Thursday, July 24, 2014

tragedi melanda lagi

Belum pun reda dengan insiden MH17 yang dipercayai ditembak jatuh, dunia penerbangan dikejutkan lagi dengan dua insiden terbaru. Dalam masa seminggu, ada 3 insiden yang dilaporkan. Kisah ini tidaklah menjadi viral di tanah air kerana ianya tidak melibatkan airlines dari Malaysia. 

Semalam, 23 Julai 2014; pesawat ATR 72-500 twin turboprop milik TransAsia Airways dengan kod penerbangan GE222 terhempas atas rumah penduduk berhampiran Magong airport. Pesawat malang tersebut membawa 54 penumpang dan 4 anak kapal untuk penerbangan domestik dari Kaohsiung. Dikatakan pesawat tersebut terhempas setelah gagal dalam cubaan untuk emergency landing kali kedua setelah aborted the first attemp dalam cuaca buruk.


Wreckage pesawat yang dipercayai mengorbankan sekurang2nya 40 orang setakat ini.

Dan pagi tadi 0917 waktu Malaysia, pesawat Air Algerie dengan kod penerbangan AH5017 yang berlepas dari Burkina Faso dan sepatutnya mendarat di Algeirs pada 1310 waktu Malaysia hilang dari radar selepas 50 minit berlepas. 


Pesawat MD83 ini milik Swiftair, syarikat penerbangan persendirian Spanish dan operated by Air Algerie membawa 110 penumpang dan 6 anak kapal. 

Hubungan terakhir antara pesawat tersebut dengan authority Algerian pada pukul 0955 waktu Malaysia sewaktu pesawat tersebut terbang di ruang udara Gao, Mali. Pihak berkuasa walau bagaimanapun mengesahkan pesawat tersebut terhempas, tetapi menolak untuk memberi sebarang maklumat tentang punca dan keberadaan pesawat tersebut. 

Insiden yang berlaku dalam tempoh yang amat dekat ini menimbulkan kebimbangan dalam dunia penerbangan. Terutamanya bagi Malaysia kerana dua tragedi besar melanda dalam tempoh hanya 4 bulan. Walau apa pun, aku tetap berdoa agar segala masalah yang menimpa dapat dirungkai dalam waktu yang terdekat dan memberi kelegaan buat semua, terutamanya ahli keluarga yang terlibat.

footnote: tidak semestinya apa yang kita fikirkan baik untuk kita itu adalah yang terbaik. Kita merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Jangan lupa DUIT Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal, semoga dipermudahkan Allah setiap urusan kita.


2 comments:

  1. Rasa mcm tak boleh terima terutama MH17..tapi ALLAH punya perancangan lebih baik dari apa yang kita fikirkan...

    apa2pun, hati sy masih sayu anne...tiap2 hr tgk kapal terbang, tmbh2 kapal MAS..xtau nak cakap macam mane...

    ReplyDelete
  2. Masa baca text dr kawan2 malam tu, rasa macam mimpi pun ada. Berkali2 berharap yang semua tu cuma mimpi, sedih tak usah ceritalah.

    Sedih, risau, semuanya ada.. tambah2 pulak bila ada kawan2 yang mmg air crew. Cuma mampu berharap dan berdoa agar semuanya selamat.

    *apa2 pun saya tetap bangga sebab bukan mechanical failure mahupun pilot error.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...