Tuesday, March 8, 2016

bertaburan peluh di bukit tabur

Cerita ni dah lama, dah nak masuk sebulan kot. Tapi baru hari ni sempat nak update. Ye lah, cerita tahun lepas pun baru settle. Bercinta nak menaip.

Plan nak gi hiking ni takde plan beria pun. Dorang dah start ajak awal bulan tu lagi, tapi aku pending confirmation sampailah sehari sebelum hari kejadian aku confirmkan. Itupun bila pagi Sabtu tu aku berjaya tukar belting kereta, kalau tak confirm aku tak ikut. 

Ahad pagi2 selepas Subuh aku dah keluar rumah. Janji nak berkumpul kat BHP Taman Melawati pukul 7 pagi. Since Subuh pun lewat sekarang ni, makanya lewat jugaklah aku keluar rumah. Elok je aku sampai, nampak Izza baru keluar dari parking. Rupa2nya dia pergi cari gerai jual nasi lemak, nak tapau untuk bekalan jap lagi.  

Takdelah pukul 7.00 pagi tu semua dah sampai, sempat aku meronda tapak car boot sale pagi tu. Masa masuk nak beli air dalam BHP tu baru perasan dorang dah sampai. Singgah breakfast then lepas tu baru semua bergerak ke destinasi. 

Kiri kanan jalan dah penuh dengan kereta masa kitorang sampai tu. Alhamdulillah, dapat jugak menyelit kat tepi2 tu. Mahu tak penuh, masing2 bawak kereta sorang satu kitoranglah tu, hihi. Tempat parking ni sebenarnya jalan ke taman perumahan kat situ, takde parking khas nak ke Bukit Tabur. Dari parking kitorang berjalan ke laluan nak hiking, melintasi jambatan kecik then lalu area rumah orang. Kami naik ikut East Tabur. Awal2 tu jumpa pipeline besar gedabak, area situ becak sikit dan tak jauh dah start mendaki. 

Baru start dua tiga langkah, aku dah mula berpeluh2. Berpeluh tu baguslah, tapi lepas tu dah mula semput. Urat kaki dah start tegang. Dah berbulan aku tak hiking, exercise jauh sekali. Semua aktiviti selama berbulan ni semuanya membantu tumbesaran badan dan penternakan lemak. Dah tau badan dah lemau, takde jugak nak warm up sebelum start. Rasakan penangan untuk orang degil.


Mujur ada nota pembakar semangat ni sepanjang laluan tu. Boleh lah dijadikan motivasi untuk lebih bersemangat, dengan harapan boleh jumpa kat puncak.


Tanjakan ni aku dah lupa yang ke berapa, tapi rasanya among the earlier. 

Basically lepas pada pipeline besar tadi, laluan mendaki dan ada few spot yang boleh berehat seketika. Spot tu takdelah lapang bebenor, takat nak berkumpul in a small group boleh lah. Disebabkan ada laluan yang jem kat depan, sempatlah aku berehat sambil kumpul tenaga balik. Tempat yang jem tu biasanya laluan berbatu dan kena naik guna tali one by one, tak pun kalau takde tali, berpeganglah pada batu. Tetap kena bagi lepas sorang2, takut ada insiden. Tapi kalau korang dah pro, takde masalah kot nak naik ramai2.


Masa nampak view Empangan Klang Gate ni, terubat sekejap rasa penat dan sengsara tadi. Ingatkan kitorang dah betul2 dekat peak, tapi rupanya jauhhh lagi perjalanan.


Alhamdulillah, cuaca cukup cantik dengan warna langit yang bersih.

Dari situ berbekalkan semangat nak ke puncak, dengan harapan view lebih jelas dan menarik, gagahlah aku heret kaki melangkah. Peluh tak usah ceritalah, dengan cuaca panas memang bertaburan peluh. Kat bahagian atas tu pokok dah kurang, jadinya panas berganda. Masa kitorang nak kena panjat tebing batu tinggi untuk ke puncak, aku hampir give up. Lebih2 lagi bila lutut kiri aku tetiba buat hal. Tapi bila fikirkan ini adalah yang pertama dan terakhir mungkin aku jejak ke sini, gigih jugak paksa diri.


View dari puncak.


Bangunan berbumbung biru yang kelihatan nun di celah2 bukit bukau tu kampus UIA.


Kuala Lumpur yang pesat dengan bangunan batu. Rasanya bukit hijau yang masih tinggal tu bakal menjadi korban kerakusan manusia.


Bukit Tabur ni tidaklah tinggi mana, tapi cabaran nak ke puncak tu tuhan saja yang tahu. Penanda ni tak sampai sebulan pun lagi dipacak, tapi dah tercabut. Gigih kitorang pacak balik, sendal dengan batu keliling tu. Orang Malaysia ni kalau bab vandalism memang hebat.

Kat puncak ni lapang dan panas. So, kitorang berjalan ke hujung tebing dan melepak berteduh celah2 pokok sambil menikmati brunch. Sesekali bila angin bertiup, rasa nak baring dan tidur kat situ terus. Tambah2 bila perut dah kenyang, mata makin memberat. Tapi bila memikirkan kitorang nak kena menapak balik, dengan berat hati kitorang melangkah. 


Tapi sempat lagi berhenti bergambar.


Aku jumpa banyak batu2 yang berbentuk tajam macam ni. Masa kat sini je aku rajin keluarkan kamera nak ambik gambar.


Along dengan beraninya berdiri kat tepi cliff tu semata2 nak bergambar. Aku yang tengok dari jauh pun dah seriau, kaki rasa ngilu je.

Dah settle seksa part mendaki, tak bermakna seksa dah berakhir. Part nak turun tebing batu yang curam dan tinggi tu double seksa. Dengan ada part yang tali dah putus, terpaksa cengkam batu kuat2 dan atur langkah satu persatu. Masa turun tu diiringi pulak dengan batu2 kecik yang jatuh.


Dalam banyak2 part, tebing yang ni paling seksa aku rasa. Masa ni aku dah selamat sampai kat bawah.

Mujur masa balik ada laluan lain, tak perlu dah nak berseksa lagi. Dengan lutut kiri yang buat hal, aku tak boleh nak laju sangat. Kitorang lalu area kebun dan rumah orang sebelum sampai ke parking. 

Kitorang tak terus balik. Kami singgah tapau makanan untuk lunch dan bergerak ke Air Terjun Kemensah. Kami lunch atas batu sambil main air. Lebih kurang pukul 3.00 petang, kitorang packing dan balik. Seksa kot sepanjang balik tu masa nak tukar gear, kereta aku kan manual. Tambah pulak dengan jalan yang jammed.

Alhamdulillah, walaupun berterabur peluh dan urat lutut, Bukit Tabur East dah berjaya aku tawan. Sebulan dua ni jangan diajak, memang confirm aku tolak. Lainlah kalau hari tu ada jumpa kura2 kat atas tu...


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...