Thursday, December 17, 2015

geng berjimba ke utara | kellie's castle dan pulang ke kolumpo

Kisah ini adalah sambungan dari geng berjimba ke utara | lhksns 2015.

Balik ke homestay, kitorang rehat kejap dan makan sebelum ambik giliran untuk mandi. Nearly to twelve, aku call owner bagitau nak check out. Since dia takde kat rumah, kitorang singgah pulangkan kunci dan duit sewa kat anak dia. Then off we go to the next destination. 

Aku memang dah lama berhajat nak ke Kellie's Castle, plan pun asyik tak jadi je. Tapi Alhamdulillah, kali ni sempat jugak. Rupa2nya aku je yang tak pernah sampai. So, dorang tunggu kat kafe bawah tu dan aku naik atas sengsorang. Masuk parking kena bayar RM 2.00 per entry, then nak naik ke Kellie's Castle tu kena bayar RM 5.00 per person. Charge ni untuk Malaysian, foreigner aku lupa. Melepak kat kafe bawah tu free of charge, tapi belilah air secawan dua as courtesy. 


Kellie's Castle yang menjadi igauan aku.


Aku lebih prefer panggil ni as tower, sebab kat bahagian ni ada lift shaft tu. 


Bangunan sebelah yang tak siap jugak, berwarna kuning.

Pengunjung memang ramai masa ni, mungkin jugak sebab tengah cuti sekolah. Matahari agak panas, dengan crowd yang ramai memang rasa melekit ajelah badan. Aku masuk ke castle dulu, karang dah habis tour castle ni, aku nak terjah ke rumah sebelah pulak. Gitu aku buat plan.


First aku masuk adalah bilik simpanan arak ni. Tengok pada binaan rak ni, aku pasti pemiliknya adalah peminum arak yang tegar. Bahagian dalam ni ada pintu rahsia, tapi dah ditutup oleh pihak berkuasa. Lepas ambik gambar aku terus keluar, seriau je rasa, dah lah dalam tu gelap gelita.



Kan aku bagitau pengunjung ramai. Jadinya takdelah aku masuk ikut sequence. Mana tempat dan ruang yang takde orang, aku masuk. Agak2 orang ramai, aku lari dulu. So that aku kadang2 lost, tak sure kat bahagian mana. Mujur ada signage yang display kat tepi dinding, dapatlah aku figure out.


Bilik linen. Senang buat cenggini terus, tak payah nak beli almari. 


Ruang lif yang memang ditutup. Dapat intai gitu2 je dari celah jaring pagar.




View dari bilik tetamu. Kalau ni rumah aku, confirm ni view untuk bilik rehat aku.


Selain dari pengunjung biasa, masa aku datang ni jugak ada ramai yang tengah buat photoshoot. 

Masa aku kat sini, rintik2 hujan dah mula turun. Cepat2 aku turun ke bawah, kang kalau lambat sure stuck kat tangga. By the time aku dalam salah satu bilik, hujan yang rintik2 tadi dah bertukar menjadi makin lebat. Masing2 cari tempat berteduh.


Balkoni yang ada pelbagai cerita.


Dalam bilik family members ni, mesti ada ukiran ni kat dinding.


Pintu ke bilik air.


Hanya mampu memandang dari jauh. Hajat nak berkunjung ke sana terpaksa dikuburkan sebab hujan yang turun.

Lama juga aku roaming around, menunggu hujan berhenti. Bila tengok jarum jam yang makin bertambah, aku nekad redah hujan. Kesian kalau dorang kena tunggu aku lebih lama. Lagipun kami nak balik ke KL pulak, kalau boleh nak sampai sebelum gelap. 


Banyak misteri yang tak terungkai di istana ini. Masa aku datang tadi, kat sini penuh dengan orang. Memang takde chance nak ambik gambar tanpa orang asing.

