Kisah ini adalah sambungan dari geng berjimba ke utara | lhksns 2015.
Balik ke homestay, kitorang rehat kejap dan makan sebelum ambik giliran untuk mandi. Nearly to twelve, aku call owner bagitau nak check out. Since dia takde kat rumah, kitorang singgah pulangkan kunci dan duit sewa kat anak dia. Then off we go to the next destination.
Aku memang dah lama berhajat nak ke Kellie's Castle, plan pun asyik tak jadi je. Tapi Alhamdulillah, kali ni sempat jugak. Rupa2nya aku je yang tak pernah sampai. So, dorang tunggu kat kafe bawah tu dan aku naik atas sengsorang. Masuk parking kena bayar RM 2.00 per entry, then nak naik ke Kellie's Castle tu kena bayar RM 5.00 per person. Charge ni untuk Malaysian, foreigner aku lupa. Melepak kat kafe bawah tu free of charge, tapi belilah air secawan dua as courtesy.
Kellie's Castle yang menjadi igauan aku.
Aku lebih prefer panggil ni as tower, sebab kat bahagian ni ada lift shaft tu.
Bangunan sebelah yang tak siap jugak, berwarna kuning.
Pengunjung memang ramai masa ni, mungkin jugak sebab tengah cuti sekolah. Matahari agak panas, dengan crowd yang ramai memang rasa melekit ajelah badan. Aku masuk ke castle dulu, karang dah habis tour castle ni, aku nak terjah ke rumah sebelah pulak. Gitu aku buat plan.
First aku masuk adalah bilik simpanan arak ni. Tengok pada binaan rak ni, aku pasti pemiliknya adalah peminum arak yang tegar. Bahagian dalam ni ada pintu rahsia, tapi dah ditutup oleh pihak berkuasa. Lepas ambik gambar aku terus keluar, seriau je rasa, dah lah dalam tu gelap gelita.
Kan aku bagitau pengunjung ramai. Jadinya takdelah aku masuk ikut sequence. Mana tempat dan ruang yang takde orang, aku masuk. Agak2 orang ramai, aku lari dulu. So that aku kadang2 lost, tak sure kat bahagian mana. Mujur ada signage yang display kat tepi dinding, dapatlah aku figure out.
Bilik linen. Senang buat cenggini terus, tak payah nak beli almari.
Ruang lif yang memang ditutup. Dapat intai gitu2 je dari celah jaring pagar.
View dari bilik tetamu. Kalau ni rumah aku, confirm ni view untuk bilik rehat aku.
Selain dari pengunjung biasa, masa aku datang ni jugak ada ramai yang tengah buat photoshoot.
Masa aku kat sini, rintik2 hujan dah mula turun. Cepat2 aku turun ke bawah, kang kalau lambat sure stuck kat tangga. By the time aku dalam salah satu bilik, hujan yang rintik2 tadi dah bertukar menjadi makin lebat. Masing2 cari tempat berteduh.
Balkoni yang ada pelbagai cerita.
Dalam bilik family members ni, mesti ada ukiran ni kat dinding.
Pintu ke bilik air.
Hanya mampu memandang dari jauh. Hajat nak berkunjung ke sana terpaksa dikuburkan sebab hujan yang turun.
Lama juga aku roaming around, menunggu hujan berhenti. Bila tengok jarum jam yang makin bertambah, aku nekad redah hujan. Kesian kalau dorang kena tunggu aku lebih lama. Lagipun kami nak balik ke KL pulak, kalau boleh nak sampai sebelum gelap.
Banyak misteri yang tak terungkai di istana ini. Masa aku datang tadi, kat sini penuh dengan orang. Memang takde chance nak ambik gambar tanpa orang asing.
Banyak yang aku tak sempat nak explore sebab hujan. Yang aku pasti, rumah ni dibina dengan penuh teliti. Almost dari semua bilik utama ada laluan rahsia. Pemiliknya dah rancang dengan teliti dengan sebarang kemungkinan.
Keluar dari Kellie's Castle, kami meneruskan perjalanan balik ke KL. Berhenti di Bidor sekejap, sempat beli buah sebelum hujan turun dengan lebatnya. Kitorang lalu jalan dalam instead of taking highway. Berhenti di Slim River sekejap sebab tukar driver, dan kitorang dah tak berhenti kat mana2 dah lepas tu. Tanjung Malim dah banyak berubah, ternyata dah lama aku tak jejak ke sini. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar. Allah permudahkan segala2nya untuk kami.
No comments:
Post a Comment