Pagi ni tertunailah hajat mereka2 itu nak breakfast kat Kopi O Corner. Kalau tengok pada keadaan restoran yang penuh dengan pengunjung, I was putting very high expectation. Tambah pulak bila banyak makanan yang dah nak habis masa kitorang sampai tu. So, aku just mintak nasi lemak rendang daging dan Teh C panas. Lama jugaklah kami menunggu makanan dihantar.
Nasi lemak rendang daging yang aku makan pagi tu. Lepas kunyah sesudu, expectation aku jatuh merudum, biasa2 je kat lidah aku. Nasi lemak kat Restoran Adik Abang lagi sedap!
Lepas dah kenyang, perjalanan untuk mengintai ke sempadan pun bermula. Bantuan cik gps diperlukan, tapi bila sampai kat satu tempat tu cik gps dah pening. Banyak kali jugak berhenti tanya orang direction ke Serikin. Kalau tak sampai sudah harus sesat lah. Signboard tak membantu sangat pun. Tapi bila dah hampir tu, banyak pulak bas yang bawak pelancong menuju ke arah yang sama.
Pasar Serikin ni di sepanjang jalan yang panjang. Peniaga akan bukak gerai jualan di kiri dan kanan jalan tu. Orang ramai memang tak usah ceritalah, lemas. Cuaca pulak memang panas. Mostly yang dijual adalah pakaian, telekung, barang2 hiasan dan macam2. Semuanya dibawa dari seberang dan yang berniaga ni pun orang2 seberang jugak.
Tikar rotan dan tikar buluh macam ni banyak dorang jual. Tapi harga tak menahan mahalnya.
Kantung macam gini pun ada.
Paling hujung jalan, ini yang dorang jual. Hasil pertanian dan hasil hutan, tapi kat area sini orang dah tak ramai.
Nak patah balik dah, orang pun dah berkurangan since matahari dah makin tegak. Yang aku perasan, ramai orang semenanjung yang datang ke sini.
Semakin lengang. Kalau awal2 kitorang sampai tu, nak mencelah pun susah.
On the way balik kitorang singgah ke Fairy Cave. Gua ni kat tepi simpang, kalau nak ke Serikin kat belah kiri lepas masuk simpang kanan. Rupa2nya kat dalam gua ni dah dijadikan tempat orang Budhha sembahyang. Gua ni cantik jugak, tapi bila dah mentera dorang memang terpasang je, pastu colok yang dibakar pun banyak, takde lah aku nak lama2.
Kemudiannya kami ke sini. Parking kat tepi pagar je, lagi pun orang tak ramai.
Entrance fee cuma RM 1.00 je untuk Malaysian. Kalau nak ke sini jangan lupa bawak torch light ye.
Entah di mana silapnya, torch light aku buat perangai pulak. Kebetulan ada satu group lelaki Chinese depan kitorang, so kitorang follow diorang je lah. Kat dalam tu gelap dan berbau busuk dengan tahi kelawar. Harus hati2 sebab laluan tu licin. Kitorang tak masuk gua yang last tu, keberanian macam dah kurang je. Orang pun tak ramai.
Sebelum balik menyinggah ke sini, Tasik Air Biru. Airnya jernih, ada je budak2 mandi walaupun kat situ dah terang lagi jelas ada amaran tak dibenarkan mandi, memancing, minum dan sebarang kegunaan lain. Air tasik ni jadi warna biru disebabkan paras arsenik yang tinggi. Tu sebab dilarang untuk buat sebarang aktiviti tu.
Mungkin rezeki kami agaknya, on the way balik kami jumpa Taman Sahabat sebelum keluar pagi tu aku dah tanya direction kat front office. Masa sampai kat Taman Sahabat tu, ada kisah kelakar. Kitorang diganggu anjing gatal, hahaha. Elok masa park kereta, kitorang nampak sekor anjing ni follow sorang lelaki yang kitorang assume tuan dia lalu depan kereta kitorang. Aku cakap kat dorang, jangan anjing ni kacau kita sudah. Masa tu anjing tu dah patah balik. Elok aku bukak pintu kereta dan nak keluar, anjing tu terus datang. Cepat2 aku tutup pintu dan masuk dalam kereta.
Tepi tu ada pokok buluh renek yang rimbun tu, sekali anjing tu menyorok kat situ. Tiap kali kitorang bukak pintu nak keluar, dia bangun datang arah kitorang. Bila kitorang masuk balik dalam kereta, dia nyorok balik. Lama kitorang duk main hide and seek sampailah sorang pekerja kat taman tu datang. Yang kelakar tu, pandai pulak anjing tu menyorok dari pekerja tu. Lepas dihalau dari situ, barulah kitorang keluar.
Kitorang masuk ikut pintu belah kiri dari gambar ni. Taman ni dalam kawasan perumahan, susah sikit nak mencarinya. Berdepan dengan entrance ni pun rumah orang.
Taman Sahabat ni dibina sebagai tanda persahabatan antara kerajaan China dan Malaysia. Bolehlah nak berangan dah sampai China. Tapi view cantik untuk bergambar. Nak lepak2 pun boleh.
Kat Kuching ni memang banyak patung kucing gamaknya. Even kat sini pun ada. Patung ni korang boleh nampak masa masuk simpang dari main road.
Petang di waterfront sebelum menyeberang untuk dinner. Lepas makan kitorang berjalan ikut laluan kat atas tu. Masa aku datang 2 tahun lepas, laluan tu tak ada.
Lampu di malam hari.
Gambar yang ni mengingatkan aku pada Hoi An di waktu malam. How I miss the place and the peoples.
Gambar terakhir sebelum kembali ke tempat peraduan.
anjing tu nak ngorat ko kot anne..hihik
ReplyDeletehahaha... agaklah kot. maklumlah kami berlima kan dara pingitan... kikiki
ReplyDelete