Thursday, October 17, 2013

day1: lombok -setelah diduga

Aku sebenarnya berbelah bahagi sebelum ke Lombok. Bukan sebab kisah jejaka lombok vs gadis melayu, tetapi macam2 masalah yang menimpa. Lepas balik dari Kuching, aku demam + selsema + batuk = full package. Yang lain dah sembuh tapi batuk tetap maintain. Pulak tu aku ada nak kena submit report untuk viva hujung September. Aku percepatkan flight balik ke 22 September, asalnya aku beli tiket balik 26 September. Dengan tabung ayam yang dah kontang, lagi teruk dua hari sebelum pergi aku diserang demam lagi sekali. Mujurlah malam sebelum flight tu, demam aku dah kebah walaupun masih batuk2.

Lepas Subuh aku keluar rumah ke KLIA untuk park kereta. Gelabah jugaklah aku carik terminal bas tak jumpa sebab kali ni aku park kat building lain dari biasa. Lepas tanya sorang mamat tu, aku tarik nafas lega sebab dah jumpa apa yang dicari. Lama giler aku tunggu bas tu gerak. By the time bas tu gerak dalam 7.10 pagi macam tu, aku still rasa cuak sebab flight aku pukul 8.40 pagi. Dari KLIA ke LCCT mahu makan 30 minit, itu pun kalau driver tu bawak sehabis laju dah tu.

Jumpa Zilla depan McD, and the other 5 persons. Cuak jugak sebab aku cuma kenal Zilla sorang je, yang lain2 tu baru jumpa pagi tu. Alhamdulillah, dorang sumer okay dan sporting. Kitorang dah lambat nak drop baggage, lepas dang ding dung memang confirm tak dapat. Even though backpack kitorang almost 10kg each, tapi sebab lambat awek counter tu suruh kitorang bawak masuk cabin je. Dia lekatkan sticker untuk cabin siap2 dekat backpack kitorang. Masa tu tinggal dalam 30 minit je untuk departure, cepat2 kitorang berkejar untuk imigresen dan jugak custom clearance. Masa kat custom ni air oxygen kitorang kena buang! Sedih bila tengok minah tu campak masuk tong sampah. Redha ajelah. Pastu kelam kabut turun bawah ke departure gate sebab dari atas dah dengar final call ke Lombok. Ada pulak yang tersilap masuk bay lain, memang drama betullah pagi2 hari tu. 


Akhirnya safely landed walaupun pelbagai drama dah berlaku paginya. Rasa macam tak percaya pun ada jugak, sebab dalam kelam kabut tup2 dah sampai Lombok. Flight pun tak smooth, agak bumpy sepanjang perjalanan. Beratur untuk imigresen lama giler, sudahlah orang ramai sebab kebetulan sampai dengan airlines lain, kaunter cuma 2 je bukak. Sempatlah aku berulang ke toilet, pastu kitorang melepak kat tepi tangga tunggu turn. Malas nak berdiri dan beratur.

Masa kitorang sampai, airport ni penuh dengan orang. Menurut kata supir, orang ramai sebab sekarang musim haji. Sama ada pergi haji ataupun menghantar sedara mara yang pergi haji. Kitorang bertujuh dibawa dengan 2 buah avanza rasanya lah. Aku berempat bergilir2 kira masjid, baru nampak atap masjid je cepat2 kira, punyalah tak nak bagi chance kat orang lain. But it was fun, very fun, indeed. Kata mas supir dan co-supir, cukup 100 masjid kita akan sampai ke Senaru. Lombok juga sebenarnya dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid dengan majoriti penduduknya beragama Islam, sebaliknya dengan jiran Lombok iaitu Bali. 


Kami singgah lunch kat sini. Special menu rumah makan yang aku tak ingat nama ni, ayam taliwang katanya. Dalam kolam tu ada banyak ikan. Aku rasa dorang tangkap ikan2 kat dalam tu aje untuk masak.


Ayam Taliwang. Apa yang specialnya pasal ayam ni adalah saiznya yang kecik, bak kata Anhar ayam saiz S dan jugak ayam ni dimasak dan dihidang dengan kepala dan leher yang tak dipotong, terus bersambung dengan dada ayam macam dalam gambar atas ni. Jenuhlah masing2 sorok kepala ayam seboleh mungkin.


Plencing kangkung yang sedap. Aku makan kat tempat lain pun tak sesedap yang ini. Aku suka kelapa parut yang ditumbuk dengan cili padi tu, sedap dan pedas. Dah kenyang, perjalanan diteruskan. Aktiviti mengira masjid tetap diteruskan. 


Kami berhenti kat sini untuk bergambar. Area ni jalan raya kecik je, kalau korang nampak jalan kat tepi2 lereng dan bengkang bengkok. Tersilap memang boleh jatuh ke bawah lah.


Di sebalik bukit bukau ada laut. Kalau tak silap laut tu Senggigi. Dari sini masih jauh nak ke Senaru. Kitorang lalu kawasan kampung yang menarik sebab kiri kanan jalan rumah penduduk kampung, hijau dengan hasil tanaman. Pastu belakang rumah dan kebun dorang bukit bukau yang cantik! Lepas tu kitorang lalu tepi pantai tapi tak singgah.

Masa ni kitorang berempat bergilir2 pulak tidur. Bangun2 je sambung kira masjid. Ngam2 100 masjid kitorang sampai di Pondok Indah Senaru. Kitorang akan bermalam kat sini dan pagi esok akan bermulalah misi kami untuk menjejak Rinjani. Malam tu lepas berjumpa dan berbincang dengan Mas Madil, guide kami untuk esok kitorang masuk tidur.


Basic toilet, takde air panas ye. Airnya sejuk yang amat. Tapi lepas mandi dah kurang rasa sejuk tu. 


Bilik pun basic gak, cuma ada katil ni dengan satu kabinet kecik. Alah, takat nak bermalam semalam je tak de lah nak gempak sangat. Janji dapat tidur dengan lena dah cukup.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...