Thursday, May 25, 2017

trip santai | gunung kidul

Entry ini sambungan dari trip santai | dari candi ke hutan pinus.


Dari hutan pinus, perjalanan ke Gunung Kidul sudah semakin hampir. Kami akan terus ke rumah Pak Mur, penginapan kami untuk malam ini. Saja aku bawak dorang merasai suasana kampung di kaki Gunung Api Purba. Aku dah whatsApp Pak Mur, katanya aku boleh terus datang je.


Sewaktu melewati jalan di lereng bukit ni, aku sempat mintak Nico berhenti sekejap untuk snap dari dalam kereta.

Alamat yang Pak Mur bagi terlalu general, takde nombor rumah mahupun nama jalan. Bila masuk je kawasan perkampungan, aku suruh Nico drive perlahan2 sambil aku cuba recall balik memori lama. Pertama kali aku ke sini hujung tahun 2012 dan Januari 2017 baru aku datang balik. Kami hampir terlajak bila aku perasan rumah Pak Mur di sebelah kiri. Elok Nico berhentikan kereta, aku turun dan terus bagi salam. 

Setelah bertanya khabar dan berkenalan dengan ahli rombongan macamlah ramai sangat, Pak Mur suruh kitorang letak barang kat bilik. Dah banyak perubahan homestay Pak Mur sejak dari aku datang dulu. Kat atas tempat bilik tetamu dah ada bilik air, so kami tak perlu guna bilik air kat bawah lagi. Lebih privacy for both. Memandangkan dah masuk waktu, kami bersolat dulu sebelum keluar lunch. Elok aku keluar lepas solat, Sabrina panggil aku suruh cepat, ada kuih best katanya. 


Kuih tak tahu nama, kalau ditengok pada rupa parasnya memang takde selera. Tapi bila dah masuk mulut, tak boleh nak berhenti pulak. Tambah2 bila ada teh O panas. Bila dah tinggal sikit baru teringat nak ambik gambar.


Homestay Pak Mur. Kalau dilihat dari luar tak banyak yang berubah. Mujur aku masih ingat design rumah ni, lagipun warna rumahnya tetap sama.

Kami lunch kat kedai makan tak jauh dari rumah Pak Mur. Lokasinya tepi sawah. Walaupun kitorang makan kat bahagian dalam, tapi sesekali angin dari sawah bertiup masuk. Masakan kampung yang sedap dan ada orang addicted dengan tahu bacem. Kami siap masuk dapur dan ibu owner kedai dengan ramah dan baik hati tunjukkan kami cara2 nak masak tahu bacem. Lepas lunch kami ke Embung Nglanggeran.


Embung Nglanggeran merupakan danau buatan yang dibina di atas bukit hasil kerjasama antara pemerintah dan penduduk tempatan. Aku masih ingat masa aku ke Gunung Api Purba tahun 2012, dari puncak gunung boleh nampak dengan jelas ada construction kat atas sebuah bukit. Rupa2nya inilah hasil dari construction tersebut.


Banyak pondok tempat berteduh disediakan kat sekitar kawasan ni. Kitorang ke sini lepas makan, bila dibelai dengan angin memang mengantuk giler. Sikit lagi aku nak baring.


Dari atas bukit ni boleh nampak macam2. Kata orang, kalau datang waktu sunrise atau sunset, view lebih menawan.

Bila dah tak mampu nak menahan ngantuk, kami balik dan aku purposely mintak Nico pusing2 kampung. Nak pegi hiking ke air terjun, dorang tak larat. So, kami balik ke homestay dan berehat sementara tunggu nak keluar petang karang. Petang tu hujan turun dan aku cuma mampu berdoa agar hujan berhenti sebelum kami keluar. Hampir jam 5 petang baru kitorang keluar. Pasrah je kalau hujan turun lagi dan petang ni aku bawak dorang tengok bintang.


Masih awal, jadi kami singgah minum dan makan jagung bakar di sebuah kedai makan sambil menunggu sunset.


Hanya ini je yang ada sebelum semuanya bertukar warna menjadi gelap gelita.


Bukit Bintang yang bercahaya di malam hari. Tapi bintangnya di bawah, bukan di atas.


Deretan kedai di lereng bukit. Dekat sini juga ada musholla untuk kemudahan pengunjung.

