Pagi tu agak lewat jugak kitorang keluar dari hotel walaupun masing2 kononnya nak gerak awal pagi. Since direction yang kitorang dapat kena lalu ikut highway, terkuburlah impian masing2 nak breakfast kat Kopi O Corner. Masing2 dah setuju, nampak kedai makan kita singgah breakfast. Tak kisah lah walau warung sekalipun. Akhirnya kitorang singgah di kedai makan yang tak tahu nama, betul2 tepi jalan dan pengunjung agak ramai. Meriah jugak menu, macam untuk makan tengah hari, padahal masih pagi.
Nasi goreng seafood aku pagi tu. Sedap dan tak berminyak. Sambal nasi lemak tu pun sedap jugak. Harga pun takde lah mahal. Bagi aku memang berbaloi2. Sambil2 tu kami tapau murtabak, kuih muih yang tak jumpa kat Semenanjung angkut sekali masuk dalam plastic bag untuk bekalan kami dalam misi mencari Ramli Bako.
Tersesat jugaklah, sempat berhenti tanya orang lagi. Alhamdulillah, kami akhirnya menemui jalan yang betul walaupun tak lurus. Korang kalau tak guna bantuan cik gps pun boleh jumpa tempat ni, macam kitorang. Lepas parking kereta dan keluarkan apa yang nak dibawak, aku terus ke kaunter untuk register dan urusan bot. Since kitorang berlima, memang ngam2 muat satu boat. Lepas dah bayar, staff kat situ akan bagi no boat dan nama dan number phone boatman. Jangan bimbang, dorang memang tunggu kat situ punya. Untuk diambil di Pulau Pandan Kecil dan dibawak ke sea stack kitorang kena tambah lagi RM 35.00, yang ni dibayar terus kepada boatman.
Sepanjang sungai depan jeti ada kampung yang aku dah lupa namanya. Pancang kayu yang korang tengok dalam gambar atas ni tempat dorang pasang pukat untuk tangkap udang geragau. Kayu tu dari pokok nibong dan tahan lama, menurut kata pak cik bot kami.
Airnya tenang dan keruh, tapi awas ya!
Pancang ni besar dan tinggi, bot siap boleh lalu kat bawah nya lagi. Bila air surut, pukat tu akan ditarik dan digulung kat atas macam dalam gambar tu.
Masa kami sampai, air memang tengah surut. Pak cik boat turunkan kami kat tepi tu aje, lepas tu kami kena berjalan ke office yang boleh nampak dari tempat kitorang diturunkan tu. Sebelum turun tu korang kena deal dengan pak cik boat tu nak tunggu kat mana dan pukul berapa. Masa sampai tu dalam 10.30 pagi, so aku mintak pak cik tu ambik dalam pukul 2.00 petang kat Teluk Pandan Kecil. Pak cik bot kata kat sana takde coverage phone, so sebab tu kena deal pukul berapa.
Mengharung air jugaklah untuk sementara waktu. Tapi tempat kitorang diturunkan tu landai, ni gambar sebelah kanan dari tempat kami turun.
Cantik, kan? Belum apa2 lagi kitorang dah terpesona dengan pelbagai bentuk batuan yang cantik. Masing2 giler ambik gambar.
Sekali tengok macam kepala buaya keluar dari permukaan air pun ada.
Percaya atau tidak, hampir setengah jam kitorang duk bergambar kat sini. Padahal kami belum register pun lagi kat pejabat taman negara.
Melalui jalur yang cantik ni untuk ke pejabat, seronok main kejar2 dengan anak ketam. Walau perlahan mana aku berjalan, tetap dorang perasan kehadiran aku. Sampai sudah aku tak berjaya nak rakam gambar anak ketam.
Dah sampai kat kaunter, kena serahkan kertas yang dibawak dari kaunter masa kat jeti tadi. Kena tulis butir2 yang diperlukan dalam buku kat situ, juga ikut laluan mana kita akan balik. Kat sebelah office yang lebih kepada information counter ni rupanya cafe yang diperkatakan. Aku ingatkan cafe tu akan jumpa masa dah separuh perjalanan, punyalah imaginasi yang tak membantu. Kitorang tak ambik guide, bergerak sendiri je. Masa kat kaunter tu, dibekalkan map dan nombor telefon untuk kecemasan tapi tak berguna pun sebab semua phone takde coverage!
Inilah pokok nibong yang dijadikan pancang untuk tangkap udang geragau. Batangnya berduri dan tinggi.
Dah berpeluh ketiak baru jumpa signboard nih.
Kalau waktu air pasang, sebahagian dari batang pokok ni akan tenggelam dan dahannya akan timbul.
Kat depan sikit cuma tinggal tunggul macam gini aje dah.
Nampak tak kayu yang dipalang pangkah tu? Laluan tu tak boleh masuk sebab banyak papan yang rosak. Dorang sumer dah lepas ke sana, aku sibuk lagi nak ambik gambar. Sedang elok aku langkah nak ke sana, lalu sorang guide dengan sorang tourist. Dia bagi isyarat kat aku, tak boleh masuk katanya. Tapi selamba je aku jawab, 'saya nak panggil kawan2, dorang dah ke sana'. Padahal sampai kat tempat dorang, aku pun sama bergambar sebelum patah balik, hahaha.
Babi hutan, ibu dan anak yang aku jumpa. Benda alah ni tak ganggu orang pun. In fact, dorang tak perasan pun babi ni, cuma Nori je yang sempat tengok. Itupun sebab aku panggil dan tunjukkan yang lain2 dah jauh ke depan. Babi ni kat bawah, kita akan melalui laluan kayu tu, so memang tak perasan sangat kalau tak perhatikan betul2.
Sebab gambar banyak sangat, cerita dan gambar seterusnya akan bersambung. Bila? Tak dapat dipastikan, banyak lagi kerja yang tertangguh sebenarnya.
amboi..jalan sakan ko yer anne..:)
ReplyDeletetengok gambar2 ni teringin pulak nak terjah ke sini. hehe
ReplyDeleteNormi,
ReplyDeleteselagi ada peluang, selagi tu aku tetap berjalan.. kikiki.
PM,
pergilah, sempat lagi ni Nani..
sebenarnya second trip ke kuching ni semata2 nak ke bako, masa first time dtg dulu tak sempat ke sini. alasan utk merepeat sebenarnya... hihihi