Perancangan asal kami nak ke Taiping, tapi bila ada 2 orang antara geng berjimba ada hal during that weekend, kitorang cancel trip ke utara. Memandangkan tak cukup korum, aku suggest ke Janda Baik ajelah. Disebabkan cuti sekolah, banyak chalet yang aku call dah penuh. Mana taknya, nak pergi Sabtu tapi Khamis dan Jumaat baru nak cari accommodation.
Sabtu, 22 Mac 2014
Kitorang bertolak dari Seri Kembangan lebih kurang 10.00 pagi, traffic di sepanjang perjalanan agak smooth kecuali sedikit congest semasa nak keluar dari Seri Kembangan. Tidak susah mencari Hawa Resort sebab signboard ada di merata tempat. Masa kitorang sampai, kami antara yang terawal. Lepas dapat bilik dan melawat kawasan, kitorang rehat sementara tunggu Zuhur.
Sweet potato bakar, aku lebih prefer yang kuning tu sebab ada rasa sedikit manis. Dan-dan tu aku teringin nak makan pengat ubi keledek.
Selain ayam, sotong dan udang dah jadi menu favorite kami untuk bbq. Cuma daging je yang tak ada kali ni.
Tempat kitorang berbbq tu betul2 tepi sungai, tak panas sebab tempat tu dilindungi pokok buluh. Memang tempat strategik, sambil2 bakar dan makan tu boleh main air kejap, pastu sambung balik aktiviti membakar.
Pepatung yang cantik dan bewarna warni. Bila dibuka sayap tu, lagi cantik warnanya. Tapi sayang sebab bila dibuka sayap tu kejap sangat, tak sempat nak capture.
Yang ni warna ni pulak. Sepanjang aku ada kat situ, tak kurang dari 4 warna pepatung yang aku nampak. Yang sempat aku capture, yang 2 ini jelah.
Kami bertiga, dah kenyang kitorang main air pulak. Melepak atas batu sambil bercerita macam2 perkara.
Lewat petang baru kitorang berkemas apa yang patut, tinggalkan tempat bbq dengan bara api sebab kitorang akan sambung lagi lepas Isyak. Gigih seharian berbbq, dari siang bawak ke malam. Kalau orang lain ber candle light dinner, kitorang pulak ber torch light dinner. Mujur ada pokok buluh nak gantung torch light, haha.
Ahad, 23 Mac 2014
Kami semua kesiangan pagi ni, hancur habis planning malamnya. Kami sepakat untuk balik awal sebab petangnya Nani ada urusan lain. Untuk mengelakkan tersangkut dalam traffic jammed sekiranya ada, lebih baik kitorang keluar awal. Lepas serahkan kunci bilik, kitorang tak terus balik.
Asalnya aku ingatkan ni spesis bunga jugak, sekali keluarga terunglah pulak. Tapi bunganya cantik, ada banyak kat kawasan Hawa Resort.
Ada burung merak dan lain2 jugak yang dikurung. Masa kitorang sampai semalamnya, kami disambut dengan angsa yang asyiklah berbunyi, pantang nampak orang lalu. Salam perkenalan agaknya.
Keluar dari Hawa Resort, kitorang singgah breakfast kat kedai makan masa on the way balik. Agak mahal makanan di Janda Baik ni, mungkin tempat ni jadi tumpuan kot. Masa nak turun tu, aku keep remind dorang suruh bagi tahu kat mana nak berhenti. Alkisahnya masa naik semalam dorang nampak satu tempat cantik, so masing2 nak singgah masa balik. Since aku drive, memang aku tak perasanlah tempat tu.
Inilah tempatnya. Luas tempat teratai ni, ada few kolam.
Berdua lebih baik.
Sendirian.
Banyak2. Yang pasti teratai merah @ pink ni memang jarang. Yang banyaknya teratai putih, itu pun ada 2 jenis yang aku perasan. Ada kelopak besar tapi nun kat tengah kolam, jenuh aku nak capture dengan kamera cikai aku, tetap tak clear.
...lagi...
Lama jugak kitorang kat tengah panas2 tu. Ada satu couple tu siap bersantai kat tepi kolam tu, bawak tikar dan bekalan makanan lagi. Si suami duk menembak, si isteri setia menunggu. On the way balik, kitorang memang tak singgah mana2 pun. Lepas hantar dorang ke Seri Kembangan, aku terus ke Shah Alam. Walaupun sekejap, aku puas sebab dapat lari dari kebiasaan.
Hawa Resort bagi aku so-so je, dekat dengan sungai tapi air agak cetek, harga agak pricey jugaklah. Yang lecehnya bila nak book kena terus buat payment. Korang boleh check website kat sini atau boleh je call person in charge di Janda Baik, Sifu: 0123700818. Kat Janda Baik banyak resort, kalau bukan peak season boleh je redah. Kitorang hari tu pun ingat nak redah jugak, tapi bila ada vacant masa call tu, terus je lah rembat.
Misi mencari janda yang baik di Janda Baik tak tercapai sebab tak jumpa janda pun! Janda Baik sesuailah untuk berehat di hujung minggu, yang berkeluarga nak bawak anak2 main air ke, tak adalah jauh dari Kuala Lumpur. Malam agak sejuk, tapi okay je.
bestnya,.:)
ReplyDeleteSalam kenal....saje nak tambah kawan yang kaki jalan..
ReplyDeleteMKL,
ReplyDeleteSalam kenal jugak... bolehhh, no hal.. mana tau kot2 terserempak kat mana2 nanti..
=)