Penghujung Oktober tahun lepas sewaktu stress nak berviva pagi esoknya, aku beli tiket ke Langkawi sebagai habuan untuk release stress. Masa tu just fikir nak lepak2 dan rehat je. Tiket pergi balik bawah RM 100.00 aku kira murahlah, kalau nak dicompare dengan kos melalui jalan darat. Tarikh perjalanan awal February 2014, kebetulan pulak dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Since trip ni aku namakan trip malas, so aku tak prepare apa2 pun.
Day 1: Khamis
Flight aku ke Langkawi petang Khamis tu dengan Air Asia, just nice untuk boarding masa aku sampai kat LCCT. Takde check-in luggage, juga tak beli in-flight meal. Flight petang tu on time dan agak penuh. Sampai Langkawi lebih kurang 6.30 petang dan macam biasa, aku biarkan semua orang turun dulu. Masa kat arrival tu baru aku ushar kaunter kereta sewa. Dapatlah aku sewa viva manual dengan harga RM 50.00 sehari. Lepas ambik map kat kaunter Tourism Malaysia, aku tunggu dorang hantar kereta depan tu.
Dari airport aku drive ke Kampung Bohor Tempoyak, mencari guesthouse yang aku booking. First aku berhenti kat tepi jalan tu bila nampak signage, ingatkan kat situ je. Sekali silap, kena masuk ke dalam lagi. Jalan pulak muat2 sebuah kereta lalu. Lagi sekali aku tersilap lorong sebelum akhirnya jumpa tempat yang dituju. Lepas check-in dan letak barang, aku terus keluar sebab nak kejar sunset.
Ini je yang ada masa aku sampai kat depan airport tu. Aku lepak depan tu sekejap sebelum memandu tanpa arah dan akhirnya patah balik menuju ke guesthouse.
Aku singgah beli air dan jajan kat mini market tepi simpang nak masuk ke Bohor Tempoyak. Aku tanya akak cashier tu direction ke Pasar Malam. Sebelum balik, aku menyinggah ke pasar malam terlebih dahulu.
Pasar malam hari Khamis kat Kampung Bohor Tempoyak, lebih kurang sama jugak dengan pasar malam kat tempat lain. Cuma ni first time aku pegi pasar malam yang ada signage dwi bahasa.
Pulut durian versi utara. Aku lagi suka pulut durian versi Terengganu.
Bilik aku kat Soluna Guesthouse. Aku ambik fan room, cukup luas dan selesa serta attached bathroom. Kat luar bilik pulak ada meja dan kerusi tempat aku lepak malam2 sambil jeling2 mamat bilik sebelah berinternet.
Masa balik tadi, tayar kereta aku stuck dalam pasir. Jenuh aku forward and reverse, keluar dari kereta dan dengan gigih aku tolak kereta dengan kudrat yang tak seberapa, fikir strategi dan akhirnya setelah berkali2 enjin kereta mati, berjaya jugak aku lepas dari pasir tu. Berpasir satu badan, mujur dah dekat dengan guesthouse. Nak mintak tolong orang, memang tak nampak kelibat sesiapa pun.
Day 2: Jumaat
Since ini adalah trip malas, haruslah bermalas dengan cemerlang. Lepas campur tolak darab dan bahagi, aku decide untuk lupakan aktiviti berasaskan air untuk trip ni. Lebih kurang pukul 10.00 pagi baru aku keluar, itu pun lepas berkali2 ke tandas. Aku drive tanpa tujuan, agak2 selamat aku redah je masuk. Kalau jalan tu sunyi dan aku tak confident, aku tak masuk. Risau jugak kalau jadi apa2.
Cantik jugak view dari sini walaupun berjerebu. Ni aku berhenti tepi jalan ambik gambar, tak jauh dari kem TLDM.
Aku drives lagi tanpa arah sampailah aku jumpa signage Istana Bukit Malut. Laluan bertar melalui padang golf yang sunyi dan mendaki. Mula2 tu aku cuak jugak, kot2 tersilap tempat tapi rasa nak tahu tu lebih kuat. On the way, aku nampak pak cik beruniform security dengan motor turun ke bawah. Aku berhentikan kereta tepi jalan yang sempit tu dan pak cik tu patah balik. Dia suruh aku tunggu kat atas sementara dia turun nak pergi beli lunch.
Aku parking kat belah kanan gambar ni. Penghujung jalan bertar tadi memang ngam2 terus ke istana.
Laluan yang sunyi dan agak menakutkan.
Lama jugak aku tunggu kat depan tu sambil ambik gambar sementara nak tunggu pak cik tadi datang balik. Lepas tulis nama dalam buku pelawat, pak cik security tadi iring aku masuk ke kawasan istana. Aku ingat boleh lah ambik gambar dari dekat, tak takde maknanya. Tengok dari jauh dan berjalan pun rapat ke pagar, memang dia tak bagi nak rapat ke arah building.
Main entrance. Kata pak cik security tu lagi, bangunan ni ada lagi 2 tingkat kat bawah tanah. Kalau tengok dari luar memang nampak setingkat je.
Kejap je kat sini, tak boleh nak lama2. Kalau duk lama2 pun, tapi pandang dari jauh tak best jugak. Kalau dapat masuk dalam kan ke best.
Lepas keluar dari istana, aku drives lagi tanpa arah tujuan dan akhirnya balik ke guesthouse bila perut kembali meragam. Konon nak keluar around 4.00 pm dan nak lajak ke Tanjung Rhu. Masa aku tersesat ke sana tadi matahari terpacak atas kepala, so tangguh dulu nak ambik gambar semua. Bila aku keluar dalam pukul 6.00 lebih tu, maknanya layan sunset depan airport lagi lah jawapnya.
Habis sunset, aku balik ke guesthouse. Sebelum balik singgah makan kat kedai tomyam tak jauh dari simpang ke guesthouse. Lepas mandi dan sebelum tidur, aku lepak kat luar sambil berinternet macam malam sebelumnya.
tak dapat bayangkan camne rupa Anne tolak keta sorang2 sampai penuh pasir satu badan. time2 tu penyelamat pulak tak ada kan? huhu
ReplyDeletehuhu.. macam2 perasaan ada, cuak gak kalau2 tak lepas. dah lah takde orang lalu lalang.. nasib baik i tough jugak.. kiki
ReplyDelete