Bersambung dari entry ini: day8 | virus melanda.
Alhamdulillah, pagi ni aku dah rasa better than yesterday. Dah cukup kuat untuk pikul anak gajah backpack dan tinggalkan Ayutthaya walaupun aku rasa tak bersedia nak tinggalkan tempat ni. Mula tu aku ingat nak late check out, tapi bila fikir balik aku cancel. Lepas mandi pagi tu, aku terus siap2 packing dan check out. Dalam pukul 10.00 pagi aku keluar, tinggalkan backpack kat Tony's Place.
Aku menuju ke gerai Halal yag aku pergi semalam. Ingat nak makan nasi, sekali nasi belum masak lagi. Mak cik jual buah sebelah tu pun tak datang lagi. Sudahnya, aku ambik laksa seketul dan kuah fish ball.
Laksa dan kuah fish ball yang menjadi hidangan brunch aku. Boleh tahanlah rasanya. Ada sedikit rasa macam kuah laksa Terengganu pun ada jugak.
Lepas makan, aku ambik motor taxi ke Wat Mahathat. Aku tanya siap2 tambang ke Wat Mahathat. Bila pak cik tu kata THB 20, aku on je. Aku sendiri pun tak tahu murah ke tak. Tapi bila dah sampai, aku rasa berbaloi lah dengan THB 20 tu.
Admission fee sebanyak THB 50 untuk masuk ke Wat Mahathat. Wat ini yang paling glemer antara banyak2 temple atau wat kat sini.
Sebenarnya kat Ayutthaya ni banyak ruin temples. Kalau ikutkan hati, memang aku berhajat nak tour semua ruins tu, tapi dek kerana kesihatan aku kali ni tak bersahabat, terpaksalah aku simpan je hajat tu. Another reason to repeat. Lagi best kalau pandai cycling, sebab jarak antara satu sama lain tu tak jauh mana.
Inilah punca keglemeran wat ni. Kawasan keliling pokok ni dipagar, so tak ada orang boleh masuk ke dalam kawasan tu. Pagar tu rendah je, boleh langkah tapi semua orang patuh pada peraturan. Nak tahu apesal kepala buddha ni terselit kat sini, korang boleh tanya cik gugel. Aku malas nak cerita.
Another view of ruins. Masa ni memang ramai orang, ada few groups yang sampai serentak. Nak ambik gambar pun terpaksa bertabah.
Kawasan wat ni memang luas. Ada yang masih tegak berdiri, senget dan tak kurang yang dah runtuh menyembah bumi. Bahagian belakang ni tak ramai orang, masing2 bertumpu kat kepala buddha tu aje.
Seberang jalan sebelah tembok sana ada bangunan lama jugak. Teringin jugak nak pergi melawat, tengok apa yang ada.
Kat Wat Mahathat ni meriah, banyak stall jual souvenir. Kat sini jugak aku jumpa FM dan poskad. Keluar dari Wat Mahathat, aku rasa tak laratlah pulak nak terjah bangunan sebelah sana. Lagipun badan aku belum betul2 pulih lagi. Sudahnya aku berjalan balik ke guesthouse. Sambil2 tu ushar kot2 ada motor taxi. Tapi sampai sudah aku berjalan kaki.
Sampai kat Tony's, aku tak terus ambik backpack. Aku lepak kat cafe', order orange juice dan tulis poskad. Kononnya nak pos masa on the way ke stesen keretapi jap lagi. Dah settle tulis, lekatkan setem, aku tanya staff Tony's macam mana nak ke stesen keretapi. Kalau naik tuk-tuk tambangnya THB 60, kalau jalan kaki nanti kena naik feri seberang sungai. Guess what? Tentulah aku pilih cara yang paling murah, tak sedar diri badan masih lemau.
Agak tricky jugak nak cari jeti, aku singgah tanya dekat 7E dan mamat tu dengan baik hati tunjukkan. Dah tak jauh sebenarnya.
Ini bukan feri yang aku tunggu, tapi feri tu saiznya kecik lagi dari bot ni.
Sampai ke seberang, semua yang naik menonong je turun. Aku pelik sebab tak ada orang kutip tambang. Bila tanya kat pak cik feri, dia kata bayar kat kaunter atas. Tambangnya cuma THB 4 sahaja. Mak cik kat kaunter tu tunjukkan arah ke stesen keretapi.