Banyak yang aku tak sempat nak explore sebab hujan. Yang aku pasti, rumah ni dibina dengan penuh teliti. Almost dari semua bilik utama ada laluan rahsia. Pemiliknya dah rancang dengan teliti dengan sebarang kemungkinan. 

Keluar dari Kellie's Castle, kami meneruskan perjalanan balik ke KL. Berhenti di Bidor sekejap, sempat beli buah sebelum hujan turun dengan lebatnya. Kitorang lalu jalan dalam instead of taking highway. Berhenti di Slim River sekejap sebab tukar driver, dan kitorang dah tak berhenti kat mana2 dah lepas tu. Tanjung Malim dah banyak berubah, ternyata dah lama aku tak jejak ke sini. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar. Allah permudahkan segala2nya untuk kami.


Tuesday, December 15, 2015

geng berjimba ke utara | lhksns 2015


Pagi ni kami ada hal penting, urusan Seri Paduka Baginda. Memang nak kena mencemar duli jugak, dan inilah sebab utama geng berjimba ke utara. Sesudah Subuh, masing2 dah standby. Jantung aku tak usah ceritalah, dup dap dup dap... macam nak terkeluar. Makan roti pun boleh tercekik, lepas dua kali gigit, aku terus simpan. Minum air pun sama, tercekik jugak. Last2 aku lepak kat luar sementara tunggu dorang siap.

Jarak dari homestay ke lokasi kejadian tak jauh pun. Entah kat kawasan pejabat mana kitorang masuk dan parking. Rela yang bertugas tu bagi je kitorang masuk. Dah lepas parking, ramai2 kitorang berjalan ke starting point. Tengok keliling, hati makin cuak. Debaran makin kuat. Katanya, event untuk kami akan start pukul 7.00 pagi. Yup, kami join Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2015. 


Masa ni crowd dah ramai. Sound system agak failed. Tak jelas dengar announcement. Rasa macam dah start, tapi macam tak start.


Kemudiannya baru aku tahu, rupa2nya tadi memang dah dilepaskan satu group. So, this will be the last group akan dilepaskan. Tengah tunggu clearance dan semua kategori bercampur2. 

Elok je dah dilepaskan, kami semua berlari. Pagi2 ni masih semangat, harap2 matahari tak terik sangat pagi ni. Agak2 dah jauh, aku berjalan. Kemudian bergilir2 antara berlari dan berjalan. Envy je tengok bebudak sekolah yang laju ke depan. Rindu zaman stamina masih kuat dan bertenaga, haish!


Spotted this beautiful sunrise. Aku berhenti ke tepi, taknak halang laluan orang. Keluarkan kamera dan snap. 

Tak jauh lepas tu aku terserempak dengan Nani. Sempat kitorang bersembang dan depan kitorang dengar orang ramai bersorak. Aku ingatkan dah ada yang patah balik, sekali yang muncul adalah Sultan Nazrin Shah dan pegawai2 baginda. Tuanku sambil lari duk balas lambaian semua orang. Aku tergamam, terus terlupa nak keluarkan kamera. Bila dah lepas baru teringat. Kuciwa sungguh.

Pagi tu memang kitorang jadi perhatian umum. Jalan raya tak ditutup sepenuhnya, ada polis traffic dan crew yang jaga lalu lintas. Siap ada pemandu kenderaan ambik video lagi, bukan takat gambar je. Kami cross simpang empat dan harus mendaki melintasi jambatan.


Masa kat tengah2 jambatan ni, sempat berhenti ambik gambar. Ni Sungai Perak, kot? Tapi view pagi tu cantik dengan bukit bukau yang masih berkabus.

Lepas jambatan, kami masuk kawasan kampung. Kat selekoh tu aku berhenti minum air. Frust, sebab cuma ada mineral water je. Ingatkan boleh dapat 100plus. Kat water station ni jugak dorang provide toilet, first time ko aku jumpa organizer yang provide toilet kat laluan larian.


Keluar kampung tadi, jumpa main road kampung lain pulak. Walaupun dah lewat, tapi berkabus je suasana. 

