Monday, September 14, 2015

trip pasrah | mengejar sunset

Dari Pantai Tanjung Aan kami ke Pantai Seger pulak. Ada jugak kami tersilap simpang, tapi tak adalah tersasar jauh sangat sebelum kitorang perasan tersilap laluan. Kami berdua dah sah2 bukan local, internet pulak kejap2 hilang connection. So, tak boleh nak berharap sangat dengan bantuan cik gps. Sopyan memang awal2 lagi bagitau yang dia tak tahu jalan sangat. Kami pasrah meredah. 

Last 2 years, Mas Aziz bawak masuk ikut jalan sebelah Novotel. Tapi kali ni Sopyan bawak ikut another seaside. Lepas bayar parking baru kitorang dibenarkan masuk. Mula2 tu aku confuse jugak, betul ke nak ke Pantai Seger? But once dah parking kereta, ushar sekeliling then baru aku dapat recall.

  
Laluan ni lebih dekat dengan patung Puteri Mandalika ni. Aku ada ceritakan pasal Puteri Mandalika ni dalam entry lepas, nak baca gi geledah. Izza gigih daki bukit ni dan aku pulak gigih menyeberang jambatan ke sebelah sana.


Dulu aku masuk belah hujung sana. Tapi aku rasa kalau layan sunset dari sini pun not bad kot. 


Jambatan inilah yang aku seberang tu. Nampak macam okay, tapi lantai jambatan tu berlubang2. Salah pijak memang terperosok ke bawahlah jawabnya.

Masa kami keluar dari sini, hari dah berganjak petang. Pantai sebelah tu pun tempting jugak, tapi sebab kitorang nak mengejar sunset kat tempat lain, hanya mampu memandang dari dalam kereta je. Harap2 ada peluang lain untuk singgah ke sini.


Sanggup mintak Sopyan berhenti sekejap nak bergambar kat sini. Kitorang bengang giler dengan pakcik jaga parking tu. Berhenti tak sampai 5 minit pun, dia insist jugak suruh kitorang bayar parking. Bayar tetap bayar, tapi berbakul2 jugaklah kitorang membebel tak puas hati. 

Kuta Lombok had changed. Bule dah makin ramai kat sini. Dan signboard pasal surf lesson berlambak2. Aku rasa Kuta Lombok dah jadi Kuta Bali dah. Kitorang tinggalkan Kuta yang makin happening menuju ke Mawun. Di pertengahan jalan, plan nak ke Mawun kitorang cancel dan proceed ke Mawi instead sebab dah lewat sangat. 

Jalan rosak teruk, dengan keadaan berbukit, pastu masuk jalan sempit, muat2 sebijik kereta. Tapi parking tetap kena bayar. Dari tempat kitorang bayar parking tu jauh giler kot nak ke pantai dengan jalan yang cenggitu. Mujur Sopyan yang drive, kalau aku mau aku amuk sepanjang jalan. Di persimpangan antara Semeti dan Mawi, kitorang pilih Mawi. 


Pantai Mawi. Kecewa bila tengok awan tebal yang tak berpihak pada kami.


Ada minah bule ni melepak kat pantai tunggu boy-fie yang tengah surfing. Selain minah sorang ni, ada another group yang tunggu husband/boy-fie dorang surfing, ibu owner kedai makan dan kitorang bertiga je. 


Kat hujung belah kanan, ada batu2 ni. Menarik!


Sunset yang dikejar tak kesampaian. Aku tak suka pasir pantai ni sebab jerlus, seksa nak berjalan. Bila makin gelap, kitorang perasan banyak boat yang dipasang lampu belah kanan sana. Aku suspect ada perkampungan nelayan. Kalau ada banyak masa boleh try ushar ke sana pulak. 

Memandangkan perjalanan kitorang masih jauh, tak lama kitorang spend masa kat sini. Kitorang kena keluar sebelum gelap. Saja kitorang cepat2 balik sebelum group surfing tadi. Kot2 apa jadi kat kitorang nauzubillah, ada orang kat belakang nak mintak tolong. 

Plan asal nak bermalam kat Sekotong je, esok terus sambung aktiviti kat sana. Tapi memandangkan jarak yang super duper jauh dan Pak Surya call offer tukar kereta malam ni, kitorang patah balik ke Senggigi dan redah je cari hotel kat sana.

Dah sampai Mataram, aku request pegi Sate Rembiga untuk dinner. Sopyan bawak ke cawangan Sate Rembiga. Okaylah, duduk, ambik order dan sate sampai. Orang tak ramai, so tak adalah lama menunggu. 


Sate Rembiga.

Saiz makin kecik, dan bila makan aku rasa lain. Tak sesedap masa aku makan first time dulu. Dulu dagingnya lembut, bumbunya cukup enak dengan rasa pedas. Kecewa yang amat aku rasakan, sebab sate ni macam daging yang diperap kicap manis pun ada. Aku dah berangan dari KL nak makan sate banyak2, balas dendamlah kiranya. Siap berangan nak bawak balik ke KL lagi. 

