Keputusan yang dibuat dalam masa yang begitu singkat dan tiket dibeli hanya 3 minggu sebelum tarikh aku akan terbang. Sebelum ni dah bermacam tempat aku plan nak pergi, tapi ada je halangan. Tapi for this trip yang tak dirancang mana pun, I managed to make it. Seminggu sebelum pergi, barulah aku study sikit2. Itu pun separuh perjalanan je aku menelaah. Selebihnya aku akan ikut kata hati. Travel sorang2 tak perlu nak pening kepala fikir tentang travel buddy.
Sejujurnya, terbang buat pertama kali selepas kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini sedikit sebanyak menggoyangkan hati. Dan dek kerana insiden itu jugak, aku purchase insurans, yang mana selama ni aku asyik tutup mata je. Flight aku tengah hari tu delay about an hour, gara2 ada dua orang penumpang yang check-in baggage tapi orangnya tak muncul sampai sudah.
Semakin menghampiri destinasi.
Turning and banking before land. Semakin jelas apa yang di bawah.
Kalau tadi nampak ladang tanaman yang tak tahu apa ditanam, sekarang dah boleh nampak rumah penduduk kampung. Just before the aircraft landed.
Masa sampai kat airport Siem Reap, yang ada cuma immigration je. Customs sorang pun tak ada, customs declaration form tu tak ada yang collect. Mungkin jugak sebab flight delay, so dorang tak tunggu. Sebelum keluar, aku beli simkad kat booth yang banyak2 sebelum pintu keluar. Masa keluar tu aku intai jugak kot2 ada orang pegang kertas bertulis nama aku. Sebenarnya, dua tiga hari sebelum bertolak aku ada buat reservation kat Faisol Angkor, tapi aku tak dapat reply pun. Few days before that, aku ada email dorang, pun takde respond jugak. So that, aku tak adalah berharap sangat pun yang dorang akan jemput aku kat airport.
Dah tak ada yang tunggu aku, aku berjalan ke kiri bangunan. Kat situ ada banyak bangku dan aku duduk situ sambil ushar kat mana nak ambik tuk-tuk. Tetiba ada sorang mamat ni approach aku. Bila aku tanya berapa, dia kata $5 dan dia akan bawak aku cari guesthouse atau hostel. First guesthouse yang dia bawak dah penuh, jadi dia bawak ke guesthouse yang kedua, dekat dengan night market. Aku mintak tengok bilik dulu, tingkat 4 dan berbau rokok! Aku reject dan suruh mamat tuk-tuk tu bawak aku ke tempat lain. Bila dia bawak aku ke Garden Village Guesthouse yang tak jauh dari situ, bilik yang murah dah penuh. Bilik yang extra murah memang available, tapi aku rasa macam tak selesa. Bila aku tengok bilik berharga $10 semalam, tanpa air-cond aku setuju.
Bilik untuk 2 orang, luas biliknya. Bilik air pun luas, antara shower dengan toilet bowl dan sink ada barrier. Since duk sorang dan guna sorang2, takde masalah langsung. Bilik ni mewah betul dengan meja dan kerusi. Kat luar bilik ada kerusi kayu panjang, tempat lepak di siang hari.
Malam tu aku keluar ke night market yang cuma beberapa minit je dari guesthouse, sekadar cuci mata dan usyar apa yang patut. Aku nampak sebuah restoran halal tetapi tutup pulak. Mungkin jugak ditutup pada hari Jumaat. Tak lama pun aku kat night market, sempatlah beli adapter sebab lupa nak bawak tertinggal sebab kelam kabut packing last minute. Aku kena balik dan tidur awal sebab esok aku nak kena bangun awal pagi. Pun begitu, tetap cuak kalau2 tak terjaga di awal pagi.
wah...entry pertama ni..:)
ReplyDeletehaha, mood menulis baru datang nih...
ReplyDelete=)
hai anne... datang baca n3 siem reap ni.. teringin jugak nak tengok tinggalan sejarah kat sana tapi belum jumpa geng... sendiri2 memang tak lepas lah...
ReplyDeleteHi Cheq Sue,
ReplyDeletejemput singgah & baca, mana terkurang tu mintak maaflah ye..
*ajak kita pun boleh, tak puas pegi ari tu, hihi...