Pagi Ahad pertama di bulan November, aku join Izza ke Air Terjun Perlus. Yang sebetulnya kitorang follow group Siput Trackerzs dan program adalah trekking ke Air Terjun Perlus melalui Empangan Pangsun. Bayaran adalah RM 25 seorang.
Gigih aku keluar awal pagi dari rumah, sebab katanya kena berkumpul kat pondok ranger Gunung Nuang pukul 7.00 pagi. Surau depan rumah aku gelap lagi masa aku keluar pagi tu. Adalah sekali dua tersilap masuk simpang, tapi cik gps pagi tu bekerja dengan baik sekali. Walaupun tersilap, tetap akhirnya dibawak ke laluan yang betul.
Bila dah masuk area Hulu Langat, aku dah start perlahankan kereta sambil mata melilau kiri kanan, kot2 nampak kedai makan atau gerai jual nasi lemak. Dah lepas Pekan Batu 18 pun, still tak nampak kedai yang bukak. Aku dah cuak sebab bekalan makanan langsung tak ada. Yang aku bawak cuma air 2 botol.
Bila dah masuk kawasan kampung dan jarak dah tak jauh dari destinasi menurut cik gps, aku ternampak satu kedai makan tepi jalan dah bukak. Terus aku berhenti tepi. Sambil2 layan borak dengan makcik kedai tu, aku call Izza kot2 dia nak pesan pape. Masa makcik tu tengah bungkus nasi lemak, aku capai karipap masuk dalam plastik.
Sanggup aku keluar dari kedai, ambik kamera dalam kereta, snap gambar ni pastu baru masuk dalam kedai balik. In fact sebelum aku snap view lagi cantik, kabus lagi tebal masa tu.
Dah settle, aku teruskan perjalanan. Sampai kat kawasan agak lapang, ada bas parking, aku dah cuak. Ni first time aku sampai ke sini, cuak sebab tak tau nak ambik jalan mana. Masa ni cik gps cuma tunjuk jalan je, tak bersuara dah. Masa ni jugak aku nampak langit cukup cantik, sebab matahari dah start rising. Aku nak berhenti, ambik gambar, risau pulak kalau aku lambat. Dalam keadaan tak sure nak ke arah mana, ada kereta datang dan ke kiri. Automatically, aku steering my car to the left.
Jalan agak rosak, berliku dan sempit. Lepas laluan mendaki dan selekoh ke kiri, ada kubur belah kiri. Aku terus je ikut jalan bertar sampailah jumpa pagar loji. Aku re-confirm dengan brader kat loji tu dan lepas tu aku naik ke arah pejabat hutan Gunung Nuang. Aku parking kereta kat belah kanan, ada kawasan parking yang boleh tahan luas. Rupa2nya aku antara yang terawal, ramai lagi yang belum sampai. Terus rasa menyesal tak berhenti ambik gambar langit pagi yang cantik.
Bila Izza and the gang dah sampai, baru kitorang bergerak kumpul ramai2. Tunggu orang tu, tunggu orang ni, alih2 pukul 8.30 jugak baru gerak. Itupun ada yang tak muncul lagi masa nak gerak tu. Kitorang tak ikut laluan ke Gunung Nuang tu, tapi ikut pintu loji. Awal2 tu syoklah walaupun mendaki, sebab lalu ikut jalan tar.
Cuaca pagi tu cukup cantik. Kombinasi hijau dan biru putih warna langit memang perfect! Yang kurangnya skill ambik gambar aku memang ke laut.
Laluan masih lagi jalan bertar, haruslah semua okay. Kitorang melintasi Empangan Pangsun yang dah surut airnya. Sampai kat hujung jalan, tiada lagi jalan bertar. Maka bermulalah edisi kotorkan kasut dan pakaian. Pacat yang kelaparan dah standby tepi jalan tunggu kitorang. Malam tadi hujan lebat, makanya jalan pagi ni extra basah dan becak. Kitorang berjalan mengelilingi empangan, dari laluan yang kitorang lalu memang boleh nampak empangan pun.
Sampai satu kawasan, kitorang ke kanan masuk ke arah dalam hutan dan masa ni empangan dah tak nampak dah. Hutan pokok buluh memang banyak dalam ni. Kalau awal2 tadi laluan landai, kali ni takdelah landai sangat. Tapi masih okay sehinggalah kitorang sampai kat satu tempat yang extra becak dan ada air mengalir. Start lepas aliran air tu, kitorang kena mendaki.
Masa tengok dari bawah, aku ingatkan bukit ni tak tinggi mana. Tapi tinggi rupanya. Yang menambah azab sengsara sebab laluan licin. Berpautlah pada anak pokok, kalau tak sure tergelincir ke bawah.
Lepas pada bukit tinggi ni, laluan dah kembali rata dan lalu tepi gaung. Masa ni aku dah tinggalkan Izza kat belakang, aku jalan sorang2 sambil perhatikan orang depan supaya tak lost track. Masa dengar bunyi air mengalir, aku dah teruja. Tapi rupanya masih jauh perjalanan, dalam lebih kurang 15 minit lagi.