Usai melihat bintang2 bertaburan di bawah sana, kami pulang ke homestay. Kami mintak Nico datang jemput jam 10 pagi esok. Pak Mur dah sediakan makan malam kami. Licin kami kerjakan, yang membuatkan aku terkenang2 adalah sambal cilinya, sedap! Lepas makan, kami lepak depan tv dan kemudiannya seorang demi seorang mengundurkan diri. 

End of day 2.


Friday, May 19, 2017

trip santai | dari candi ke hutan pinus

Entry ini sambungan dari trip santai | dari solo ke jogja.


Pagi ni kami dah janji dengan Nico nak keluar awal. Before 5.00 am kitorang dah siap dan tunggu Nico sampai. Sebab kereta memang tak boleh masuk ke depan hotel, supir selalunya akan parking tepi gang lorong dan berjalan depan hotel. Tak jauh pun, tak sempat peluh nak keluar. Plan asal konon nak balik ke hotel sebelum check out, tapi pagi tu kami terus angkut bag dan check out. 


Taman mini depan hotel. Kali ni gagal nak ambik gambar di siang hari sebab kitorang sampai semalam dah malam dan hari ni pagi2 lagi dah keluar.

Destinasi pertama kami pagi ni adalah ke Borobudur. Aku memang suggest kat dorang datang pagi masa matahari belum tegak atas kepala. Masa kitorang sampai, tak ramai pengunjung lagi. Stall kat kawasan parking tu pun baru sikit yang bukak, majoriti masih lagi berbungkus. Lepas bawak dorang ke kaunter tiket, aku patah balik ke kawasan parking. Malas aku nak masuk, lagipun belum sampai pun lagi setahun.


Bunga tak tahu nama ni aku jumpa masa berjalan nak ke parking. Tapi aku lebih suka bunga kenanga yang banyak dorang tanam tepi pagar.

Sementara tunggu dorang, aku merayau meninjau stalls yang sebahagiannya dah bukak. Aku ingat nak beli skirt, tapi corak dan warna tak menarik pulak di mata aku. Choices memang tak banyak pagi2 macam gini. Tapi ada jugak yang bertukar milik pagi tu. Masa aku baru nak bukak buku nota, dorang dah sampai. Super laju betul. Kami breakfast dulu sebelum teruskan perjalanan.


Aku mintak Nico berhenti tepi jalan semata2 nak capture gambar gunung kat belakang tu.


Sebenarnya aku tertarik dengan awan yang menutupi puncak gunung tu, puncaknya macam dililit kain net.


Masa kat traffic light, spotted this guy bawak 'buah' hijau ni. Aku tanya Nico, dia pun tak tahu buah apa. Yang pasti 'buah' bulat2 hijau tu macam kosong je dalam tu. 

Dalam itinerary, aku ada request nak berhenti di hutan pinus, mana2 pun boleh dalam perjalanan ke Gunung Kidul. Perjalanan menghampiri hutan pinus mula menarik bila kereta dah mula bergerak perlahan kerana mendaki. Kiri dan kanan jalan banyak pokok2 yang tinggi memayungi jalan. Sehinggalah kami nampak banyak kereta parking tepi jalan dan Nico ambik salah satu ruang parking tepi jalan. Lepas parking kami terus melintas jalan.


Bersih dan kemas kawasannya. Cuma kena berhati2 bila laluan agak licin dek hujan hari sebelumnya. 






Peringatan untuk semua.

Kawasan hutan pinus ni luas, dan berbukit. Kat bahagian atas bukit ada pelantar kayu. Aku ingat nak naik, tapi bila tengok kat atas tu sentiasa je ada orang, malas pulak. Kawasan seberang jalan tempat parking ada gerai makan, surau dan tandas. Sepanjang laluan ni ada banyak hutan pinus dan dikelolakan oleh organisasi yang berbeza. Ada sebahagiannya yang sedang dibersihkan, mungkin selepas ini akan turut dibuka untuk wisata.

Bersambung...


Saturday, May 13, 2017

trip santai | dari solo ke jogja

Pertengahan Januari lepas, aku ke Solo dan Jogja lagi. Trip kali ni lebih kepada menunaikan janji dengan colleague aku. Dah lama dia mintak aku arrangekan trip, tapi ada je halangan. Kebetulan masa AirAsia bukak balik route ke Solo, aku sempat grab tiket promo. My colleague bertiga dengan his wife and daughter plus me. 

