Sunday, August 14, 2016

trip java | pasrah dengan cuaca

Entry ini adalah sambungan dari trip java | merapi lava tour.


Masa kitorang keluar dari kawasan Merapi, hujan mula turun. Dari rintik2 menjadi agak lebat. Masing2 masih lagi dalam mood mogok, takde nak sembang apa. Ada yang dah sambung tidur sebab kebosanan. Tengah melayan perasaan, tetiba driver tanya nak singgah makan ke tak sebab katanya lepas ni dah takde restoran. Tak sempat nak tanya Izza dia tidur driver dah belok masuk ke kawasan restoran. Sungguh tak bernasib baik bila aku terpijak spek sendiri, mujur calar sikit je. Takde alasan nak beli barulah maknanya.

Kitorang pilih duduk kat pondok yang ada background sawah kat belakang, takde lah mewah mana pun restoran ni. Tapi masa kitorang bukak menu, semua terkejut. Harga memang mahal terlampau. Last2 dorang bertiga order bakso dan aku order nasi goreng. Aku saja gatal mulut cakap kat dorang, entah2 bakso korang sikit je, tak padan dengan harga. Sekali betul! Bakso yang lagi mahal dari nasi goreng tu sikit je, takde lah sedap mana pun kata dorang

Sebab makanan harga dah terlampau mahal, kitorang tak order air. Kalau portion banyak puas hatilah jugak. Masa tengah makan tu aku kata, jangan2 lepas ni ada tax lagi. Sekali betul, 10% tax! Semua muka tak puas hati. Pasrahlah masing2 dengan rupiah yang terbang.

Naik kereta, perjalanan diteruskan sama macam tadi, takde sesi sembang2. Masing2 diam je, nak tidur mata dah tak boleh nak lelap. Masa dah hampir ke destinasi, aku ternampak Masjid An-Nurumi dari jauh. Terus aku mintak driver singgah. Mujur dia tak banyak songeh, ikut je kehendak kitorang.


Masjid An Nurumi; aku pernah nampak masjid ni masa ke Prambanan tahun 2013. Tapi masa tu hanya mampu pandang je, takde kesempatan nak singgah.


Masjid An Nurumi terletak di jalan utama Jogja - Solo, belah kiri menghala ke Solo sebelum simpang ke Prambanan.

Alang2 dah singgah, kitorang terus jamak kat masjid tersebut. Dalam masjid tak luas mana pun dan separation untuk bahagian perempuan cuma sekatan paras pinggang. Tapi tak boleh nak bebas sebab pintu masuk dari tempat ambik wuduk betul2 sebelah bahagian perempuan, dan takde sekatan.

Dari Masjid An Nurumi, driver lalu ikut jalan belakang. Masuk dalam kawasan perumahan dan tetiba berhenti kat depan sebuah candi. Ingatkan candi yang kitorang nak pergi, tapi bila tengok rupa2nya Candi Sari. Miss communication rupanya. Sebab hujan, kitorang suruh wakil tepi tingkap je yang ambik gambar pastu ke destinasi yang nak dituju.


Kitorang sememangnya nak ke sini. 

Hujan lebat masa kitorang sampai. Turun dari kereta aku terus masuk ke kedai tepi tu. Kebetulan dorang ada service sewakan payung. Aku sewa payung 2 kaki, then terus ke kaunter tiket nak ke Candi Sambisari. Tiket masuk adalah flat rate Rp 2000 seorang, mungkin sebab candi ni tak seglemer candi lain kat Jogja ni.


Ukiran yang minimal, tak serabut.


Entrance ke main building.


Bangunan candi utama dari belakang. Aku suka candi ni sebab tak crowded dengan ukiran patung2.

Menurut sejarah, candi ni ditemui tanpa sengaja oleh seorang petani sewaktu mengerjakan sawah. Uniknya tentang candi ni, ianya terletak 6.54 meter di bawah permukaan tanah. Sebab hujan dan kitorang terpaksa berpayung, tak dapatlah nak explore lebih2. Tapi sakan jugaklah kitorang bergambar dalam hujan tu.

Masa kitorang tinggalkan Candi Sambisari, hujan masih turun. Aku pindah ke seat belakang, tapi bila tak tahan pening aku terus baring. Bila Dyl offer bantal dia, memang orang mengantuk disorongkan bantallah jawabnya. Lena aku tidur. Aku betul2 terjaga bila dah nak sampai. Sepanjang jalan banyak betul signboard pasal air terjun. Hujan lebat sepanjang jalan sehinggalah kitorang dah sampai ke destinasi.


Hanya mampu ambik gambar ni aje. Hujan menyebabkan kitorang decide untuk tak singgah. Lagipun nak kena menapak lebih kurang 400 meter dari parking. 


Kami hanya mampu memandang signboard je. Mungkin akan ada sesi merepeat lagi selepas ni.

Plan ke Kalibiru pun kitorang skip jugak. Hujan2 macam ni memang tak boleh nak demand lebih2. Dari Kedung Pedut, kami teruskan perjalanan pulang ke Jogja terus. 


Kami mintak nak singgah bergambar kat tepi sawah ni. Sanggup meredah gerimis kot.

Dah hujung2 ni barulah kitorang ada mood nak sembang dengan driver tu. Itupun sebab dia rajin layan permintaan kitorang. Aku suka mamat ni compare to Yanto sebab dia drives laju. Pastu dia takde komplen tak sempat ke apa. Nak pergi mana dia bawak je. Kalau tak hujan mungkin kitorang dapat cover semua tempat hari tu. 

Balik ke hotel, kitorang keluar balik berjalan kaki ke Malioboro. Sebelum tu singgah withdraw duit kat atm Cimb Niaga depan lorong nak ke hotel. Berpusing2 nak dinner, last2 we settled kat restoran di Malioboro. Tapi hampeh, nasi keras giler! 

Masa kitorang baru nak makan, ada kuda mengamuk. Habis dirempuhnya stall tepi tu dan masuk ke dalam restoran. Mujur tak melarat amukannya dan keadaan kembali reda. Aku speku kuda tu exhausted, tambah pulak hujan2 camni. Dah habis makan kitorang berjalan sampai ke hujung jalan, ke arah Pasar Sore Malioboro sebelum patah balik ke hotel.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...