Tuesday, December 15, 2015

geng berjimba ke utara | lhksns 2015


Pagi ni kami ada hal penting, urusan Seri Paduka Baginda. Memang nak kena mencemar duli jugak, dan inilah sebab utama geng berjimba ke utara. Sesudah Subuh, masing2 dah standby. Jantung aku tak usah ceritalah, dup dap dup dap... macam nak terkeluar. Makan roti pun boleh tercekik, lepas dua kali gigit, aku terus simpan. Minum air pun sama, tercekik jugak. Last2 aku lepak kat luar sementara tunggu dorang siap.

Jarak dari homestay ke lokasi kejadian tak jauh pun. Entah kat kawasan pejabat mana kitorang masuk dan parking. Rela yang bertugas tu bagi je kitorang masuk. Dah lepas parking, ramai2 kitorang berjalan ke starting point. Tengok keliling, hati makin cuak. Debaran makin kuat. Katanya, event untuk kami akan start pukul 7.00 pagi. Yup, kami join Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2015. 


Masa ni crowd dah ramai. Sound system agak failed. Tak jelas dengar announcement. Rasa macam dah start, tapi macam tak start.


Kemudiannya baru aku tahu, rupa2nya tadi memang dah dilepaskan satu group. So, this will be the last group akan dilepaskan. Tengah tunggu clearance dan semua kategori bercampur2. 

Elok je dah dilepaskan, kami semua berlari. Pagi2 ni masih semangat, harap2 matahari tak terik sangat pagi ni. Agak2 dah jauh, aku berjalan. Kemudian bergilir2 antara berlari dan berjalan. Envy je tengok bebudak sekolah yang laju ke depan. Rindu zaman stamina masih kuat dan bertenaga, haish!


Spotted this beautiful sunrise. Aku berhenti ke tepi, taknak halang laluan orang. Keluarkan kamera dan snap. 

Tak jauh lepas tu aku terserempak dengan Nani. Sempat kitorang bersembang dan depan kitorang dengar orang ramai bersorak. Aku ingatkan dah ada yang patah balik, sekali yang muncul adalah Sultan Nazrin Shah dan pegawai2 baginda. Tuanku sambil lari duk balas lambaian semua orang. Aku tergamam, terus terlupa nak keluarkan kamera. Bila dah lepas baru teringat. Kuciwa sungguh.

Pagi tu memang kitorang jadi perhatian umum. Jalan raya tak ditutup sepenuhnya, ada polis traffic dan crew yang jaga lalu lintas. Siap ada pemandu kenderaan ambik video lagi, bukan takat gambar je. Kami cross simpang empat dan harus mendaki melintasi jambatan.


Masa kat tengah2 jambatan ni, sempat berhenti ambik gambar. Ni Sungai Perak, kot? Tapi view pagi tu cantik dengan bukit bukau yang masih berkabus.

Lepas jambatan, kami masuk kawasan kampung. Kat selekoh tu aku berhenti minum air. Frust, sebab cuma ada mineral water je. Ingatkan boleh dapat 100plus. Kat water station ni jugak dorang provide toilet, first time ko aku jumpa organizer yang provide toilet kat laluan larian.


Keluar kampung tadi, jumpa main road kampung lain pulak. Walaupun dah lewat, tapi berkabus je suasana. 

Masa lalu kat tepi ni, jumpa makcik jual kuih tepi jalan. Sebelah tu ada bekas kuih dan kertas tulis 'free kuih for runner'. Aku jual mahal sebab bukan kuih favourite aku. Lagipun takut tercekik sebab takde air. 

Water station yang aku pass by semua provide mineral water. Frust berganda2 sebab I was hoping for 100plus. Tapiii... bila aku dah start ambik laluan nak ke tepi sungai, kat depan tu meriah giler. Dengan makcik pakcik mainkan alat muzik tradisional, siap menyanyi lagi. Dan ada beberapa orang pakcik makcik berdiri sambil hulurkan bekas kuih muih.

"Ambik kuih ni makan, nak. Nanti depan tu minum air kelapa muda." Ayat yang dorang duk ulang2 bila ada runner lalu depan dorang.

Terus aku berubah jadi excited! Dah lama kot aku nak minum kelapa muda fresh, tapi tak dapat2 lagi. Terus aku capai seketul samosa dan berjalan arah gerai kelapa muda. Masa ni aku dah ada sekali dengan Kak.


Gigih pakcik2 dan makcik takde dalam gambar potong kelapa muda untuk pelari.


Aku share dengan Kak. Nak minum sebijik kang, risau takut nak membuang. 

Sebenarnya boleh je ambik sebijik sorang. Ramai je yang ambik sorang satu. Tapi aku dengar, orang yang hujung2 tak dapat. Kelapa muda dah habis, kesian. Dan ada jugak yang lari sambil bawak kelapa ni sampai ke garisan penamat!

Dah kenyang dan puas dapat kelapa muda, patutnya lagi laju lah larinya. Tapi takdenya, lagi slow adalah. Aku rasa larian yang ni paling lama aku ambik masa. Nak check actual time, aku tak jumpa cari link pulak. 

Alkisahnya, masa dapat bib number semalam aku agak frust. Sebab kat situ cuma tulis goodies bag dan medal. Takde snack pack. So, ingatkan kitorang akan kelaparanlah lepas berlari. Sekali, dah sampai penamat tu, hambik kau. Food spread memang heaven, kenyang sampai tengah hari. Bebas nak ambik banyak mana, except for the taco yang cuma boleh redeem coupon yang each runner dapat. 

Aku ambik 2 cawan milo, balas dendam punya pasal. Kellogg's, taco, bihun goreng campur dengan kuey teow goreng. Itu belum lagi aiskrim yang awal2 lagi dorang dah hulur. Larian ni yang paling best dan berbaloi setakat ni, bayar dah lah murah. Makanan macam2 ada, free flow. Not even for the runner, tapi non-runner pun boleh makan jugak.

  
Medal terakhir untuk tahun ini. Dan jugak medal pertama untuk larian di luar kawasan Putrajaya / Selangor / Kuala Lumpur. 

Insya Allah, kalau ada rezeki dan kesempatan, tahun depan aku nak join lagi. Seronok tu masih terbayang2 lagi. Berbeza dengan larian lain yang aku dah join sebelum ni. Awal2 memang cuak sebab biasanya kalau 10km, aku prefer night run. Kalau pagi 5km just enough. LHKSNS 2015 was a great run with the great food. For sure everyone is looking for the food after run, ye dak?


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...