Masa lalu kat tepi ni, jumpa makcik jual kuih tepi jalan. Sebelah tu ada bekas kuih dan kertas tulis 'free kuih for runner'. Aku jual mahal sebab bukan kuih favourite aku. Lagipun takut tercekik sebab takde air. 

Water station yang aku pass by semua provide mineral water. Frust berganda2 sebab I was hoping for 100plus. Tapiii... bila aku dah start ambik laluan nak ke tepi sungai, kat depan tu meriah giler. Dengan makcik pakcik mainkan alat muzik tradisional, siap menyanyi lagi. Dan ada beberapa orang pakcik makcik berdiri sambil hulurkan bekas kuih muih.

"Ambik kuih ni makan, nak. Nanti depan tu minum air kelapa muda." Ayat yang dorang duk ulang2 bila ada runner lalu depan dorang.

Terus aku berubah jadi excited! Dah lama kot aku nak minum kelapa muda fresh, tapi tak dapat2 lagi. Terus aku capai seketul samosa dan berjalan arah gerai kelapa muda. Masa ni aku dah ada sekali dengan Kak.


Gigih pakcik2 dan makcik takde dalam gambar potong kelapa muda untuk pelari.


Aku share dengan Kak. Nak minum sebijik kang, risau takut nak membuang. 

Sebenarnya boleh je ambik sebijik sorang. Ramai je yang ambik sorang satu. Tapi aku dengar, orang yang hujung2 tak dapat. Kelapa muda dah habis, kesian. Dan ada jugak yang lari sambil bawak kelapa ni sampai ke garisan penamat!

Dah kenyang dan puas dapat kelapa muda, patutnya lagi laju lah larinya. Tapi takdenya, lagi slow adalah. Aku rasa larian yang ni paling lama aku ambik masa. Nak check actual time, aku tak jumpa cari link pulak. 

Alkisahnya, masa dapat bib number semalam aku agak frust. Sebab kat situ cuma tulis goodies bag dan medal. Takde snack pack. So, ingatkan kitorang akan kelaparanlah lepas berlari. Sekali, dah sampai penamat tu, hambik kau. Food spread memang heaven, kenyang sampai tengah hari. Bebas nak ambik banyak mana, except for the taco yang cuma boleh redeem coupon yang each runner dapat. 

Aku ambik 2 cawan milo, balas dendam punya pasal. Kellogg's, taco, bihun goreng campur dengan kuey teow goreng. Itu belum lagi aiskrim yang awal2 lagi dorang dah hulur. Larian ni yang paling best dan berbaloi setakat ni, bayar dah lah murah. Makanan macam2 ada, free flow. Not even for the runner, tapi non-runner pun boleh makan jugak.

  
Medal terakhir untuk tahun ini. Dan jugak medal pertama untuk larian di luar kawasan Putrajaya / Selangor / Kuala Lumpur. 

Insya Allah, kalau ada rezeki dan kesempatan, tahun depan aku nak join lagi. Seronok tu masih terbayang2 lagi. Berbeza dengan larian lain yang aku dah join sebelum ni. Awal2 memang cuak sebab biasanya kalau 10km, aku prefer night run. Kalau pagi 5km just enough. LHKSNS 2015 was a great run with the great food. For sure everyone is looking for the food after run, ye dak?


Monday, December 14, 2015

geng berjimba ke utara | menjengah ke taiping dan kuala kangsar


Disebabkan aku yang beria2 sangat nak masuk ke kilang arang, aku dan Kak adalah orang terakhir yang tinggalkan kilang arang tersebut.Dorang bertiga dah lama menunggu dalam kereta. Mujur tak kena tinggal. Kami tinggalkan kilang arang menuju ke Taiping. Masa balik ni kitorang derhaka pada gps, kami ikut jalan best. Serik dah nak lalu dalam estet bagai.


