Saturday, December 3, 2016

trip java | sehari di semarang - part1

Entry ini sambungan dari trip java | hingga ketemu lagi, dieng.


Lebih kurang 8.00 pagi kitorang keluar dari hotel. First kitorang singgah di Sam Poo Kong. Orang baru start datang, agak ramai dah kat tempat parking tu. Lepas belikan tiket untuk semua, kitorang terus masuk. Luas dan besar kawasannya.


Sam Poo Kong.


Theater building ni jadi tumpuan sekumpulan budak2 sekolah dengan cikgu dorang buat training. Riuh rendah dengan suara dorang.

  
The pagoda.


The statue of Laksamana Zheng He katanya.


Di setiap bumbung memang ada ukiran, bermacam tapi motifnya tetap haiwan.

Aku dah takde mood sangat kat sini, panas giler walaupun masih pagi. Maklumlah, dah seronok dengan cuaca Dieng yang sejuk pastu bila sampai Semarang panas berdenting, memang hilang mood dibuatnya. Bila semua dah settle, kitorang keluar.

Dwi bawak ke Lawang Sewu. Mula2 aku macam malas nak masuk, aku kan dah pernah datang sini. Tapi tak syok pulak, so aku masuk jugak. Kali ni tak ambik guide, kitorang jalan je sesuka hati. Elok jugaklah aku masuk, bangunan depan tu dah bukak untuk visitor. At least ada benda baru.


Di ruang koridor buiding ni dulu, aku cuma tengok dari luar je. Sekarang dah dibuka untuk pelawat.


The doors.


The corridor. 


Bangunan lama. Dulu aku terlupa nak ambik gambar pintu ni, so dapatlah ambik kali ni.




Ada pelamin kat ruang tengah antara building tu. Tak pastilah event dah settle atau baru nak set up. Barang2 untuk deco bersepah2 lagi, merata2 dorang letak. Patut allocate one place, so tak ganggu visitors.

Kitorang tak naik ke loteng, ke bahagian bawah pun tak turun jugak sebab both tempat tu ditutup. Ada notis dorang tampal kat pintu masuk tu. Dah habis pusing, kitorang balik. Laluan keluar adalah sebelum bangunan tandas. Masa aku datang dulu laluan masuk dan keluar sama. Memang boleh buat satu pusingan.

Keluar dari Lawang Sewu, Dwi bawak ke Kota Lama. Dia bawak ikut jalan lain, bukan jalan yang aku pernah lalu sebelum ni. Sayup2 je aku nampak Gereja Blenduk. Mujur dah pernah ke sana, tak adalah ralat sangat tak singgah. 


Masa Dwi berhenti kat sini, masing2 malas nak turun. Panas kot kat luar tu. Bukak tingkap, ambik gambar dari dalam kereta je.

Alang2 semua orang malas nak keluar, semua macam pasrah tak nak explore Kota Lama. Kitorang mintak Dwi bawak ke destinasi seterusnya. Mencabar jugak nak cari lokasinya. Jalan yang aku pernah lalu dulu memang tak nampak bayangnya. Mujurlah pada satu ketika aku terperasan Menara Al Husna. Terus kitorang fokus dan Dwi memandu ke arah itu. Ternyata memori aku yang bersisa membantu kitorang.


Memang ditakdirkan rezeki kami hari ini. Selalunya payung ni dibuka hari Jumaat je, tapi kitorang datang hari ni payung ni dah terbuka. 


Masjid Agung Semarang. First time aku ke sini, payung ni tak bukak. Second time datang dorang bukak payung. Kira dah complete dah, tak perlu repeat ke sini lagi.




Menara Al Husna nun di sana. Aku plan nak naik menara tu, nak tengok view dari atas dengan payung terbuka. Tapi sayang, masa aku nak jejak kaki kat tangga menara, pekerja menara tu terlebih dahulu tegur aku bagitau menara ditutup untuk rehat.

Agak kecewa di situ bila aku agak lalai. Patutnya aku naik ke atas sana dulu tadi. Terlupa pulak dorang tutup menara pukul 11.30 tengah hari dan bukak balik sejam kemudian. Nak menunggu jenuh pulak sejam melepak kat situ tak buat pape. Memandangkan perjalanan kami masih jauh, kitorang skip untuk naik ke menara dan proceed ke destinasi berikut.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...