Kesian Sopyan, sebab aku duk komplen tak sesedap dulu, dia rasa bersalah. Dek kerana rasa bersalah tu, dia bawak ke tempat asal Sate Rembiga. Tempat yang aku pernah makan dulu, aku ingat kedainya. Aku dan Izza tapau another portion for each. Dengan harapan sesedap yang aku makan dulu. 

Sampai kat Senggigi, kitorang randomly singgah ke Pondok Asri. Lepas tengok bilik, aku terus bayar untuk dua malam. Dah settle hal bilik, aku call Pak Surya pasal nak tukarkan kereta. Settle pasal hal kereta, baru aku balik ke bilik. Makan sate yang ditapau, kecewa berganda. Rasanya sama macam yang kitorang makan tadi. Selain dari saiz makin kecik, harga lebih mahal, rasa pun makin kurang. 

Masa nak mandi baru aku perasan bilik air takde penyangkut. The worst part, shower slow yang amat. Aku rasa duk bawah shower setengah jam baru basah kot. Dah lah hose tak membantu sangat. Seksa yang amat nak sudahkan mandi. Apa pun, tidur tetap lena sampai ke pagi.  


Sunday, September 13, 2015

trip pasrah | dari rumah adat ke pantai2...

Kembali pada cerita Lombok. Entry sebelum ni boleh tengok kat sini: trip pasrah | air terjun dan pantai tebing.


Hari Selasa, hari ketiga di Lombok. Plan asal kami nak terjah ke rumah adat kaum Sasak dan jugak pantai. Pagi ni kami akan check out dari hotel dan aku dah janji dengan Pak Surya mintak dihantarkan kereta ke hotel pukul 8.00 pagi. Couple of days before depart, aku ada email Pak Surya pasal sewa kereta. Aku takde International Driving Licence, tapi Pak Surya kata bisa aja nyetir guna sim Malaysia, gak apa2. Tambah meyakinkan aku masa duk searching pasal driving ni, aku terjumpa article pasal perjanjian negara ASEAN regarding driving in the countries. Lepas tu aku dah lost track bila cari balik pasal article tu

Punyalah aku menunggu bila Pak Surya nak call, sambil2 jenguk ke tempat parking hotel kot2 nampak kete kecik dan comel, tapi takde. Bila Izza ke receptionist nak tanya pasal coupon breakfast, dorang bagitau kereta sewa dah sampai. Aku pun pegilah ke depan, sekali Pak Surya hantar staff dia. Patutlah aku tak nampak kereta, rupa2nya dia bagi kitorang Avanza! Aku mintak either Toyota Agya atau Daihatsu Ayla. Harga sama je, tapi bila difikirkan balik jalan kat Lombok ni, aku dah start goyang. Lepas settle semua urusan sewa kereta, kitorang pegi breakfast dulu. 


Breakfast aku pagi tu, waffle yang boleh tahan sedapnya. 

Sambil2 breakfast, kitorang discuss pasal back up plan. Aku text Sopyan dan dia agree. Alhamdulillah, settle satu problem. Hampir sejam menunggu, baru Sopyan sampai dihantar isterinya dan around 9.00 plus kitorang bergerak menghala ke Kuta. On the way. aku mintak dia singgah kat Rumah Makan Cahaya depan simpang ke airport, tapau nasi balap puyung dan proceed the journey. 


Hentian pertama di Desa Sade. Izza baru first time sampai, so bawaklah dia ke sini. Takde entrance fee tapi kalau boleh bagilah sumbangan sikit untuk diorang. Since ni second time aku kat sini, tak adalah aku excited sangat. Lagipun aku tak nampak apa2 perubahan pun dengan previous visit. Masih sama kecuali ada ramai yang berniaga batu akik this time.

Lepas Desa Sade, perjalanan kami diteruskan lagi. Boleh dikatakan hari ni edisi merepeat lokasi yang aku dah pergi during previous visit. Jalan raya ke arah pantai dah cantik, better than before.


Kami singgah ke Pantai Merese. Kononnya dari situ nak ke Bukit Merese, tapi dorang kat situ tak nak membantu. Semua duk push kitorang sewa boat dan dorang akan hantar ke sana. Ada jalan nak ke sana dengan kereta, tapi bila difikirkan balik kitorang back off. Pantai ni nampak cantik dan bersih, kan? Tapi...


Tapi... inilah keadaan sebenar pantai ni. Penuh dengan rumput laut yang tak dibersihkan dan kulit kelapa muda serta sampah lain. Dah lah masuk sini kena bayar parking, tapi keadaan pantai menyedihkan.