Singgah berhenti solat kat masjid tak ingat nama ni. Awan kelihatan tebal dan gelap, hujan boleh turun anytime je. Kat kawasan masjid ni banyak burung merpati.


Selain kat kawasan parking, kat kubah ni menjadi tumpuan untuk dorang berkumpul.


Masjid ni cantik, masjid lama. Sayang, aku lupa namanya. Lokasinya tak jauh dari Taman Tasik Taiping yang terkenal tu.


Dan kami menyinggah di Taman Tasik Taiping ni. Parking kat tepi jalan je, orang ramai sangat.


Tak buat apa pun. Sekadar tengok2 tasik dan gelagat orang, sambil makan aiskrim dan satay ikan.


The other side. Tak daya nak explore tasik ni. Motif sangat nak simpan tenaga untuk esok.

Tak lama pun kami kat situ. Habiskan makan aiskrim dan satay ikan, ambik gambar sikit2 kat depan tu, then off we go again. This time kami akan ke Kuala Kangsar dan bermalam kat sana. Kalau ikutkan jarak, tak adalah jauh sangat. Tapi dengan semua tak tahu jalan, plus google maps dan waze yang tak boleh nak bergantung harap, perjalanan jadi lebih lama. Asyiklah google maps aku bagitau 'gps signal lost' berulang kali. Last2 kitorang pakat sambung ramai2 dan bantai gelak.

We finally managed to get into the right path after few times getting lost and couple of try and error attempts. Kami lalu ikut jalan dalam, avoiding toll and highway for sure. Bagusnya boleh tengok scenery kampung, dan signboard kat tepi jalan pun banyak membantu. Bila dah masuk Kuala Kangsar, baru kitorang on balik google maps dan waze. Bila nampak banners yang tergantung kat tepi jalan, hati makin berdebar2. 

Masa kitorang menghampiri Dewan Jubli Perak, kawasan sekitar dah nampak meriah. Dari jauh dah nampak Start/Finish point. Kitorang detour ikut laluan lain dan lepas parking kereta, hati dah start goyang. Tengok ada few peoples yang tengah bersembang depan pintu, orang lain tak nampak pun. Bila dah dekat baru realize kitorang salah pintu. Tapi dorang yang bersembang kat depan tu kata masuk je, takpe. 

Dah dapat race kit, kitorang ushar meja jual merchandise. Takat ushar je, takde mood nak belek lebih2. Lagipun kami tak check in homestay lagi ni. Hari dah makin gelap. Elok je keluar ke tempat parking, langit sedang dalam proses berubah warna.

  
Kelihatan sisa2 pelangi yang tertinggal. Warna awan tu memang cantik, golden gitu.


Dan ini pulak di sebelah kanan.


Warnanya kejap je bertahan, lepas tu slowly berubah. Elok je lepas snap yang ni, langit terus bertukar menjadi semakin gelap.

Kitorang kemudiannya gigih mencari lokasi homestay. Kitorang sampai kat taman tu masa tengah azan Maghrib. Lepas berpusing2 tak jumpa, baru aku call tuan rumah. Luckily, not that hard to find. Dah dapat kunci, masukkan semua barang dalam rumah dan lepas solat, then we off again. Kali ni kami berangan nak makan 'besar'.

Gigih kami travel dari Kuala Kangsar ke Sungai Siput di malam hari. Kami selamat jumpa MH Hotel dengan bantuan google maps dan waze. Tapiii, tetap berpusing2 mencari MH Lyfe Cafe, tempat served lobster murah yang jadi sebutan. Padahal depan jalan masuk tu je, punyalah kitorang tak perasan. Elok dapat parking, kitorang terpinga2 jugak sebelum tu. Tengok meja semua dah penuh. Kami berpecah dua, aku dengan Nani pegi ushar lobster dan dorang bertiga cari meja. 


Boston Lobster yang mula2 sampai kat table kitorang. Seekor lobster ni dihidang sekali dengan meatball, fries, coleslaw dan buah. Macam korang tengok dalam gambar tu. Yang ni harganya RM 80.00.


