headnote: ini adalah coretan kenangan dari pengalaman yang aku lalui. Tiada niat tersembunyi, hanya ingin menyimpan kenangan lalu. Ada antaranya aku dah hampir lupa sebab dah lama sangat aku tak terbang and have control dan ini adalah berdasarkan pengalaman aku terbang kat Subang Airport. Mungkin ada sedikit perbezaan dengan pengalaman orang lain.
Masa kecik2 dulu, aku cuma mampu berangan bila nampak kapal terbang lalu atas rumah aku. Kemudian, ada seseorang yang menyebabkan aku berangan tak sudah untuk terbang tinggi di awan biru. Tapi terus menjadi angan tak sudah sebab kekurangan info yang sepatutnya. Pertama kali aku terbang di awan biru bukan dengan pesawat komersil, tapi dengan light aircraft. Masa tu ada pameran karnival udara kat Batu Berendam tahun 2001. Aku pergi dengan F dan dialah yang kenalkan aku dengan ESB Flying Club flying club ni dah tinggal nama sekarang ni, bawak aku ke club house dan lepas tu arrange untuk aku terbang dengan Captain Joe. Masa aku kenal F, dia memang tengah buat PPL Private Pilot Licence dengan flying club ni dan dialah orang yang bertanggungjawab membawa aku ke dunia piloting.
Lepas keje few years, baru aku teringat nak register untuk buat piloting, itu pun bila satu insiden terjadi kat aku. Sebelum tu, aku kena buat medical check-up dulu dan aku buat kat Klinik Medi Utama Shah Alam, klinik tu antara yang dapat approval dari DCA. Dah selesai dengan medical check-up dan keputusan okay, baru boleh register dengan flying school dan case aku dengan flying club. Dorang akan tolong submit application ke DCA sekali dengan dokumen lain yang diperlukan.
Korang akan dapat 'buku' ni. Setiap pilot akan bermula dengan buku hijau ni sebelum upgrade ke next level once completed.
Dah dapat buku hijau tu bukan bermakna korang dah boleh terus terbang. No way! Kena masuk ground school dulu, get familiarization dengan communication especially. Sebabnya, walaupun guna bahasa inggeris, tapi ada term tertentu yang tak sama. Bukan main sebat je macam korang sembang dengan kawan2. Term yang digunakan masa nak communicate dengan tower atau aircraft lain, atau dengan kapal laut sewaktu emergency ada rules dan code yang perlu dipatuhi. Definitely those yang involve tahu apa maksud yang nak disampaikan dan kami jugak diajar macam mana nak relay message from one to another.
Aku lupa ada berapa total module yang kena ambik untuk PPL malas nak selongkar kotak piloting dan korang kena ambik exam. Masa zaman aku ambik exam dulu, kitorang ambik kat DCA dan masa tu bangunan DCA masih lagi kat Parcel E. Sekarang dah pindah sebelah KBS, sebaris dengan Palace of Justice. Once result dah dapat, boleh start dengan simulator training dulu. Ni pun aku lupa kena pass paper apa dulu sebelum start flying.
Setiap student pilot akan ada log book, even dah jadi pilot pun tetap ada log book untuk rekod segala aktiviti penerbangan. Setiap kali terbang, jangan lupa record segala details dalam ni.
Lepas dah buat simulator for few hours, korang akan start flying dengan area familiarization. Of course lah dengan flying instructor. Sebelum fly, flying instructor akan bagi briefing dulu pasal hari tu punya flight plan. Lepas briefing korang kena check kapal pulak yang dipanggil pre-flight inspection. Kalau korang perasan masa korang nak naik flight tu, ada pilot yang duk pusing kapal, suluh sana sini, check itu ini, itulah yang dinamakan pre-flight inspection. Sekiranya pilot jumpa something suspicious, pilot kena report dengan maintenance crew and pilot jugak boleh refuse to fly kalau dia tak confident dengan defect yang dia jumpa. Pengalaman aku, pernah sekali aku refuse to fly sebab masa buat pre-flight inspection ada leaking dekat brake pad. Brake ni penting walaupun masa flying korang tak guna brake pun. Tapi masa kat holding point dan sebelum take off, masa full throttle tu brake memainkan peranan penting. Sama jugak masa nak landing. Kang tak pasal2 ada yang tersasar runway.
Once dah settle dengan pre-flight inspection, semua dah ready, boleh lah masuk cockpit dan fasten seat-belt. Flight check list dengan pen jangan lupa bawak, kang nak catat apa yang patut. Sebelum flying, korang kena submit flight plan dekat tower dulu, semuanya akan diajar macam mana nak submit flight plan dan bila sepatutnya kena submit. Sebelum start engine korang kena pastikan propeller clear, wing tip kiri kanan clear, chock off dan semuanya korang akan communicate dengan marshaller yang standby kat tepi aircraft. Kalau korang perasan masa korang naik kapal terbang, masa aircraft push back for taxi ada sorang mamat yang pakai headset duk kat nose landing gear bawah cockpit dan elok je kapal dah ready nak taxi, jap lagi mamat pakai headset akan berdiri tepi kapal tunjukkan tag merah remove before flight dan bagi sign kat pilot. Sama je tu, yang beza sebab kapal kecik dan besar je. Tapi setiap pilot memang akan bermula dengan kapal kecik dulu, tak ada yang start terbang je terus bawak kapal besar.
Sebelum start engine korang kena contact tower untuk dapatkan permission for start up clearance, bukan terus start macam korang start engine kete. Korang kena inform tower the things like, aircraft registration, destination, person on board, fuel endurance semua tu ada caranya. Clearance established, dah start engine dan dalam masa 10 ke 15 saat korang kena monitor gauges kat depan tu. Kalau pressure gauge tak naik, korang kena shut down the engine immediately and report to tower. Definitely korang tak boleh fly dan aircraft kena grounded for further inspection.
