami dibawa pulang ke rumah Pak Mursidi. Kami akan menginap kat rumah Pak Mur dan malamnya kami akan dibawa ke bukit bintang. Apa korang ingat kat KL je ada bukit bintang? 

Kami disambut Ibu tak ingat nama; isteri Pak Mur. Bilik kami di tingkat atas. Aku dan Izza sebilik, walaupun Ibu suruh kami guna satu lagi bilik sebelahnya. Cukuplah 2 bilik untuk kami ber4, itupun dah lebih dari selesa dah. Kami dihidang dengan teh panas, kacang tanah dan keropok beras. Sedap!


Masa naik ke bilik aku terpandang suasana ni. Cepat2 panggil diorang dan snap gambar. Esok kami akan mendaki ke sana, cuma kami akan naik puncak hujung belah kanan untuk sunrise. Memang best lah duduk kat sini, melayan kehijauan scenery sambil kunyah kacang. Sedar2 dah habis setengah bekas. 

Lepas makan malam yang simple yet delicious, sampaikan aku bertambah2 lah makannya. Kami dibawa ke bukit bintang. Teruja rasanya nak tengok bintang berkerlipan di tengah pekat malam. 


"Bintangnya di bawah, bukan di atas" itulah kata2 Mas Lilik bila kami bertanya mana bintangnya. Rupanya cahaya lampu dari rumah penduduk semacam bintang di waktu malam. Ini je yang termampu aku capture. Tapi memang ramai orang kat sini, kami nak menyelit ambik gambar pun susah. Bila masing2 dah selesai, kami dibawa pulang.


Selain menjadi tempat berdating, tepi jalan ni banyak gerai2 kecik yang berniaga jagung bakar dan minuman. Memang crowded. Tambah pulak banyak kenderaan yang lalu kat laluan ni. 

Kami singgah sekejap di pos pengawal Gunung Api Purba sebelum pulang ke rumah. Sebelum tidur, sempatlah aku mintak Nani urutkan kaki aku yang masih lagi sakit. Minyak otot bunga merah yang aku beli kat apotek memang benar2 membantu. Aku berharap sangat esok aku boleh panjat Gunung Api Purba dengan dorang semua. Sebelum tidur masing2 set alarm sebab esok pukul 4.30 kami akan mula mendaki. 


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...