Wednesday, March 18, 2015

ke bukit gasing lah pulak

Pagi Sabtu lepas, aku ke Bukit Gasing dengan Kak. Hanya kami berdua yang available pagi tu, dan both of us memang tak pernah ke sana. Around 7.00 am aku keluar rumah dan fetch Kak kat Putrajaya Sentral. Mujurlah si Kuning adik aku ada gps, kitorang totally bergantung harap pada bantuan cik gps. Aku try nak set Bukit Gasing, tapi failed. Sudahnya aku set ke SMK La Salle Petaling Jaya sebab dari apa yang aku baca, Bukit Gasing dah tak jauh dari situ. 

Bila nampak Restoran Raju belah kanan dan belah kiri kawasan perumahan, tak syak lagi bahawa cik gps bawak kitorang ke jalan yang benar. Start dari situ parking dah penuh, tepi jalan pun berderet kete parking. Ada tempat kosong, tak menghalang rumah orang, confirm jadi tempat parking. Jenuh berpusing dalam kawasan perumahan tu sebelum jumpa tepi jalan yang selamat untuk parking kereta. 

Dari situ kitorang berjalan ke pintu masuk Bukit Gasing. Papan tanda kat pintu gerbang pun dah tak berapa nak nampak tulisannya. Orang memang ramai pagi tu, yang dah balik pun ramai jugak. Ada banyak trail, kitorang berjalan terus je. Bila dah sampai hujung, nampak ada construction kat lereng bukit tu, kitorang ke kanan. Mengah jugaklah aku, macam gini gayanya pun ada hati nak panjat gunung. Dah sampai atas, aku rehat kejap pastu ambik gambar. 


Menara pucuk rebung TM jelas dari puncak ni. Dalam kotak yang aku merahkan tu watch tower. Konon aku nak ke situ, tapi kaki bawak ke tempat lain pulak.


Tempat sebelah ni dah clear. Tak lama lagi akan terbinalah bangunan bertingkat2 menggantikan pokok hijau.


Puncak yang kitorang naik ni ada kuil kat atas tu. Kuil di atas puncak gitu. Kitorang tak explore pun, sebab dengar dorang duk baca2 mantera.


Ini view yang dekat dengan tangga nak naik ke kuil. Lepas ambik gambar, cepat2 kitorang beredar. 




Petronas Twin Tower, KL Tower dan TM Tower. Aku rasa kalau layan sunrise dari sini pun macam cun jugaklah.

Disebabkan kitorang datang lambat, memang panaslah kat atas tu. Dalam 8.30++ kitorang turun, setengah jam lepas tu kitorang dah ada dalam kereta. Dari situ kami set cik gps ke The Intermark. Maklumlah, orang kalau setahun sekali pun tak jejak KL, memang sesatlah jawabnya. 

Dah dibantu cik gps pun, berpusing2 jugak kitorang dibuatnya. Masuk dalam The Intermark, terus belek diri sendiri. Dengan t-shirt dan seluar track, berselipar jepun dan pouch bag kat pinggang, totally berbeza dengan orang lain. Kalau tak kerana nak collect race kit, takde nya aku nak jejak sini. Lepas ambik race kit dan habiskan duit kat Sports Direct, kitorang cari tempat makan. 

Turun ke bawah, kitorang jumpa foodcourt. Usyar apa yang patut sebelum kitorang settle kat kaunter makanan Korea. Itu je yang rasanya berbaloi.


Lunch set ni berharga RM12.00, lepas gst dah implement nanti jadi RM13.00. Dorang dah tulis siap2 kat kaunter. Makanan pun kena gst, tau!

Punyalah banyak, aku tak habis pun makan. Itu makan ala2 perut kosong bernyanyi riang lepas panjat Bukit Gasing. Kimchi tu macam tak berapa nak ngam dengan tekak aku. Mungkin jugak sebab aku kureng kalau makanan masam2 ni. Kalau korang peminat Korean food, boleh try kat sini. Owner dia Korean lady dia ada masa kitorang kat situ, tapi staff dia Indonesian. Dah kenyang, kitorang terus balik. Yang aku bengang pasal The Intermark ni adalah autopay machine. Tersorok tempatnya, jauh pulak tu dari exit... Haish!


9 comments:

  1. kitaorg selalu trekking di sini anne..2 minggu sekali kot kami masuk sini..paling azab trek lepas jambatan gantung tu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla, trek lepas jambatan gantung tu ikut laluan nak ke clock tower ke?
      Kitorang baru je nak try ke sini pulak... bila lagi pegi? mana tau boleh buat2 terserempak, hihi..
      =)

      Delete
    2. mmg akan lalu clock tower tu dulu anne..dari situ ke jmbtn gantung tu pun boleh tahan jauhnya...trek lepas jambatan gantung tu mmg terbaik; segala peluh jantan betina keluar hehehe...InsyaAllah, esok turun sini lagi...kalau terserempak tu silalah tegur ekkk :D

      Delete
    3. owh, kitorang pegi haritu ikut laluan bertentangan.. memang tak jumpalah tower tu...
      esok mmg xdpt lah, ada hal... insya Allah, dlm bln depan pegi lagi kot. nak try trail jambatan gantung pulak..
      kalau terserempak bukan takat tegur lagi dah, siap tepuk tampar kot, hihi.. =D

      Delete
  2. itu maknanya ko bkn pminat kpop..:)

    ReplyDelete
  3. Wah.. cantik.Baru tahu pasal tempat ini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh ke sini pula, dah dekat sangat tu...
      =D

      Delete
    2. Itulah pasal. Boleh sangat nak pergi situ :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...