Sunday, June 16, 2013

trip sempoi: penyu menangis di mak kepit

Dari Taman Laut Pulau Redang, kami dibawa dengan bot ke suatu tempat yang tersembunyi dari orang ramai. Masih di Pulau Redang tu jugak, cuma tempat kitorang dibawak ni agak special. Hanya orang2 yang special jugak yang boleh ke sana, macam kami semua... haha.


Dari jauh kami dah nampak tempat yang bakal disinggah. Air laut yang jernih berteman pasir pantai yang putih memang memukau pandangan. 


Iya, kami berada di sini. Di Pantai Mak Kepit, Pulau Redang. Orang awam memang tak dibenarkan ke sini tanpa kebenaran. Menurut renjer yang bertugas, katanya pantai ni menerima paling banyak pendaratan penyu agar. Sebelum sampai ke pantai ni, kami pass by pantai yang aku lupa namanya yang putih bersih pasirnya. Kat pantai tu pun ada jugak penyu mendarat dan bertelur, tapi renjer yang bertugas akan pindahkan ke sini. Sebabnya selain pantai tu pendek, bila air pasang pasir pantainya ditenggelami air. Jadi telur penyu akan rosak.


Remang senja sewaktu air surut. Memang mendamaikan kat sini, jauh dari orang ramai. Best layan angan2 kat sini, namun sayangnya kami kat sini sekejap je. Bila berangan pun tak boleh nak panjang2. Takat berangan yang pendek2 je bolehlah.

Lepas makan malam, kami melepak tepi pantai. Bersembang tentang apa saja sambil mengunyah keropok dan choki-choki. Pak cik renjer ada bagitahu kami, malam nanti kami akan dapat peluang tengok anak penyu menetas.


Ini je gambar terbaik yang mampu aku capture semasa anak penyu ni berlumba2 keluar dari sarangnya. Aku ada ambik video. Aku dah edit, potong part yang tak sepatutnya, tapi bila aku nak save tak dapat pulak. Berkali2 aku cuba, last2 aku give up. Gambar ni je lah yang mampu aku kongsikan dengan korang semua. 

Melihat anak2 penyu berlumba2 keluar dari sarangnya betul2 satu pengalaman indah. Berkerumun kat kaki kitorang bila disuluh dengan torch light dan masing2 menjerit kegelian adalah momen terindah antara kami. Namun sedihnya hati kami bila melihat pemangsa dah sedia menanti anak2 penyu ni sebaik sahaja si comel masuk ke laut. Kata pak cik renjer tu lagi, kalau ada 10 ekor dari semua yang menetas tadi terselamat pun dah cukup besar jumlahnya. 

Lepas melayan anak2 penyu, kami berehat dan berbual di tepi pantai, tempat yang kami akan jadikan tempat tidur malam nanti. Ya, kami akan tidur di tepi pantai, berbumbungkan langit dan berlantaikan pasir pantai. Selain dari group kami dan renjer bertugas, ada group dari kelab pencinta penyu bersama kitorang. Masa tu kami dah dengar bunyi mak penyu mandi pasir. Menurut renjer, ada 2 ekor mak penyu tengah mandi pasir dan akan bertelur dalam masa sejam lagi. Dalam berbual tu kami nampak lagi seekor kat gigi air, nak naik bertelur. Namun bila nampak kitorang sebab bulan penuh malam tu, penyu tu kembali ke laut. 

Alhamdulillah, dah tersurat rezeki kami nak tengok penyu bertelur malam tu. Hampir pukul 11 malam kami dibawa ke tempat penyu bertelur, kat hujung pantai sana. Masa tu aku tak tahu pun yang ada seekor lagi tengah prepare nak gali lubang untuk bertelur tak jauh dari situ. 


Mak penyu yang first sedang bertelur. 


Masing2 excited nak bergambar dengan penyu. Masa ni proses bertelur dah selesai, penyu ni tengah nak timbus balik lubang tadi. So dia dah tak kisah diganggu bila urusan utama dah selesai. Tapi jangan tak tahu, kalau dia diganggu sebelum bertelur, makanya dia akan patah balik ke laut dan tak bertelur malam tu. Tapi akan datang balik pada malam yang akan datang.

Kami kemudiannya senyap2 mengendap penyu kedua. Masa kami sampai, dia tengah korek lubang. Sungguh hebat ciptaan Allah yang satu ni, ralit tengok cara lubang dikorek sebelum dia bertelur. 


Memandangkan kitorang tengok dari awal proses nak bertelur, kami sama2 kira berapa banyak penyu ni bertelur. Kalau tak silap aku ada 126 biji. Mak penyu yang ini dah banyak kali mendarat untuk bertelur, sebab ada tag kat tangannya. 

Lepas dah tengok 2 ekor penyu bertelur dan menangis malam tu, masing2 prepare tempat tidur kat tepi pantai. Aku masuk bilik dulu sebab belum solat, tapi lepas tu melarat2 bersembang sampailah pukul 1 pagi baru bergerak ke pantai untuk tidur. Orang lain semua dah lena diulit bayu ombak. Kami je yang baru terhegeh2 nak tidur. 

Aku rasa baru je terlena, tiba2 aku dengar orang sebelah kejutkan. Hujan katanya dan aku rasa air menitik atas muka. Dalam mamai aku bangun dan ikut diorang balik ke bilik. Malangnya aku tak lepas melangkah alur dan terjatuh dalam air. Habis basah stokin aku. Namun tidur kami tetap lena walau terpaksa bersempit ramai2 dalam sebuah bilik. Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. 


Ini je yang aku boleh kongsikan since cubaan aku mengedit video gagal. 


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...