Bersambung dari entry ini: trip redah | sesat di penang.
Kami ke kaunter untuk register, fill up segala information yang diperlukan dan staff kat kaunter tu akan tanya sama ada nak trekking atau naik boat. Dan kami pilih untuk trekking dalam kepala duk fikir tak perlu nak panjat2 lah kotnya walaupun aku pakai selipar je. Akak kat kaunter tu pesan suruh balik sebelum pukul 6.00 petang dan trekking akan ambik masa lebih kurang 1 jam 20 minit katanya.
Lepas beli air kat kedai depan kaunter tu, kitorang mulakan trekking. Masa tu lebih kurang pukul 3.30 petang, aku set jam nak tengok berapa lama masa kitorang ambik untuk sampai. Kalau nak ke Tasik Meromiktik, ambik laluan yang sama nak ke Pantai Kerachut. Confident je aku berjalan dengan selipar, langsung tak menduga yang aku akan diduga kejap lagi. Kat pintu masuk, ada staff yang jaga. Lepas tengok keratan tiket, sekali lagi dia pesan suruh kitorang balik sebelum pukul 6.00 petang.
Sehabis laluan cantik, kena lalu jambatan gantung dan ada simpang. Kami pilih ke kiri untuk ke Pantai Kerachut.
Mula2 tu laluan okay je lagi. Happy lah sebab aku rasa macam kacang je kot giler berlagak! Tapi bila dah sampai kat selekoh dan depan tu nampak anak tangga mencanak naik, terus lutut rasa goyang. Rasa confident dan berlagak tadi terbang entah ke mana. Sampai je kat penghujung tangga tu, aku rasa nak pitam. Pening dan rasa nak muntah pun ada. Aku duduk kejap atas akar kayu, cuba untuk melawan rasa nak pitam sambil Nani dan adik Aisyah kipas aku thanks korang!. Lama jugak aku kat situ, rasa nak patah balik pun ada. Tapi bila tengok semangat dorang, gagah jugak aku cuba bertahan. Akhirnya, pelan2 aku recover dan teruskan perjalanan. Masa ni nak keluarkan kamera pun takde nafsu, dengan tangan gigil lagi, kalah orang parkinson.
Bila sampai kat Bukit Belah ni, perjalanan berbaki tak sampai separuh je lagi. Dinamakan Bukit Belah sebab bukit ni dibelah dengan menggunakan cangkul bagi memudahkan kerja2 menarik keluar balak dengan menggunakan kerbau melalui bukit ini. Mengikut versi cerita tempatan, bukit ni berjaya dibelah dalam masa 10 hari dengan 7 orang pekerja sahaja.
Bila turun another tangga yang tinggi, jumpa ni. Dah excited masa ni sebab dah tak jauh. Tapi tak adanya 5 minit, bohong semata2. Aku rasa pihak taman negara sengaja letak kat sini supaya orang rasa excited.
Dah nampak ni di celah2 pokok kat tebing bukit. Bila nampak ni dah extra excited. Jalan pun laju2 je, kalau masa awal2 tadi mintak nyawa, masa ni aku dah tinggalkan Nani dan Aisyah kat belakang. Sungguh lupa diri, kan?
Bila nampak jambatan gantung Pantai Kerachut, dah boleh nampak tasik belah kiri dan pantai belah kanan.
Apakah itu tasik meromiktik?
Beting pasir yang dah terbentuk. Sayang, aku tak terfikir nak ambik gambar dari atas jambatan. Dari situ lagi jelas beting pasir yang terbentuk ni.
Ini bermakna tasik meromiktik ini telah terbentuk. Aku tak adalah pulak nak rasa air tu, takut seh. Takat celup kaki kat gigi air, memang rasa air tu suam2 ajelah. Aku nampak ada anak2 ikan berenang2 dalam tasik ni, bermakna ada jugak hidupan. Nak tahu lebih2 pasal tasik meromiktik ni, korang tanyalah cik gugel.
Pukul 5.00 lebih jugak baru kitorang bergerak balik, terngiang2 pesanan staff taman negara suruh kitorang keluar sebelum pukul 6.00 petang. Kat dalam hutan tu dah mula gelap dan masa balik ni kitorang jimat another 10 minutes. Office pun dah tutup.
Kitorang saja melepak depan pejabat ni, menunggu sunset.
Aku rasa sunset kat Pantai Kerachut lagi cantik kot reason untuk repeat. Jeti cantik tu tutup, jadinya kitorang lalu ikut jeti kayu sebelahnya tu.
Lonely.
Kami singgah minum kat gerai depan pintu masuk sebelum meneruskan perjalanan balik. Kali ni kitorang lalu ikut Feringgi pulak, singgah makan malam kat kedai tepi jalan, takde gambar sebab biasa2 je. Aku pandang sepi je pasar malam Batu Feringgi, tak larat nak singgah dah.
Selain trekking, korang boleh naik boat kalau nak ke Pantai Kerachut. Aku tanya kat kaunter boat tu, katanya RM 80.00 untuk one way dan boat boleh muatkan 10 orang. Kalau korang nak trekking, aku nasihatkan korang pergi awal pagi, lebih banyak masa untuk korang lepak2. Macam kitorang hari tu terkejar2 sebab dah lewat.
reason utk repeat? Yeah!! i folo Anne
ReplyDeletehahaha... kalau nak merepeat tu saja je carik alasan..
ReplyDeleteboleh, jom!