Memandangkan dah lama tak keluar ngedate dengan geng berjimba dan planning sebelum ni asyik kena cantas je, Ahad lepas kami akhirnya sepakat untuk keluar ngedate. Itupun hanya kami bertiga; aku, Nani dan Izza yang available dan akhirnya sepakat untuk chillax at Chiling. Lepas ambik Nani kat Seri Kembangan, kitorang terus ke Petronas Taman Melati sebab janji nak jumpa Izza kat situ. Dari situ Izza yang guide untuk ke Kuala Kubu Bharu.
Empangan Kuala Kubu Bharu. Kami sebenarnya dah terlajak dari hentian sepatutnya dan akhirnya singgah tepi jalan tak jauh dari hentian tu.
Dari tempat kitorang berhenti tu, pemanduan seterusnya dalam keadaan berhati2 takut terlajak. Tak lama kemudiannya, kitorang nampak banyak kereta diparking kiri dan kanan jalan, tapi kami tak nampak apa2 papan tanda pun. Bila kami ke depan sikit, barulah ternampak papan tanda entrance santuari di sebelah kanan. Sama macam orang lain, kami parking kereta kat tepi jalan. Dah ambik barang2 yang nak dibawak dan kunci kereta, moh kita masuk.
Mula2 tu risau jugak bila tengok entrance ni berpagar, tapi kami realize mungkin nak avoid pengunjung parking kereta kat dalam. Signage belah kanan tentang waktu dibuka iaitu Jumaat hingga Ahad dari pukul 8.00 pagi sehinga 6.00 petang. Manakala signage belah kiri pasal larangan di santuari ini.
Dari entrance tadi korang akan berjalan melalui laluan ni dan ditemani bunyi air di sebelah kanan korang. Tak adalah jauh mana nak menapak.
Dan korang akan nampak entrance ni pulak. Kena register dan bayar sorang RM 1.00 kat office tu. Kitorang tinggalkan baju yang nak tukar karang kat office ni jugak, free of charge. Tak adalah berat sangat bag nak bawak ke air terjun dasar pemalas.
Laluan, rintangan dan halangan yang korang kena atasi sebelum bertemu dengan air terjun. Jarak perjalanan lebih kurang sejam bagi kitorang yang tak fit dan kadang2 berhenti nak ambik gambar. Kalau nak mandi manda, tak semestinya korang kena ke tempat air terjun tu. Kat mana2 sepanjang sungai tu pun boleh, ada je port yang sesuai.
Laluan macam ginilah yang korang akan lalui sebelum menyeberang sungai yang pertama. Jangan risau kalau tersilap sebab tiap kali kena menyeberang, akan ada papan tanda. So, korang tak akan menyeberang kat tempat yang tak sepatutnya.
Hampir sejam barulah kitorang sampai kat sini. Pertama kali tengok aku teringat Erawan Waterfall. Walaupun berbeza tapi ada sedikit persamaan.
Lepas ambik gambar, cari port yang selesa, kitorang bukak bekal nasi lemak yang ditapau. Lepas dah kenyang baru kitorang berendam. Jenuh jugak nak cari port berendam sebab orang memang ramai, bila agak2 orang nak blah je, cepat2 kitorang chop tempat, haha.
Di mana2 je memang ada je ikan ni, besar2 pulak tu. Nak berendam lama2 pun risau kot2 ikan masuk dalam baju. Imaginasi melampau betul, haha.
Dalam pukul 1.30 petang, kitorang mula bergerak turun. Tak tahan sebab udara bersih dicemari dengan bau rokok! Benci betul dengan perokok tegar ni, dah lah mencemari udara bersih, pastu puntung rokok tu buang merata pulak. Tak pasal2 dah spoilkan mood orang lain. Lebah pun banyak, asyik berkerumun je. Walaupun tak sengat, tapi tak selesa bila badan dihurung lebah.
Dalam perjalanan turun, sempat kitorang beberapa kali berhenti bagi ikan makan. Seronok tengok ikan berebut roti yang dicampak, sekejap aje roti tak bersisa.
Kat satu tempat tu ada group rama2 comel ni. Bila kitorang mendekat, semua terbang. Lepas tu datang balik dan berkumpul lagi.
Tak tahu bunga apa, terjumpa sewaktu dalam perjalanan.
Lepas mandi ala kadar, bertukar baju dan bersolat, kami meneruskan perjalanan. Tiba2 terasa nak teruskan alang2 dah hampir ke sana. Sementelah aku dan Izza memang tak pernah jejak kaki kami ke sana lagi.
Yup, kami ke sini. Sedang elok kitorang sampai je, azan Asar berkumandang.
Bangunan pejabat pos yang sempat aku rakam. Terlupa pulak nak ambil gambar bangunan lain.
Tak lama pun kami kat sini, lepas makan aiskrim yang Izza belanja terima kasih, Izza kami kembali menuruni laluan berliku untuk kembali ke pangkal jalan. Singgah makan di Gombak sebelum menurunkan Izza dan perjalanan pulang diteruskan dengan Nani. Alhamdulillah, walaupun tak dirancang rapi tapi kami happy dengan ngedate ni.
Untuk korang yang nak ke Santuari Ikan Sungai Chiling, bersedialah dengan lebah yang super banyak di tempat2 tertentu. Toilet perempuan cuma ada 2 sahaja dengan satunya pintu takde selak. Bilik tukar pakaian pun ada satu jugak, tapi takde shower. Bertabahlah bersihkan diri dalam tandas dan bersedialah menunggu turn yang panjang. Surau yang ada disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk tukar pakaian! Since tempat ni dibuka untuk umum, rasanya pihak berwajib perlu upgrade kemudahan asas untuk kegunaan pengunjung. Aku rasa pihak berwajib patut wartakan kawasan santuari ni sebagai kawasan larangan merokok. Barulah udara bersih kekal bersih tanpa sebarang pencemaran.
No comments:
Post a Comment