Tuesday, January 24, 2017

misi menawan kinabalu | dari kundasang ke kk

Entry ini sambungan dari misi menawan kinabalu | melangkah turun.


Bangun pagi untuk Subuh, aku packing dulu sikit2. Bila dah settle mandi baru aku settlekan semuanya. Pakcik driver van dah tunggu masa kitorang nak keluar dari chalet tu. Masa loading backpack dalam van kitorang bagitau kat pakcik driver nak breakfast, dia suruh kitorang ke Cafe Kiram. Aku jenguk dari chalet kitorang macam tutup, tapi rupa2nya cafe tu belah dalam. Memang tak nampak. Beria je aku ngintai dari chalet, haish!


View Kinabalu dari jauh, none of us gigih nak keluar hunting for sunrise pagi tadi. Kaki dah mula terasa sakit2, jalan pun dah tak berapa nak betul dah.

Lepas kitorang dah ambik order baru pakcik driver datang join. Tapi dia duduk meja lain sebab table kitorang dah penuh. Lepas breakfast kitorang bergerak ke dairy farm. Aku ingat nak beli susu, tapi bila dorang kata tak boleh simpan lama, terus cancel. 


Konon nak datang tengok lembu, tapi tetap jugak mata meninjau Kinabalu nun di sana.


Panas betul cuaca pagi tu, teriknya terasa.


Kitorang pakat beli aiskrim sorang satu. Syok jugak makan panas2 macam ni.


Jom ushar lembu!


Bunga tak tahu nama ni cantik. Banyak ditanam tepi tangga sebelum pagar keluar dari kawasan ladang.

Nak melepak sini lama2 memang taklah. Panas teriknya membahang, maklumlah semalam kami kesejukan. Dari dairy farm kami dibawa ke kelab golf untuk sightseeing. Laluannya opposite simpang masuk ke dairy farm, tak jauh pun.


Bentuk muka bumi Kundasang dari tempat tinggi. 

Lepas ambik gambar dua tiga keping, aku terus masuk dalam van. Tak daya nak menadah matahari, lebih2 lagi dengan kaki sakit. Duk menunggu dalam van lagi better. Kemudian pakcik driver berhentikan kat depan rose park. Kena bayar entrance fee tapi lupa berapa ringgit. Sekali masuk ke dalam, tak menarik langsung. Aku rasa kalau dorang maintain jaga cantik jugak tempat tu. Ini lalang lagi tinggi dari pokok bunga.

Dari rose park yang mengecewakan, kami ke Poring Hot Spring. Untuk pengetahuan, tiket masuk ke Poring ni waived dengan hanya tunjukkan kad mendaki Kinabalu. However, cuma valid dalam masa 3 hari dari tarikh dekat kad tu.


Menyeberangi jambatan yang airnya sungguh jernih dan biru.

Lama jugak kami rendam kaki dan kebetulan dah masuk waktu, kitorang terus solat kat surau situ. Kemudian perjalanan kami pulang ke Kota Kinabalu melalui kampung sebelum akhirnya melalui depan Kinabalu Park. Kitorang singgah beli durian yang dijual kat tepi jalan.


Kata makcik yang berniaga tu, ni durian sukang. Durinya panjang2...


Kasi close up durinya yang panjang.


Ini pulak isinya.

Kitorang beli 2 jenis durian, dua2 tu memang aku tak pernah makan lagi kat semenanjung ni. Yang satu lagi aku lupa namanya. Dua2 sedap. Kitorang berhenti lagi sekali di Pekan Nabalu dan kemudiannya terus ke Kota Kinabalu. Takde berhenti2 dah.

Di Kota Kinabalu, kitorang menginap di Marina Court KK. Masa kitorang sampai dah gelap. Lepas selesai urusan check in dan rehatkan kaki kejap, kitorang berjalan ke Pasar Filipina. Aku ingatkan dah tutup, rupa2nya masih ada yang bukak. Alang2 terus kitorang shopping. Dengan hasil rembatan dan kaki yang hilang rentak, gigih kitorang mencari makanan untuk dinner. Kami ke stall dekat dengan bulatan todak. 

  
Highlight of the night, lobster masak butter kalau tak silap. Sedap tapi tetap tak boleh lawan lobster kat Jogja. Lobster ni buat aku teringat dengan lobster Pantai Timanglah pulak. Padahal baru Khamis lepas melepas rindu dengan lobster kat sana, haish!

Lepas makan kami berjalan pulang ke penginapan. Takde sesi mencuci mata, sesi nak tutup mata adalah. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...