Our flight scheduled at 1250 and about 1030, I took Uber to KLIA2. Aku meet up dengan dorang kat Food Court, sempat brunch before boarding. Flight dari KL was smooth, sempat aku sembang dengan makcik sebelah seat aku. Tapi debaran di hati bermula bila dah memasuki ruang udara Indonesia. Cuaca tak bersahabat, hujan turun dengan lebatnya. Sewaktu menghampiri Bandara Adisumarmo, pilot buat announcement yang pesawat kena hold due to bad visibility. 

More less 20 minutes later pilot announced tower dah bagi clearance. Aku dah dengar bunyi fowler flap, landing gear dah retract and aircraft dah ready nak land. Aku rasa sikit lagi landing gear nak touchdown dah bila pilot overshoot. Pilot later announced bad visibility and have to wait. Almost half an hour jugak aircraft fly holding sehinggalah dapat clearance to land. This time memang betul2 landed, bukan cubaan lagi dah.  


Keluar je dari aerobridge, kitorang disambut dengan meriah. Later baru aku perasan bahawa flight hari ni adalah first flight back to Solo.

Dah settle immigration dan customs, keluar je nampak ada orang pegang nama aku. Kat luar masih hujan, Nico suruh kitorang tunggu depan arrival sementara dia pegi ambik kereta. Dari Solo kami terus dibawa ke Jogja, hujan yang masih turun menyebabkan perjalanan kami sedikit perlahan. Aku mintak Nico singgah di Masjid An Nurumi dalam perjalanan ke pusat kota.


Inilah bahagian dalam masjid ni, ruang solat wanita di belakang penghadang kayu tu aje. Dalam entry tahun lepas aku tak ambik gambar dalam masjid. Ini dari pintu masuk belah tempat wudhu'.


Masjid An Nurumi dari pintu depan. Pintu lagi satu bersambung terus dengan tempat wudhu' dan toilet, belah kanan dalam gambar ni. 

Lepas solat kami mintak Nico bawak kami makan. Dah lewat petang, perut pun dah berdondang sayang. Masa Nico berhenti depan restoran, aku risau jugak takut harganya mahal. Tapi belasah ajelah. Deko dalam restoran agak mewah dan layanan superb.


Sementara tunggu pesanan kitorang sampai, sempat aku belek cokelat pelbagai guna yang cantik tersusun atas rak tepi tangga. Kalau rasa susah sangat nak move on, boleh cuba cokelat cepat move on.


Restoran Handayani, makanan not bad, harga jauh tersasar dari jangkaan. Ingatkan mahal tapi reasonable.

Lepas makan kami minta terus dihantar ke hotel. Untuk malam ini, aku dah booking bilik kat Hotel Larashati. Lepas check in, aku bawak dorang keluar jalan2 kat Jalan Malioboro. Jalan kaki aje pun. Ada perubahan depan Malioboro Mall, dah clear dan ada bangku untuk duduk2. Aku terlupa nak ambik gambar.

Kami tak beli pape pun, just jalan2 tengok barang jualan kat kaki lima dan tengok street performance. Lupa, aku sempat beli polo t-shirt dekat Ramayana Deparment Store untuk pakai keje. Sebelum balik, aku singgah beli simkad. 

End of day 1.


Sunday, April 23, 2017

open trip surabaya

Memandangkan aku masih lagi tak tau nak pilih gambar untuk trip Jogja dan Solo hari tu, which is I'm not sure how long it will takes and in few days aku ada another trip pulak, maknanya blog ni akan berhabuk lagi. Jadi, aku nak bukak iklan kalau2 ada yang berminat nak join.


Date: 26 August - 3 September (Cuti sekolah dan Eid Adha).
Outbound/Inbound: Kuala Lumpur - Surabaya - Kuala Lumpur.
Rough plan: Bromo, Kawah Ijen, Ranu Kumbolo, Taman Negara Baluran (optional) and few more bergantung pada final decision.

Mungkin trip ni tak smooth macam korang bayangkan, jadi kalau ada sesiapa yang nak join, aku harap sangat bukanlah seorang yang cerewet dan tak berkira. Lagi satu, aku dan travel partner ni bukan jenis giler kentang nak budget, kadang2 kitorang ni teringin jugak nak melepak perabis duit. 

Kalau ada yang berminat boleh email aku ke anne_rmz@yahoo.com.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...