Thursday, August 11, 2016

trip java | merapi lava tour

Entry ini adalah sambungan dari trip java | gumuk pasir.


Hampir sebulan tertangguh, meh kita sambung balik pasal trip ke Tanah Jawa sebelum Ramadhan itu hari. Sebelum semuanya berkarat, eloklah aku kumpul kekuatan dan sambung balik. 

Hari ke tiga di Tanah Jawa memang menduga kesabaran. Plan nak keluar seawal jam 7.30 pagi macam semalam tertunda gara2 supir lewat sejam lebih. Aku dah nak suruh Izza cancel dah supir hari tu, switch plan dengan esok bila supir tu muncul. Sudahlah lambat sampainya, mintak maaf pun tak. Bengang dengan Yanto pun ye jugak. Semalam beria dia kata dia akan bawak kitorang lagi, sekali kereta bertukar sekali dengan driver sebab dia cuti hari ni.

Aku bengang sebab supir whatsapp kata dia lambat sikit sebab jalan jem. Bila aku cerita dekat staff hotel, terkejut budak tu. 'Waktu macam gini belum macet lagi kak', katanya. Aku rasa supir tu tak tahu jalan. Masa cari kitorang tadi pun dia parking dan masuk kat lorong lain.

  
Gang Sosrokusuman, papan tanda ni menjadi pintu gerbang nak masuk gang lorong ke Hotel Larashati. 

Sebab bengang, masing2 masuk kereta tak sembang apa pun. Aku lagilah, terus tido. Cuaca memang mendung je pagi tu, layan mata memang bestlah. Dah nak sampai entrance Merapi baru aku terjaga, itu pun bila driver kejutkan Izza sebab mintak duit parking. Kitorang ambik tour yang paling pendek, Rp 350k per group. Mujur brader jeep tu okay, makanya mood nak bergambar pun membuak2. Takdelah sendu sepanjang masa.


First stop adalah rumah penduduk yang masih dijaga untuk tujuan wisata, kesan dari letusan Gunung Merapi 2010.


Waktu berlakunya eruption tanggal 5 November 2010.


Antara gambar2 yang dipamerkan di dinding rumah selepas berlakunya letupan.


Antara tinggalan kesan dari letusan yang masih disimpan untuk dipamerkan kepada pengunjung.

Lama jugak kitorang kat situ, bergambar dan berselfie beramai2. Kat situ ada deretan gerai yang jual macam2 cenderamata, tapi aku pandang dari jauh ajelah. Tak terasa nak mendekat. Masa kitorang nak gerak dari kawasan rumah tu, gerimis turun tapi taklah kebasahan. Perjalanan dengan jeep adalah super adventure. Sebabnya kitorang memang tak dapatnya nak duduk dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.


Kami dibawa ke batu alien ni. Kata brader jeep, batu ni dulunya takde. Tapi selepas eruption, batu ni tetiba ada kat sini. Kalau diperhatikan bentuk batu ni memang menyerupai wajah seakan alien. Maka dengan itu dinamakan batu alien.


Hujung dari batu alien tersebut ada cliff dan bawah tu dorang tengah bertungkus lumus ambik tanah. Masa nak naik ke kawasan ni tadi, ada satu construction yang menurut brader jeep, dorang nak buat water theme park. Tanah yang dorang angkut ni dibawak ke sanalah. 


Dari batu alien, seterusnya kami ke bangker ini. Ia merupakan kubu yang dibina bagi penduduk kampung menyelamatkan diri bila berlakunya letusan. Akan tetapi, sewaktu letusan berlaku, aliran lava melalui bahagian atas dan tepi bangker ini yang akhirnya ramai mangsa meninggal disebabkan kepanasan lava. Dalam ni ada tandas dan takde lah besar sangat, aku rasa besar sikit dari court basketball.

Cuaca pagi ni tak berpihak kepada kami, sendu sepanjang masa. Kalau cuaca cantik, pasti Merapi kelihatan dari sini. Mungkin nak kena repeat dan daki Merapi sekali kot.

Lepas dari sini, brader jeep tadi berhentikan jeep kat bawah sikit untuk kitorang bergambar. Lama jugak kitorang kat situ, jenuhlah brader tu melayan kerenah gila2 kitorang. Masa balik brader jeep bawak ikut laluan lain. Since tour yang kitorang ambik ni paling murah, maknanya masa pun paling singkat. 


Masjid depan tour office. Kat bawah ni pun tetap jugak berkabus, sejuk2 manja gitu cuacanya.


Inilah tour office tempat kitorang ambik jeep tour tu. Masa kitorang datang tadi, kemain banyak jeep yang available. Masa balik ni dah kosong kat sini, ramai yang sampai lepas kitorang.


2 comments:

  1. blogwalking setelah lama ditinggalkan..
    rindu pd jogja.. hahaha
    izza

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...