Bersambung dari sini: pulau di selatan part1.
Masa boatmen tu datang pick up, kitorang complaint lah tak de pape pun. Jangankan coral, ikan pun tak muncul. Aku rasa ikan kat jeti Coconut Village tu lagi banyak. Agaknya tempat kitorang datang ni kawasan larangan, makanya ikan dan coral pun tak berani nak berkampung. Memandangkan awan gelap semacam je, dorang hantar kitorang balik. Masa nak turun tu, mamat boat offer join dorang pegi mancing sotong katanya, itu pun kalau dorang takde trip lepas hantar kitorang. Tapi takde rezeki kitorang sebab lepas hantar kitorang balik, dorang ada another trip pulak.
Since hari masih awal, kitorang mintak izin nak main ping pong kat bilik sebelah common room tu. Masing2 main hentam keromo, bukan pandai pun. Yang lebihnya gelak ajelah. Bila bola ping pong jatuh tersorok, semua pakat keluar. Lepas bilas badan dengan air bersih, kami berempat berjalan ke bahagian belakang villa, nak ke pantai. Nik suruh kitorang gerak dulu dan dia akan datang kemudian katanya.
Sebahagian dari Geng Berjimba, Izza dan Laila tak dapat nak join kami untuk trip kali ni, huhu.
Pasir pantai ni best, mengingatkan aku pasir pantai Nobby Beach. Cuma yang membezakannya adalah warna pasir je.
Berkejaran dengan ombak pun best jugak. Gigih aku nak capture gambar ketam main ombak, sampai sudah tak berjaya. Bila aku jauh, ketam tu boleh pulak berlama2 kat tepi tu. Bila aku dekat je, terus dia berlari sembunyikan diri dalam ombak.
Bila suasana makin gelap, kami ambil keputusan untuk balik sahaja. Lagipun Nik sampai sudah tak muncul2. Balik ke bilik, kami ambik giliran untuk bersihkan diri dan bersiap untuk dinner. Patutlah Nik tak muncul2, baru half way hujan turun katanya. Tapi masa kami on the way balik tadi pun ada gerimis jugak. Bila semua dah settle, kitorang ke depan dan melepak kat situ sementara tunggu makanan siap. Bila perut dah bernyanyi macam2 lagu, nak berjalan ke jeti pun dah tak kuasa.
Highlight untuk dinner kitorang, sotong goreng tepung dan ikan masak taucu tapi takde gambar.
Lepas makan, tak banyak yang boleh dibuat. Nak kira bintang di langit, mata dah rasa memberat sebab perut dah penuh. Belum pun pukul 10.00 malam, seorang demi seorang tumbang bukan di medan perang.
Bangun pagi tu, kami terus bersiap. Packing apa yang patut dan bila semua dah siap kami ke depan menunggu dihidangkan breakfast. Kami sepakat untuk ambik bot pagi ke Jeti Tanjung Leman. Dalam sehari hanya ada 2 kali untuk bot transfer dari Coconut Village ke Tanjung Leman, belah pagi dan petang. Memandangkan perjalanan pulang masih jauh dan esoknya harus bekerja, lebih baik kami keluar dari pulau di awal pagi.
Breakfast kami pagi tu, nasi lemak yang sedap! Sambal tu sedap, aku siap bertambah sambal lagi. Satu yang pasti, makanan kat Coconut Village ni sedap2 belaka. Harus angka kat penimbang bertambah bila balik ke rumah.
Kitorang akan balik dengan boat pukul 10.00 pagi, itu yang paling awal untuk ke tanah besar. Sementara nak tunggu pukul 10.00 tu, kami melepak kat depan bilik mengadap laut. Sempat jugaklah aku merayap ke pantai belah belakang villa. Nak merayau lagi jauh, sure tak sempat nak patah balik untuk kejar bot ke tanah besar.
Kampung Pulau Sibu yang ambik masa lebih kurang sejam kalau berjalan kaki ikut belakang villa. Kalau naik bot aku tak sure berapa minit. Geram tengok pasir pantai yang memutih dari jauh. Kalau datang 2 hari 1 malam memang masa limited, tak sempat nak explore. Mungkin ada rezeki untuk lain kali alasan untuk repeat.
Pulau Sibu yang ditinggalkan.
Balik ke tanah besar lebih cepat, lebih kurang 15 minit je dah sampai sebab kitorang naik speed boat. Plan kami juga turut berubah. Instead of having beriyani gam kat Batu Pahat, kitorang proceed ke Johor Bharu carik kacang pool. Excited sangat atau mungkin jugak sebab dah lapar, takde siapa pun yang ambik gambar. That was my first time having kacang pool and I think I like it! Dah dapat apa yang dicari, perjalanan pulang diteruskan dan aku sampai kat rumah nearly 9.00 pm. Traffic balik ke KL memang slow. Berakhirlah trip pendek ke selatan tanah air.
No comments:
Post a Comment