Trip geng berjimba ke utara tanah air memang dah ada dalam plan. Kami ada event yang harus dihadiri. Tak boleh tidak, memang nak kena mencemar duli jugak. Disebabkan event tu tak adalah nun di utara sana, kitorang fikir apalah salahnya kalau lajakkan sikit perjalanan kitorang dan patah balik untuk attend event hari Ahad. So, trip kali ni selain dari event yang kebaboom, kitorang ada side plan untuk tambah lemak di utara.
Nani dan Nik dah sampai dari Terengganu petang Rabu dan dorang stay kat Seri Kembangan. Plan asal, kami akan bertolak dari rumah Izza awal pagi Jumaat, around 2.00 am. Kami dah sepakat ambik cuti hari Jumaat dan Khamis malam kitorang akan berkumpul kat rumah Izza. Aku ambik dorang kat Putrajaya Sentral dan drive ke rumah Izza, kami sampai dah awal pagi.
Konon nak bertolak pukul 2.00 pagi, kan? Tapi takde maknanya. Bila semua dah berkumpul, macam2 gossip yang keluar. Almaklumlah, dah lama kami tak berkumpul ramai2 macam ni. Sudahnya lepas Subuh baru kami bertolak menuju ke utara melalui Jalan Duta. Si Kuning aku tumpang parking free kat rumah Izza.
Langit pagi tu dengan awan tebal dan sedikit gelap, somewhere kat Perak.
Tapi aku lebih suka warna langit yang ini. Cantik!
Untung sungguh bila jadi passenger ni. Boleh buat macam2. Paling best bila dapat tengok view dengan bebas tanpa risau tersasar. Nak tidur pun lagilah takde hal. Lepas ni aku kena booking seat belakang siap2, untung haha!
Paling bahagia bila dapat snap tulisan IPOH ni. Selalu bila ke utara, aku yang drive. Asyiklah terlepas peluang nak snap gambar sebab lupa nak standby kamera siap2. Thanks Izza sebab sudi perlahankan kereta semata2 nak bagi kita chance snap gambar kat sini.
Kami berhenti breakfast kat hentian sebelah RTC Gopeng. Hampir separuh stalls kat kafeteria pagi tu belum beroperasi. Nak kata awal pagi, tak jugak. Tapi Mydin dah bukak, aku rasa dorang beroperasi 24 jam kot. Banyak stall yang masih tutup, termasuklah stalls jual buah dan bahagian pasar basah yang masih sunyi.
Lepas dah settle urusan, perjalanan diteruskan menuju ke pulau. Kali ni kami ambik jambatan kedua untuk masuk ke bahagian pulau. Dari situ kami terus menuju ke arah Teluk Bahang. Konon nak avoid laluan bengkang bengkok di lereng bukit, tapi takde maknanya bila google maps dan waze berjemaah bawak kitorang ikut laluan ni.
Kami berhenti kat empangan Teluk Bahang ni sekejap. Air agak surut tapi tak sesurut masa aku lalu sini tahun sudah. Awan kat bahagian ni nampak gelap, macam nak turunkan hujan at anytime je.
Tapi langit belah sana nampak terang. Harap2 tak hujan.
Destinasi kami dah semakin hampir. Dari sini dah tak perlukan bantuan google maps ataupun waze. Dah dapat luruskan kaki dan berehat sekejap, kitorang teruskan perjalanan yang tertangguh.
Orait, aku dah malas nak menaip. Nanti2 bila rajin aku sambung balik.
No comments:
Post a Comment