Tuesday, December 6, 2016

trip java | trip berakhir dan review penginapan

Entry ini sambungan dari trip java | sehari di semarang - part2.


Seperti dijanjikan, sesudah Subuh aku kejutkan staff hotel mintak dia call kan teksi. By the time teksi sampai, kitorang dah ready. Bilik dah check out, barang2 semua dah standby kat pergola. Lepas loading barang, there we go. Awal pagi, jalan agak clear. Tapi dup dap jugak, risau kalau2 terlambat sampai. 


Genuk Perbalan pagi tu, just before we left the place.

Dah sampai airport, tengok kaunter dah bukak untuk check in. Lepas drop baggage, scan baggage, kitorang terus masuk boarding. Nak tunggu kat luar tu pun, tak tau apa nak buat. Condition airport masih sama macam dulu, takde apa yang berubah. Elok dah masuk ke dalam, perut meragam pulak. Dah settle, kitorang cari cafe nak breakfast. 

Tak banyak choice and we settled kat satu cafe ni. Masing2 order soto, tapi datang dengan nasi. So, aku expect memang in set lah sebab dalam menu nasi lain, soto lain. Masa aku nak bayar, baru aku tahu nasi tu harga lain. Hanginlah aku kat cashier tu kejap, diam je minah tu bila aku sembur. Mau tak hangin, they play dirty kot. Dah lah harga mahal berganda. Better beli makanan dalam flight, lagi murah dan berbaloi. Memang aku pangkah besar2 cafe tu.


Flight balik was okay. After safely landed dan lepas hi hi bye bye, kitorang berpisah. Aku ambik ERL ke KLIA dan jumpa kekasih hati kat parking lot before drives home. Esok dah puasa!


*       *       *       *       *


Review Penginapan:

Sepanjang trip ke Tanah Jawa ni, segala urusan berkaitan penginapan aku uruskan. Untuk transportation, Izza yang bertanggungjawab. Untuk sepanjang 9 hari 8 malam di sana, kitorang menginap di 3 tempat penginapan tak termasuk bercamping di Gunung Prau. So, review penginapan adalah totally dari pandangan aku sendiri berdasarkan pengalaman dan tak dipengaruhi oleh unsur2 luar.


1. Hotel Larashati, Yogyakarta.

Hotel ni terletak di salah satu gang lorong kecil di belakang Jalan Malioboro yang menjadi tumpuan ramai. Nak ke hotel ni kena berjalan kaki, hanya basikal dan motor je boleh lepas. Berjalan pun takde lah jauh mana pun. Bilik bersih dan hanya disediakan kopi dan teh di waktu pagi.

Owner hotel ni cukup peramah dan baik hati. Pekerja hotel jugak baik. Bila malam keadaan sunyi dan tenang, memang takde gangguan untuk tidur lena. Aku memang highly recommend untuk korang menginap di sini kalau ke Jogja. Hotel ni bukan berbintang2, lebih kepada hotel melati. Dari 5☆ aku bagi 4.5☆.

Hotel Larashati
Sosrokusuman DN I/182
Yogyakarta
Phone No: +62 274 514513
Hp Ibu Erni owner Hotel Larashati: +62 812 2963 489


2. Homestay Sahabat, Patak Banteng.

Masa aku duk cari penginapan di Tanah Tinggi Dieng, rata2 rate untuk semalam melebihi budget kitorang. Dah banyak aku call sebab rata2 kat website aku jumpa number phone dan alamat sahaja. Until I've found pasal Homestay Sahabat. Aku jumpa blog, but it doesn't look promising. Cari info pun takde orang review pasal homestay ni. 

I just take a risk to call the number and after done with the conversation, I wanted to give a try to this homestay. Turn out both owner and his wife were welcoming us and very kind. Alhamdulillah. Those kalau ada yang nak hiking Gunung Prau via Patak Banteng, it's a good choice to stay at this homestay. Very close to rumah makan, stores and masjid as well. Pak Aris selain dari helpful, dia jugak tak berkira. Highly recommended and I give 4.5☆ out of 5☆.
  
Homestay Sahabat
Desa Patak Banteng, Wonosobo
Pak Aris: +62 852 1795 0535


3. Omah Pelem Syariah, Semarang.

Masa searching penginapan di Semarang, aku tertarik dengan wording syariah dan jugak harga yang murah. Kira sesuailah dengan budget kitorang ni. Untuk hotel ni, aku message dorang kat facebook. A week before depart, aku message dorang lagi sekali sebab nak tukar bilik. Everything goes well and I didn't expect for the worse. Sebab bringing the name of syariah, kan.

Hari kejadian, kitorang mengalami kesukaran nak cari lokasi hotel. Aku call berkali2, sama ada bunyi ringing takde orang angkat atau engaged. Lepas tanya orang sana sini, baru jumpa. Mencabar sungguh perjalanan kitorang mencari hotel, tapi takpe sebab fikir nak rest je dah lepas ni. 

Bila aku ke reception bagitau dah buat booking untuk 2 bilik, dorang kata booking aku takde. Aku siap tunjuk conversation kat fb pasal booking tu. Dia bagitau tak terima deposit, so takde bookinglah. Hangin toksah citerlah, sebab dorang tak bagi tau aku kena bagi deposit kalau nak secure booking. After ding dong, they offered us family room for 4, sebab tu je bilik yang available katanya. Lepas discuss dan masing2 dah penat, kitorang on.

Bilik untuk 4 orang, tapi tilam cuma queen size dengan single yang dirapatkan. Bantal ada 3 je, selimut dan towel takde. Rupa2nya, untuk selimut kena bayar extra charges, same thing goes for the towel which come together dengan toiletries. Tak pernah aku stay kat mana2 sebelum ni tak diprovide selimut, crazy! 

Bila baca kat fb, they seems very nice and warm. Tapi hakikatnya apa yang kitorang lalui adalah sebaliknya. Despite of location yang peaceful selain dari bercinta nak cari lokasi, nothing to shout about this hotel. Aku tak rasa nak recommend pun. Out of 5☆ aku bagi 2☆ je. 

Omah Pelem Syariah
JL Genuk Perbalan X No. 3 RT 04 RW 05
Semarang

footnote: fuhhhh! setengah tahun kot baru habis menaip cerita ke Tanah Jawa. Lately malas bebenor nak ketik huruf2. Jari makin gemuk, kemalasan pun bergandalah. Aku skip cerita pasal few things, especially pasal running. Insya Allah, aku cuba regain semangat untuk menaip dan berkongsi cerita yang masih pending dalam masa terdekat ni. Kalau tak, jumpa tahun depan ajelah.


5 comments:

  1. best baca review..

    kak.. akak pernah pergi Bromo?
    kalau ada boleh tolong bagi link..

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bromo belum pernah. Teringin jugak nak ke sana, tapi belum ada rezeki lagi...

      =)

      Delete
    2. ye lah kak
      tengok macam cantik je

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...