Last week, aku kerajinan bawak kamera bila ke mana2. Kebetulan pulak lepas jerebu dah hilang ni, warna langit macam lawa dengan pelbagai corak. On the way balik kerja last week, sempatlah aku snap apa yang patut masa drive. Tapi ada jugak yang aku tak sempat nak snap.
Petang Selasa, masa aku balik hujan tinggal rintik2. Ada dua kumpulan awan.
Tapi kemudiannya ada sinar di hujung sana.
Gigih aku snap masa traffic light masih berwarna merah.
Yang ni pulak petang esoknya, hari Rabu. Cuaca agak terang, tak hujan tapi ada sebahagian awan yang agak gelap, macam bawak air.
Petang Jumaat, awan macam kapas. Warna yang kelihatan agak kelabu dan petang tu cuaca mendung.
Walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari hujan turun, tapi warna langit petang tak sama. Tetap ada bezanya. Kadang2 bercahaya je, kekadang agak kelam.
musim hujan sekarang ni..
ReplyDelete