Sunday, May 18, 2014

day2 | semuanya tentang batu part1

Bersambung dari sini: day1 | permulaan perjalanan.

Lucky enough aku terjaga on time walaupun malam tadi susah bebenor nak tidur. I felt something wrong and end up aku tidur dengan alunan Surah Al Baqarah sampai pagi. Masa nak keluar aku tinggalkan kunci kat kaunter dan pesanan suruh check bilik air yang banjir. Nak berlama2 bawah shower pun tak syok. Since Daro dah terpacak kat depan tu, aku terus naik dan perjalanan dimulakan. Aku ingat nak tidur sebab ngantuk, tapi tak de maknanya. Pagi2 ni banyak tuk-tuk yang menghala ke arah yang sama, jugak berselisih dengan mereka2 yang gigih duk kayuh basikal pagi2 cam gini. 

Daro berhentikan tuk-tuk depan kaunter tiket. Lepas aku purchase one day pass berharga $20 yang ada muka aku kat situ, Daro bawak ke entrance Angkor Wat. Jauh jugak jarak antara dua tu. Gigih pepagi buta masing2 semangat terjah Angkor Wat semata2 nak kejar sunrise. Orang dah ramai masa aku sampai tu. Daro tunjukkan tempat dia akan tunggu aku lepas turunkan aku depan entrance. Aku tengok petugas berbaris panjang, ready dengan torch light masing2 nak check entrance ticket each visitors. 


Lepas diperiksa tiket, aku berjalan masuk ke bahagian dalam bersama2 dengan pengunjung yang lain. 


Tengok! Bulan pun masih jelas kelihatan.


Punyalah ramai yang dah setia menunggu matahari muncul kat depan tasik ni. Port yang best semua dah penuh, masing2 ada yang dah pasang tripod. 


Angkor Wat di remang dinihari. Punyalah aku try nak lari dari kepala manusia kat depan aku, tetap jugak kelihatan. Walaupun masa ni belum lagi pukul 6.00 pagi, aku dah berpeluh2 dah. Tak sanggup nak berlama2 kat situ, aku ambik keputusan untuk explore bangunan Angkor Wat.


Masing2 bertumpu depan tasik menunggu matahari terbit. Ramai jugak peniaga gerai makan yang promote breakfast kat dorang2 yang menunggu depan tu. 


Dan burung pun turut berterbangan. Masa ni aku dah ke bahagian lapang yang pertama selepas entrance.


Walaupun masih awal dan matahari masih belum muncul, ramai jugak yang ambik keputusan untuk explore dulu macam aku.


Just nice masa aku dah sampai kat hujung bangunan kompleks Angkor Wat, matahari dah mula munculkan diri. 




Dah habis tawaf, orang makin ramai, aku ambik keputusan untuk berpatah balik dan ke destinasi seterusnya. 


Tasik yang luas di depan kompleks Angkor Wat. Pagi tadi nampak berbalam, bila matahari dah naik baru jelas kelihatan. Tasik ini kelihatan bersih walaupun airnya tak jernih.

Masa aku keluar dari kompleks tu nak cari Daro, dah ramai yang meninggalkan tempat ni untuk ke destinasi seterusnya. Masa Daro berhentikan aku kat tepi jalan dan suruh aku turun, aku terpinga2. Sebabnya aku tengok tuk-tuk lain laju je jalan terus, Daro je berhenti kat situ dan aku tak nampak pun orang lain. Tengok aku macam confuse, Daro tunjukkan temple yang dia maksudkan dalam map aku. Lepas dia tunjukkan tempat dia menunggu, aku pun berjalan ke arah entrance. Okay, ada staff yang check tiket dan lepas tu aku berjalan ikut laluan tanah merah.


Tak jauh dari entrance, aku nampak Baksei Chamkrong belah kanan, terselindung dengan pokok2 besar. Mujurlah ada papan tanda, kalau tak memang tak perasan.