Keluar dari kaunter dari belah kanan, depan kereta tu. Stesen keretapi straight je depan sana, kena lintas jalan.
Aku dapat train pukul 12.18 tengah hari, tapi delay dalm setengah jam jugaklah. Punyalah redah, aku langsung tak check jadual train. Andai kata takde train, harus aku patah balik ambik bas atau van ke Bangkok.
Boleh tahan ramai orang dalam train, tempat duduk yang available pun tak banyak. Masa aku terkial2 nak letak backpack yang gedabak dan berat tu kat tempat letak barang bahagian atas, ada mamat baik hati tolong angkatkan. Lepas say thanks, baru aku cari tempat duduk. On the way tu, most of the time aku tidur. Lainlah kalau aku duduk tepi tingkap, boleh jugak cuci mata. Aku tak perlu risau sebab final destination adalah Hua Lamphong Railway Station.
Masing2 dengan tujuan yang berbeza bila dah tiba di Hua Lamphong Railway Station.
Keluar dari stesen keretapi, aku terus menuju ke MRT stesen kat sebelah tu. Masa aku beli tiket kat kaunter, aku notice ada sorang akak Melayu kat tepi dinding tengah tunggu husband dia beli tiket belakang aku. Lepas dah beli tiket menonong je aku turun ke bawah, macam expert sangat. Sekali dalam train aku perasan akak yang sama berdiri sebelah aku. So, aku tegurlah dia. Bersembanglah kitorang, macam2 termasuklah dorang kena gem scam dengan driver taxi. Aku suggest kat dorang, kalau nak berjalan dalam bandar better ambik train je, either MRT atau BTS. Tak habis2 dorang kata aku berani plus gigih, padahal takde apa pun. Kitorang berpisah bila aku turun kat Siam nak tukar ke BTS ke Surasak.
Aku turun kat Stesen Surasak dan gigih menapak ke hostel. Bila nampak peti surat kat tepi tu, aku masukkan poskad yang dah bersetem kat dalam tu. Malangnya, sampai ke hari ini aku tak dapat lagi poskad yang aku pos tu. Kalau tahu tak sampai, baik aku masukkan dalam peti pos kat hostel.
Masa lalu depan Restoran Cili Padi, aku rasa pelik sebab ruang kedai tu kosong! Aku baru je berangan nak pekena tomyam malam ni. Lama aku berdiri depan tu, cuba ingatkan kembali lokasi restoran. Tapi memang tak ada. Yang aku perasan, keadaan macam sunyi, tak semeriah dulu. Padahal baru 4 bulan aku tinggalkan.
Female dorm for four, share bathroom. Ada locker tapi kena bawak padlock sendiri.
Lepas letak barang, rehat kejap sebelum mandi dan lepas tu aku turun membasuh kat bawah. Stok baju bersih ngam2 tinggal untuk esok. Dah settle, aku menyidai hasil basuhan kat roof top. Ada notis tertampal kat sliding door nak naik ke atas tu. Roof top tutup by 10 o'clock dan tak boleh smoking kat atas tu. Sebabnya pihak hostel dah dapat amaran dari polis atas aduan jiran2.
Malam tu, gigih aku google pasal Restoran Cili Padi. Akhirnya aku jumpa information yang dorang tutup kat Bangkok due to political situation dan dorang bukak kat Selatan Thai pulak. Hasil gugelan, aku jumpa another Halal restaurant nearby here. Esok baru aku nak ushar carik.
Tengah aku melayan internet dapat free wifi, masuk sorang minah dari China. Sakit je hati aku bila dia tak tahu Malaysia tu kat mana, even tak pernah dengar nama Malaysia katanya. Sakit hati punya pasal, aku malas nak layan dia. Tak lama tu dia keluar dan bila dia masuk lepas tu, dia bagitau aku dia dah tahu Malaysia. Aku ingat dia gugel, tak pun tanya member dia couple yang kecoh tadi tu.
aku lyn lyn jer citer ko nie..haha
ReplyDeletetlg klik iklan ko..:)
baguslah kalau ko layan, hihi..
ReplyDelete*thanks, klik lah banyak2 kali, haha..