Kasi close-up sikit. Didatangkan dengan blackpepper sauce dan mushroom sauce.


Yang ini pulak Asian Lobster. Harga masa kitorang datang ni RM 80.00, sama harga dengan Boston Lobster tu.


Yang terakhir, Slipper Lobster. Yang paling murah antara 3 ni dan harganya RM 30.00.

Verdict? Ntah, aku rasa sama je rasa antara tiga2 tu. Lebih kurang je rasanya. Ke sebab dah kepenatan so nafsu makan tu dah hilang? Both sauce aku rasa kurang kick, macam cair pun ada gak. Isi lobster agak dry. Kalau tanya aku nak repeat ke tak, rasanya kalau sesaja datang semata2 sebab lobster ni taklah. Tapi kalau kebetulan ada kat area situ, boleh je kalau ada duit lebih.

Makan tu aje memanglah tak kenyang. So, kitorang dah order makanan dan minuman dari cafe ni. Tapiii, dah nak habis lobster ni kitorang belasah baru staff cafe datang bagitau kitorang kitchen dah tutup. Air pun cuma soft drink je yang available. Kitorang terus cancel order dan lepas bayar kitorang balik. On the way balik, kami menyinggah ke 7-eleven tapau roti dan air. 

Rasanya pasal lobster ni korang dah tahu, kan? Woop2lobster yang empunya diri. Kalau nak check harga sebab harganya berubah2 ikut harga pasaran, korang boleh check kat facebook dorang. 

Malam tu kami tidur awal, nak dapatkan rehat secukupnya. Pagi esok sesudah Subuh kami nak kena keluar rumah dah. Harap2 kami tak kesiangan pagi esok.


Sunday, December 13, 2015

geng berjimba ke utara | ke kuala sepetang


Kami balik ke homestay dan terus bersiap. Kami kena cepat kalau taknak kena extra charge sebab late check out. Tapi the main thing is, kitorang ada perjalanan yang panjang yang nak kami kena selesaikan hari ni. By the time pukul 12.00 tengah hari, kami dah siap. Lama jugaklah bersembang dengan makcik owner homestay sebelum kami tinggalkan Tasek Gelugor menuju ke Perak. 

Destinasi kami seterusnya adalah Kuala Sepetang. Selain nak merasa mee udang Mak Jah yang glemer seantero negara, aku teringin nak ke kilang arang. Lagi sekali bantuan google maps dan waze diperlukan. Sedang kitorang elok lalu jalan tengah bandar, google maps suruh patah balik dan lalu jalan lain. Waze pulak tak dapat nak connect. Tengok signboard tepi jalan, satu pun tak membantu. Akhirnya kitorang sepakat follow instruction google maps.

Dibawaknya kitorang lalu kawasan perindustrian. Tapi bila tengok ada kenderaan lain, tak adalah kitorang rasa cuak sangat. Tapi bila kitorang dibawak lalu kawasan estet yang jalannya sempit, mula rasa tak senang. Bayangkan sesekali je terserempak dengan kenderaan lain dan masa tu salah sebuah kereta kena mengalah. Kalau tak memang tersangkutlah jawabnya. 

Bila kami lalu sebelah highway, ada kejadian yang membuatkan kitorang tergelak besar akhirnya. Tak jauh dari situ kami akhirnya lalu kawasan perkampungan Melayu dan depan sikit kitorang jumpa main road. In few kilometers ahead google maps dah tunjuk lokasi mee udang dan kilang arang. Tapi bila tengok kat depan penuh dengan kenderaan di kiri dan kanan, kitorang curious. Rupa2nya ada shooting kat kilang arang tu. Since kami semua kelaparan, kitorang terjah mee udang dahulu. Tak lama menunggu, mee udang kami sampai.


Nampak udangnya besar2, panas2 macam ni baunya semerbak naik. Memang membuka selera yang kelaparan. 


