Friday, May 19, 2017

trip santai | dari candi ke hutan pinus

Entry ini sambungan dari trip santai | dari solo ke jogja.


Pagi ni kami dah janji dengan Nico nak keluar awal. Before 5.00 am kitorang dah siap dan tunggu Nico sampai. Sebab kereta memang tak boleh masuk ke depan hotel, supir selalunya akan parking tepi gang lorong dan berjalan depan hotel. Tak jauh pun, tak sempat peluh nak keluar. Plan asal konon nak balik ke hotel sebelum check out, tapi pagi tu kami terus angkut bag dan check out. 


Taman mini depan hotel. Kali ni gagal nak ambik gambar di siang hari sebab kitorang sampai semalam dah malam dan hari ni pagi2 lagi dah keluar.

Destinasi pertama kami pagi ni adalah ke Borobudur. Aku memang suggest kat dorang datang pagi masa matahari belum tegak atas kepala. Masa kitorang sampai, tak ramai pengunjung lagi. Stall kat kawasan parking tu pun baru sikit yang bukak, majoriti masih lagi berbungkus. Lepas bawak dorang ke kaunter tiket, aku patah balik ke kawasan parking. Malas aku nak masuk, lagipun belum sampai pun lagi setahun.


Bunga tak tahu nama ni aku jumpa masa berjalan nak ke parking. Tapi aku lebih suka bunga kenanga yang banyak dorang tanam tepi pagar.

Sementara tunggu dorang, aku merayau meninjau stalls yang sebahagiannya dah bukak. Aku ingat nak beli skirt, tapi corak dan warna tak menarik pulak di mata aku. Choices memang tak banyak pagi2 macam gini. Tapi ada jugak yang bertukar milik pagi tu. Masa aku baru nak bukak buku nota, dorang dah sampai. Super laju betul. Kami breakfast dulu sebelum teruskan perjalanan.


Aku mintak Nico berhenti tepi jalan semata2 nak capture gambar gunung kat belakang tu.


Sebenarnya aku tertarik dengan awan yang menutupi puncak gunung tu, puncaknya macam dililit kain net.


Masa kat traffic light, spotted this guy bawak 'buah' hijau ni. Aku tanya Nico, dia pun tak tahu buah apa. Yang pasti 'buah' bulat2 hijau tu macam kosong je dalam tu. 

Dalam itinerary, aku ada request nak berhenti di hutan pinus, mana2 pun boleh dalam perjalanan ke Gunung Kidul. Perjalanan menghampiri hutan pinus mula menarik bila kereta dah mula bergerak perlahan kerana mendaki. Kiri dan kanan jalan banyak pokok2 yang tinggi memayungi jalan. Sehinggalah kami nampak banyak kereta parking tepi jalan dan Nico ambik salah satu ruang parking tepi jalan. Lepas parking kami terus melintas jalan.


Bersih dan kemas kawasannya. Cuma kena berhati2 bila laluan agak licin dek hujan hari sebelumnya. 






Peringatan untuk semua.

Kawasan hutan pinus ni luas, dan berbukit. Kat bahagian atas bukit ada pelantar kayu. Aku ingat nak naik, tapi bila tengok kat atas tu sentiasa je ada orang, malas pulak. Kawasan seberang jalan tempat parking ada gerai makan, surau dan tandas. Sepanjang laluan ni ada banyak hutan pinus dan dikelolakan oleh organisasi yang berbeza. Ada sebahagiannya yang sedang dibersihkan, mungkin selepas ini akan turut dibuka untuk wisata.

Bersambung...


3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...