Wednesday, June 18, 2014

weil china

Oh, bukan! Memang tajuknya Weil China, tapi aku tak ke China dan entry ni tak ada kaitan dengan travel pun. Tapi kali ni aku nak bercerita pasal buku yang aku baru habis baca.


Weil China; buku tulisan Emine Syenlikoglu ini diterjemahkan oleh Mohd Rofizi bin Dollah. 

Buku ini menceritakan pengalaman sebenar Qan, seorang rakyat Turki yang tinggal di China bersama keluarganya. Qan bersama abangnya Turghut, berjaya melanjutkan pelajaran di bandar. Kerisauan ayahnya terhadap pegangan hidup kedua2 anaknya sejak mereka mendapat tawaran bersekolah di bandar semakin bertambah apabila gerakan ateis dan komunis semakin mendapat tempat.
"Tautan kasih sayang antara kamu adik beradik hari ini begitu kukuh kerana kamu sekarang berpegang dengan akidah yang sama. Apabila seseorang itu berpegang dengan prinsip yang berlainan, tidak mustahil seseorang akan terus lupa saudaranya, bahkan dia akan rasa malu untuk mengaku bersaudara..."
Membaca kisah ini sehingga ke akhirnya membuatkan aku bersetuju dengan kata2 si ayah yang sering diulang kepada anak2nya. 

Abang Turghut sering menyanggah ketakutan dan kerisauan si bapa dengan menyatakan bahawa mereka berketurunan Turki yang berpegang teguh dengan agama Islam dan tak akan ada siapa pun yang mampu menipu mereka. Jawapan si ayah membuatkan aku setuju tanpa ragu.
"Ayah hanya berpegang dengan iman yang terbina di atas ilmu lebih daripada berpegang dengan keturunan..."

  
Kebimbangan si ayah tak pernah berpenghujung. Adakah kebimbangan itu menjadi kenyataan? Semuanya terjawab dalam buku setebal 235 mukasurat. 

Ini adalah rentetan dari kisah benar yang tak pernah aku terfikir. Ternyata kekuatan agamalah yang akan menjadi penyelamat terbaik dalam kita mengemudi kehidupan ini. 

Selamat membaca!


4 comments:

  1. boleh... nanti kita bawak... hihi

    ReplyDelete
  2. Pesanan sang ayah yang mampu membuat orang terdiam dan berfikir panjang... huu

    ReplyDelete
  3. indeed!
    kata2 si ayah memang mendalam maksudnya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...