Macam tahun2 sebelum ni, aku akan balik beraya kat Terengganu. Hari Jumaat aku masih lagi tak sure bila nak balik kampung, rasa macam malas pun ada. Padahal aku dah beli semua barang untuk beraya. Walaupun Jumaat tu kitorang kerja half day je, tetaplah aku malas nak balik belah petang. Walau macam mana pun aku tetap akan balik hari Sabtu, pukul berapa aku tak sure. Masa telefon mak malamnya, sempat aku janji nak tolong mak bungkuskan tapai favorite aku tu petang Sabtu.
Pukul 11.00 pagi aku keluar dari rumah, lalu ikut Jalan Bangi Lama sebelum masuk Besraya dan MRR2. Traffic lancar sampailah dekat area Wangsa Maju, traffic dah start slow. Rupa2nya dah berderet kat depan, lenguh giler kaki tekan clutch dan brake. Lepas Tol Gombak, aku ingatkan traffic dah lancar, tapi hampa bila kereta bersusun kat depan mata. Masa ni aku fikir redah ajelah, even most of the time aku cuma mampu bergerak less than 10km per hour.
Lepas Tol Bentong barulah traffic lancar dan aku boleh relaxkan kaki kiri. Masa berhenti solat kat Hentian Sebelah Kuantan, aku tak terfikir nak beli makanan untuk berbuka sebab aku rasa sempat nak singgah kat mana2 lepas ni. Rupa2nya aku silap, lagi 6km nak sampai ke susur keluar Jabor, kereta berderet kat depan. Yang menambahkan sesak bila ada pemandu yang takde otak, guna lorong kecemasan dan potong queue. Lepas bayar tol, aku decide nak guna laluan LPT2 yang baru bukak Jabor - Cheneh. Lepas buat U-turn dan masuk ke LPT2, langit gelap semacam tanda2 nak hujan. Tak lama lepas tu hujan turun selebat2nya, mujurlah traffic lancar.
Tiba2 kilat memancar dan aku rasa terang kat dalam kereta. In a moment, semua indicator light kat dashboard panel menyala dan blinking. Aku slow down the speed dan berhenti kat lorong kecemasan. Switch off the engine dan bila turn on the key, indicator light still blinking. Bila aku cuba start balik, engine failed to ignite. Aku try few times before aku switch off dan relax kejap. Pastu try lagi tapi tetap failed. Masa ni dah nak maghrib dah, aku akhirnya call LPT Helpline. Tapi katanya aku kena contact Roadcare sebab LPT2 bawah MPK.
Gelap malam di LPT2 sementara tunggu bantuan tiba. Just nice aku nampak penanda KM267.8 masa call bantuan dari Roadcare.
Hampir sejam aku menunggu, barulah peronda sampai. Masa tu hujan pun dah berhenti. Lampu kereta aku pun dah start padam, mujur ada torch light dalam kereta. Masa dorang sampai, memang dorang pun tak boleh nak buat apa jugak. Mungkin sensor yang rosak katanya. So, nak tak nak aku kena panggil tow truck untuk tow kereta. Jenuhlah aku duk calling sana sini. Sementara tunggu tow truck sampai, sambil2 sembang tu aku ke bahagian belakang kereta dan notice something. Ada kesan kat bonet kereta aku.
Dalam bulatan merah tu lah kesan yang aku jumpa tu. Rupa2nya kereta aku kena lightning strike! Patutlah semua indicator menyala dan blinking.
Tak lama lepas tu, ada sebuah lagi kereta berhenti kat depan. Rupa2nya dorang terlanggar anjing dan tangki air pecah. Rasanya tempat dia terlanggar anjing dengan tempat aku kena lightning strike tak jauh jaraknya. Sempatlah borak2 kejap sebelum tow truck sampai.
Dah naik atas truck. Masa ni dah pukul 11.30 malam. Dari sebelum pukul 7.00 aku dah stranded kat sini, lebih 4 jam aku menunggu. Dengan langsung tak makan pape, cuma minum air kosong je itupun aku mintak dengan peronda Roadcare. Hilang lapar dan penat bila ditimpa musibah macam ni.
Kereta yang stranded sebab tangki air bocor. Tapi dorang berlima sekeluarga, taklah takut sangat. Aku sengsorang je.
Pesta lampu kat Cherating. Banyak kereta parking kat tepi jalan dan masing2 tidur dalam kereta. Kepenatan agaknya.
Aku sampai kat rumah hampir 6.00 pagi. Plan nak tolong Mak buat tapai, berbuka dengan mak ayah dan bersahur kat rumah cuma tinggal plan. Balik beraya kali ni, aku betul2 diduga dengan musibah tak diduga. Mungkin ada hikmah yang aku tak tahu di sebalik kejadian ni.
Dengan kereta stranded kat workshop, aku memang tak mampu nak ke mana2. Silap haribulan, aku mungkin terpaksa cancel trip merdeka. Apa pun, aku tetap berharap dan berdoa agar tak ada kerosakan yang teruk.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Ya Allah Anne, ingatkan biasa2 jer terkena kilat tu rupanya teruk juga yer.. Sabar yer..
ReplyDeleteBawakla bersabar anne... ada hikmah semua tu. Kalau la jadi kat saya aiiii entah camana tak tahu... selamat Hari raya.. jangan sesedih okeh
ReplyDeleteIzza,
ReplyDeleteTeruk, Izza... Mujur tak jadi lebih teruk, Alhamdulillah.
Cheq Sue,
Tak sangka pulak nak jadi macam tu. Pasrah je lah, ada hikmah yang tersembunyi tu..
Selamat Hari Raya jugak..