Orait, kalau kapal korang takde masalah lepas start up, boleh proceed contact tower request untuk taxi plak. Tower akan bagi tau korang kena taxi to which holding point. Masa tengah taxiing tu korang kena test braking jugak. Dari holding point, korang akan lining up to which runway, again depends on tower's instruction. Dulu aku fly kat Subang Airport, so runway tak lah se-busy KLIA. Jadinya nak tunggu turn untuk take off tu tak terasa pun. Rule of thumb, tower akan bagi clearance untuk landing dulu, baru take off. Nak land pun sama, kena lining up jugak dan priority diberikan kalau ada yang nak buat emergency landing.
Sebelum take off tower akan bagi instruction suruh take off to certain height, pastu turning ke arah mana and established position before hand over contact from ground to air tower sekian frequency pulak. Kalau kat Subang dari first nak start up sampai clearance untuk take off, communication adalah dengan Subang Ground. Once dah take off, Subang Ground akan suruh pilot contact Subang Tower dan end of communication dengan Subang Ground. Apa bezanya? Dua2 dari ATC air traffic controller yang sama, cuma bezanya frequency sahaja. Tower akan inform pilot untuk maintain altitude, heading ke arah mana, the nearest aircraft kat which altitude, from time to time akan sentiasa ada communication dengan tower dari aircraft lain jugak. So, when you stay at the same frequency, memang akan dengar semua conversation tu dan pilot kena alert jugak bila ada conversation ni.
Masa nak landing pun sama, tower akan bagi instruction for landing to which runway, position to land number berapa, wind knot berapa laju, heading arah mana pilot pun boleh refer windsock dan exit point mana once landed. Pasal wind tu penting sebab masa nak land arah angin juga diambil kira, silap hari bulan mau terlungkup kapal kapal kecik yang senang telungkup pun, tak pun tersasar keluar runway. Once dah exit dari runway, communication back to Subang Ground sehinggalah korang taxi balik ke bay. Dah settle taxi, before shut down the engine, kena inform tower and end of coversation. Belum sempat keluar, kadang2 dalam cockpit tu jugak kena tadah telinga, hihi. Settle flying, tak boleh balik terus. Kalau sebelum start tadi ada briefing, lepas settle terbang ada post mortem pulak.
Pastu jangan lupa tulis dalam ni. Last aku terbang tahun 2005 untuk solo check. Tak lama lepas tu aku kena operation buang appendiks dan langsung tak terbang dah lepas tu sampailah sekarang. Rindu nak terbang hanya tuhan je yang tahu.
Tengok, SPL aku pun dah mati, langsung tak renew dah. Ini kalau aku nak terbang balik, harus kena buat buku baru.
Ada banyak sebab aku tak habiskan flying ni walaupun hati meronta2 nak. Since aku terlibat dalam maintenance dan jugak piloting, bagi aku buat piloting lagi senang tapi kos tinggi yang amat dan sebaliknya. Risiko hampir serupa, dealing dengan nyawa ramai orang. Tapi aku salute dengan mereka yang aku kenal: W dan Y, dorang memang nekad tinggalkan everything dan berani menerima sebarang risiko, aku je penakut. Last aku dengar pasal W, dia buat conversion helicopter sebab tak dapat job dengan airlines dan Y pulak dalam fasa terakhir untuk completekan flying hours untuk dapatkan ATPL(frozen). F lagilah, lepas kerja few years, dia dapat offer cadet-ship dan sekarang dah bergelar kapten pun. Yang lain pun ramai jugak dah berjaya jadi pilot, tapi mostly dorang dapat funding.
Kalau korang ingat jadi pilot ni senang, tak adalah senang sangat. Jadi penumpang lagi senang, tak payah nak fikir apa2. Tahu selamat sampai ke destinasi. Pilot memang dilatih untuk tidak panik and able to make quick decision tapi bukan semberono. Kalau nak bercerita pasal aircraft, pasal flying, maintenance related, memang banyak. Dan ia adalah never ending learning process, sentiasa ada benda baru untuk dipelajari.
Aku suka entry nih ... banyak aviation info utk rakyat marhaen yg hanye tahu beli tiket and terbang saje mcm aku huhuh ... keep it coming ok !
ReplyDeletepunya lama peram entry ni, tak tau nak tulis macam mana. kalau ikutkan, banyak yang saya skip tu.. entry lain kena tengok kerajinan lah pulak, huhu...
ReplyDeleteSeronok dengar cerita Anne. Nampaknya kita dalam dunia yang sama, bezanya saya orang belakang tabir. Aviation world sangat menarik kan..
ReplyDeletehaah, melalui blog ni jugak ada kenal blogger yang keje aviation.. walaupun belakang tabir atau depan tabir, tapi tetap dalam dunia yang sama.
ReplyDeletesekali dah termasuk dalam dunia ni, susah dah nak keluar balik. terlalu byk benda yang susah nak dilepaskan, lebih dari menarik sebenarnya, kan?
saya umur 15 tahun and ada cita cita nak jadi pilot since form1 i keep reread akak punya entry ni sbb interesting. saya dpt tahu mcm mana proses nak jadi pilot melalui entry ni. doakan saya berjaya sebagai seorang wanita yg bergelar juruterbang suatu hari nanti :)
ReplyDeletecik anon,
ReplyDeletegud luck!
*lagi bagus kalau u bagitau ur name, cik anon...