Masa aku sampai kat air terjun tu, first group baru sampai. Masing2 tengah buang pacat kat kaki. Kat kaki aku cuma ada seekor je lagi yang tinggal, yang lain dah jatuh sebab kekenyangan. Aku basuh kaki yang berlumpur dan bercampur darah kesan gigitan pacat, lepas tu lepak atas batu. Mata tetap berjaga2 sebab pacat ada je merayap atas batu. Risau kalau2 masuk dalam bag dan tanpa sedar ikut balik. Haru!
Air Terjun Perlus atau kadang2 dipanggil Jeram Perlus. Airnya takde lah dalam sangat, tapi dekat tengah tu arus kuat. Sejuk memang tahap gigillah.
Bila dah tak tahan berendam takde lah lama pun aku berendam aku naik dan melepak atas batu. Pastu tengok dorang jala ikan kat air terjun tu. Kesian ikan tu, kecik2 je tak sempat nak membersar. Bila baju kat badan dah hampir kering, baru kitorang beredar. Itupun bila rintik2 hujan dah mula terasa.
Kitorang lepak kat bawah ni pulak.
Dorang masak ayam dalam buluh, sedap jugak rasanya. Mungkin rempah yang dorang perap sebati dengan buluh masa masak, rasanya jadi lebih sedap. Sementara tunggu nak balik, aku melepak atas batu.
Air terjun yang mengalir ke bawah. Kata ranger, air terjun ni akan mengalir masuk ke empangan.
Lepas semua orang selesai makan dan solat, ada pulak sesi bergambar depan air terjun. Kemudian baru bergerak turun. Masa tu around 3.00 something jugaklah. Kali ni aku ambik tempat kat depan. Rasa macam lebih cepat pulak berbanding masa datang sebelumnya.
The real challenge adalah part nak turun bukit. Time naik tadi dah lepas seksa, nak turun ni lagi terseksa sebab laluan dah makin licin. Bukan takat pokok jadi tempat aku berpaut, buluh pun aku belasah janji tak jatuh bedebuk. Tapi ada jugak aku terduduk sekali, sakit jugaklah bontot aku. Badan dah terlebih berat, bila jatuh tu terasalah seksanya. Masa turun ni jugak terasa tinggi giler bukit tu. Rasa masa naik tak terasa sangat tingginya.
Dah lepas seksa bukit, baru lega. Aku dah lost dengan Izza, masa ni aku dah join group depan dan kitorang selamba tinggal yang lain2 kat belakang. In fact kat belakang tu ramai lagi. Masa ni aku dah sampai tahap heret kaki dah. Sambil2 tu duk psiko diri sendiri. Bila dah nampak empangan dari jauh, hati dah berbunga2. Kaki dipaksa untuk melangkah lebih cepat.
Bila dah kembali jejak jalan bertar, lega yang amat. Aku lepak kejap tepi empangan, belek kaki. Semua pacat yang melekat kat kaki tadi dah takde, kekenyanganlah tu dapat darah aku. Aku tak tunggu lama, terus aku berjalan balik. Masa aku sampai, bilik air masih kosong. Lepas settlekan hajat, basuh kaki, aku ke kereta. Sebelum tu aku campak sandal masuk tong sampah, dah putus talinya. Masa aku nak sampai kat kereta, Izza baru sampai. Perjalanan naik ke air terjun aku ambik masa 3 jam, masa balik aku berjaya kurangkan 30 minit.
Aku campak bag masuk bonet, ambik kain batik alas seat, tukar pakai selipar. Ambik wallet dengan handphone lepas bye bye dengan dorang. Then off I'm driving home. Masa kat tengah jalan, somewhere around Batu 14 kalau tak silap, hujan turun selebat2nya. Pastu perjalanan dah jadi perlahan sebab ada satu tempat tu, air dah melimpah atas jalan.
Bila hujan, suasana lebih cepat gelap. Pulak tu cik gps tak membantu sangat masa on the way balik, sesat barat jugaklah. Sampai satu masa, dia bawak aku masuk celah2 kawasan perumahan dan pekan Cina. Tak lama lepas tu, baru aku lega bila perasan dah masuk area Balakong. Kesabaran aku teruji bila jem teruk dari depan Apartment Seri Jasa. Lutut kiri aku masa ni rasa macam nak tercabut dah. Rupa2nya air melimpah depan Stesen Komuter Serdang. Aduhai Malaysiaku...
To make it short, aku sampai rumah around 9.00 malam. Perjalanan balik lebih lama dari trekking nanges. Lepas mandi, aku rendam kaki dengan air panas. Baru terasa lega.
Air Terjun Perlus, cukuplah sekali aku ke sana. Trek okay je, tapi aku tak suka pacat. Aku tak kisah dia nak hisap darah aku, tapi yang aku tak tahan bila gatal kesan gigitan tu. Seksa yang amat.
masa turun tu.. kite terduduk atas sorang kakak tu.. dia dok syok sliding turun bawah tak sedar terlanggar kaki kite.. kesian dia mesti perit tahan berat kite.. hahahaha...
ReplyDeletekita ibarat keliling empangan tu.. itu yang rasa lama sgt..
adoiii, perit tu menahan berat awak tetiba, haha..
Deleteitulah, lagi satu sebab track becak, itu yang lamaaa sangat nak habis...