Laluan yang aku lalu di lereng bukit, senang cerita keliling bukit dalam keadaan mendaki untuk ke atas. Dalam perjalanan macam2 aku fikir, nak patah balik pun ada sebab memang sunyi dan tak ada orang selain aku. Di kiri kanan adalah hutan. Aku ada ambik gambar laluan tu, tapi bila dah transfer gambar tu tak menjadi pulak. Tak dapatlah nak tunjuk kat korang macam mana keadaan laluan tu. Dah separuh perjalanan, aku dengar suara orang bercakap2, dalam hati dah rasa agak lega. Sekali ada 3 orang cleaner berehat sambil bersembang.

Bila aku sampai ke atas, kompleks tu nampak sunyi dan kerja2 restoration sedang dijalankan kalau dilihat pada keadaan temple tersebut. Aku je pengunjung kat situ dan seorang cleaner yang sedang bersihkan kawasan. 

  
Bila tengok tangga tu, tetiba aku rasa tak kuat nak daki. Tapi bila difikirkan balik, aku rasa ini je satu2 nya peluang yang aku ada untuk sampai ke atas. 


Binaan yang berada di tengah2 puncak. Macam biasa kat dalam tu tempat dorang sembah tuhan dorang. Aku tengok dari luar je.


Di sekeliling puncak ni memang banyak binaan seperti ini. Ada yang dipagar kerana sedang dibaikpulih.


Ukiran perempuan seksi ni memang dah sinonim dengan binaan batu wat atau temple seperti ini. 

Elok je masa aku nak turun dari tangga yang tinggi mencanak tu, aku berselisih dengan couple yang aku jumpa kat Angkor Wat awal pagi tadi. Lepas dah turun ke bawah, aku pusing2 kat bawah tu dulu. Cleaner 3 orang yang aku jumpa masa on the way tadi baru nak start buat keje. Mula tu aku ingat nak balik ikut laluan gajah, tapi keberanian tak berapa nak ada. 


Kalau datang setahun dua lagi, mungkin runtuhan ni dah kembali jadi binaan seperti asalnya. Terlalu banyak besi berceracak masa aku datang ni, bermaksud kerja2 restoration sedang giat dijalankan.

Masa aku on the way balik aku terserempak dengan lelaki tempatan yang lepas tu tetiba hilang, tak tau dorang ke mana padahal sebelum tu dorang follow belakang aku. Bila dah nak sampai baru terserempak dengan 2 orang minah salleh. Cuma bila aku dah sampai ke bawah, barulah meriah bila ada satu group pelancong dari China baru sampai. Aku tinggalkan dorang tu dan melintas ke seberang jalan mencari Daro untuk ke destinasi seterusnya.  


6 comments:

  1. terkena juga, ya anne?? hehehe..mujurlah sekadar rasa..

    kami pun terkena gak...benda tu dok bertapa bawah katil..benda yang sama saya nampak masa kat labuan bajo haritu..mujur saya demam malam tu, telan panadol terus pengsan..kalau tak sure tak blh tidur..terbayang2...

    ReplyDelete
  2. nasib baik cuma rasa je, kalau nampak lagi haru.. ada papan hiasan yang digantung kat dinding bilik, asal tengok je mesti seriau, huhu..

    adoii.. mana2 pegi mesti ada je benda tak best ni, bertabah je lah...

    ReplyDelete
  3. Kat SR ni memang keras ehh?
    Kalau orang macam saya yang memang lemah semangat ni mau pengsan kot, nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. tak ada apalah LD, kena kuatkan semangat je... mana2 pun kalau nak ada tu, ada jugak..

    mau tak keras, banyak sangat batu2.. hihi..

    =)

    ReplyDelete
  5. anne, selagi dia tak menganggu, buat tak tau aje...actually, yg kena kat bromo tu benda tu ikut balik sampai sini...emm, ok tak blh citer lebih2..takat tu aje hehehe

    ReplyDelete
  6. kalau dia muncul atau ganggu, mau gelabah jugak saya dibuatnya.. huhu

    erk... tang ngikut tu tak mau dengar tu, tak senang duduk dibuatnya, huwaaa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...