 Mee dan udang, akhirnya jadilah mee udang.

Bagi aku, biasa2 je. Udang tu bukan udang fresh, sebab rasanya dah lain macam. Kuahnya bolehlah, tapi rasa petis kuat sangat. Alhamdulillah, kenyang jugaklah. Mau tak kenyang, licin jugaklah mangkuk tu.

Lepas makan, kami dengan misi mencari kilang arang. Nak singgah kilang arang sebelah tu, orang ramai sangat. So, kami mencuba nasib tapi tak jumpa. Last2 kami masuk ke Matang Mangrove Forest Reserve. Dorang kata ada lagi kilang arang kat area pekan Cina. Dari dorang jugak kitorang dapat tahu shooting kat kilang arang tepi tu dari produksi Hong Kong. Berlegar2 kitorang kat pekan tu, tapi tak jumpa. Last2 masa kitorang on the way nak balik, Izza berjaya menyelit untuk parking depan kilang arang yang glemer tu. Kat luar tertulis Kilang Arang Mr Chuah.

Kami terus ke bahagian kanan kilang, kat situ ada group pelancong Chinese. Kitorang menyelit dan ambik gambar. Nak tumpang dengar memang boleh, tapi sepatah haram pun aku tak faham. Nak tanya orang, tak nampak pun sesiapa yang boleh ditanya. Sudahnya aku freely roam kat kawasan tu.


 Kayu bakau yang akan dibakar.


 Kayu bakau yang sedang dibakar, antara proses sebelum bertukar menjadi arang. 


Kubah yang aku lupa namanya dan kayu bakau. Aku rasa kubah ni tengah berehat kot, sebab takde api.


 Sungai kecik yang menjadi laluan untuk boat membawa kayu bakau.

Masa aku ada kat tepi sungai ni, Kak panggil. Dan lepas tu aku ke tempat Kak dan tak lama kemudian, brader yang aku nampak duduk kat kerusi malas dari tadi datang arah kitorang. Dia bawak kitorang masuk dalam kubah tu dan explain pasal proses membuat arang.


Kayu2 bakau yang disusun dalam kubah, menunggu penuh untuk dibakar.


Pemandangan dari luar. Setiap kayu akan dialas dengan batu dan kayu tu akan disusun berselang seli dengan yang dikopek kulitnya dan yang berkulit. Sebabnya tak nak bagi susunan kayu2 tu runtuh sebab licin.

Menurut brader tu, kubah2 dalam kawasan kilang tu bukan sorang owner. Setiap 3 kubah ada satu lesen dan setiap lesen dimiliki oleh seorang owner sahaja. Brader ni ada 2 kubah dalam kawasan ni, dan sebuah kubah lagi kat bangunan belakang. Sebaris dengan kubah brader ni, ada 8 kubah. Lama jugak aku bersembang dengan brader tu, macam2 aku tanya dan segala persoalan aku dah terjawab.


 Tetiba spotted this boat yang penuh dengan muatan kayu bakau.


Bakaran kayu bakau dalam proses.

Kami aku tinggalkan kilang arang Kuala Sepetang dengan penuh kepuasan. Akhirnya segala persoalan terjawab dan kesannya, satu badan berbau arang!

Kitorang tak boleh masuk ke kawasan kilang sebelah tu sebab aktiviti shooting yang sedang berjalan. Ralat jugak, tapi nak buat macam mana. Kitorang datang waktu yang tak sesuai. Mungkin akan ada lawatan ulangan selepas ini, insya Allah. 


Thursday, December 10, 2015

geng berjimba ke utara | guar petai yang mempesona

Kisah ini adalah sambungan dari geng berjimba ke utara | mencari lokasi guar petai.

Masa kami sampai, yang ada hanyalah burung2 kat atas wayar letrik yang tunggu kitorang. Suasana memang sepi, langsung tak nampak orang lain. Kat parking tu pun, cuma ada kereta kami je.


Gerai tempat orang berniaga pun masih kosong. Mungkin jugak pagi2 ni dorang rehat dan start berniaga belah petang. 


Dari jauh dah nampak tali merah putih ni dan kertas. Ingatkan notis apa, bila mendekat rupa2nya doa pelindung yang dorang lekatkan kat sini. 


Mereka2 yang bersemangat wira waja demi view yang awesome. 

Disebabkan aku malas nak citer banyak, so let the pictures do the talking. Lagi pun aku tak tau nak citer macam mana dah. Pics kat bawah ni aku ambik masa kat bawah2 je, meaning takde aksi panjat bukit pun. 


 Kitorang datang dari arah kanan. Kalau korang perasan, boleh nampak jalan tanah merah.




Belah lain pulak dan air dalam kolam ni warnanya berbeza. Still kat bahagian bawah.


 Nun di sana...


Love is in the air...


Bukan takat cuaca cantik, langit pun turut cantik pagi ni. 


Bendera inilah yang aku nampak dari jauh dan akhirnya membawa kitorang ke tempat yang betul dengan jayanya. Masa ni aku dah start panjat bukit yang ada bendera ni dengan jayanya.


Awalnya aku ingatkan jalan raya, tapi rupa2nya track keretapi. Itupun bila nampak ketapi barang ni lalu masa tengah syok menembak. Kalau tak sampai ke sudah aku akan kata tu jalan raya.

Kat sini ada 2 bukit yang agak tinggi dan boleh dipanjat. Asalnya aku malas nak panjat bukit yang second tu. Aku fikir takde pape kot, mungkin sama je dengan yang aku dah tengok. Tapi bila Kak ajak aku naik, takde lah aku nak menolak. Dan ternyata berbaloi2 sebab dari sini view tak kalah cantiknya.


Air kat sini lebih beraneka warna.


Jernih airnya, boleh nampak reflections dengan jelas.


Dan aku jumpa lokasi yang dorang duk mencari dari mula2 jejak kaki kat sini. Rupa2nya tersembunyi kat belah sini. Cepat2 aku panggil dorang suruh naik.


Air yang kebiru-biruan dan langit yang hampir serupa warnanya. 


Last sebelum balik.

Kalau ikutkan memang nak berlama2 kat sini. Tapi bila matahari dah mula tegak dan jarum jam pun asyik bergerak je tanpa berehat, kitorang kena tinggalkan tempat ni. Pukul 12.00 tengah hari kitorang nak kena check out dari homestay.

Bagi aku, regardless the name sama ada Guar Petai atau Bukit Katak, ianya memberikan satu pengalaman baru. Cantik tempatnya, dan sunyi. Kalau nak datang sorang, aku tak galakkan. Better cari kawan at least sorang lagi. Kalau datang awal pagi atau lewat petang, boleh lepak lama sikit sebab tak panas sangat.

Kalau datang bawak budak2 kecik, please be cautious and extra careful. Especially bila lalu tepi2 tebing atau nak turun bukit. Licin dan batu2 kecik tu banyak. So, percentage nak tergelincir tu ada kalau tak hati2. Aku tak sure gerai depan tu start beroperasi pukul berapa. So, ada baiknya kalau korang datang bawak bekal minuman, sure haus punya. Dah makan minum kat situ, sampah sila bawak balik atau masukkan dalam plastik kat tepi gerai bawah tu.

Bukit tu takde lah tinggi pun, tak sempat penat dah sampai atas. Kalau datang pakai selipar pun takde hal. Sebab aku hari tu takde beria pakai kasut pun. Aku pakai selipar dengan seluar gedobos, sekali pandang macam pakai skirt pun ada. Tu maknanya tak perlu nak pakai pakaian hiking beria.

Dalam perjalanan balik, kitorang berhenti depan kilang batu bata untuk bergambar sekejap. Pastu terus balik ke homestay. Tak boleh nak lama2 sebab perjalanan kitorang masih jauh.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...