Rimas dengan kanak2 yang jual barang dan jugak mamat boat yang asyiklah berzikir kat telinga, kitorang ambik keputusan untuk tinggalkan Pantai Merese. Kitorang nak pegi lunch kat pantai sebelah. Masa nak masuk ke tempat parking, ada pondok dan kitorang kena bayar parking lagi. Kata brother tu, air tengah pasang sekarang. Elok lepas parked kereta, pakcik yang berniaga kelapa muda nak ke sana, dia tunggu kami dan bawak kitorang ke sana.


Air tengah pasang dan ombak memang kuat. Masa aku datang 2 tahun lepas, air surut dan kitorang boleh bebas berjalan melepasi batu besar hujung sana. Kali ni kitorang kena daki bukit.


Kami nak ke Batu Payung ni. Lihatlah ombaknya yang besar and keep coming dan kawasan Batu Payung yang dipenuhi air. Masa kitorang bergambar kat sini, pakcik tadi panggil suruh turun. Katanya ada tempat untuk duduk.


Kami daki bukit dari belah kanan dan turun ke belah kiri untuk ke Batu Payung. Laluan yang sama kitorang ambik masa nak balik. Masa naik dan turun laluan belah kanan tu agak mencabar sebab bukitnya licin dan berpasir. Nak gelongsor, aku takut tercium batu2 kat bawah tu. Masa naik, gigih berkaki ayam.


Berdepan dengan Batu Payung, pakcik tadi memang buat port baik punya. Dia susun batu2 dan selamat untuk lepak sewaktu air pasang. Lunch kami tengah hari tu, nasi balap dan kelapa muda serta view yang awesome. Es Jeruk dalam plastik warna kuning tu memang best! Selain kopi Lombok, es jeruk antara minuman yang aku cukup suka.


Ombak besar yang menghempas batu membentuk air terjun mini. Menarik tapi bila ombak kuat, takut jugak melihatnya.


Kami datang awal June, 'rambut' Batu Payung ni masih ada warna hijau. Mamat tu terkandas bila ombak besar datang, terpaksa menunggu ombak reda baru boleh berpatah balik. 

Masa kami nak balik, ada 2 orang pengunjung baru sampai dengan budak2 kampung tu. Nampak kitorang je, terus dia follow kitorang pulak. Masa panjat bukit nak cross ke sebelah sana, boleh pulak budak2 tu mintak aku nyanyi lagu bangau oh bangau. Semput aku dibuatnya, aduyaiii. Sampai sudah dorang duk panggil kitorang Kak Ros. Penangan Upin Ipin memang hebat!


Kami ke Pantai Tanjung Aan pulak. Pengunjung dah makin ramai, tak sunyi macam dulu lagi. Jadinya, kami lebih bebas dari gangguan penjaja.


View pantai dari atas bukit. Sekarang dah ada cafe kat tepi pantai tu. Banyak yang dah berubah.


Spotted this 2 guys on their way to surf. Aku rasa surfers ni dah start beralih arah dari Bali ke Lombok.


Ramai yang mencuba nasib menjinakkan ombak.


Bukit yang aku panjat ni jadi separation antara dua pantai yang membentuk teluk. Tak faham? Abaikan je... 


Pantai belah sana pun dah ada pengunjungnya. Tapi, dari apa yang aku perhatikan, belah sana kebanyakannya bule yang nak surf. Masing2 duk kelek surfboard. 

Masa kami tinggalkan Pantai Tanjung Aan, hari dah berganjak petang. Ada few tempat lagi kitorang nak singgah sebelum matahari bersembunyi, siang berganti malam. 


Sunday, September 6, 2015

bukit keluang, besut

Cerita pasal Lombok aku rehatkan lagi semata2 nak bercerita pasal kisah mendaki Bukit Keluang, Besut. Aku balik kampung masa long weekend due to hari merdeka baru2 ni. Alang2 dah ada kat kampung, aku buat plan dengan Nani nak daki Bukit Keluang. Orang jauh dah lama sampai, tapi kitorang yang dekat ni tak sampai2 lagi. 

Petang Ahad aku ke rumah Nani. Dah ada highway ni, cepatlah sikit aku sampai. Itu pun aku tersilap masuk simpang, mujur cepat perasan. Kononnya kami berempat, tapi Nik terpaksa tarik diri sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadinya kami bertiga je yang akan proceed. Petang tu kami terus ke Jerteh dan akan bermalam kat sana.

Konon nak daki sesudah Subuh, nak layan sunrise dari puncak Bukit Keluang. Tapi takde maknanya. Sempat kami breakfast nasi ikan bakar pagi tu, on the way nak ke Bukit Keluang. First time kot belasah nasi ikan bakar pepagi hari. Masa kitorang sampai kat parking, ada lagi group yang baru nak start mendaki. Lepas tanya adik2 yang melepak kat parking tu, kitorang decide daki dari belah kanan, bukan entrance yang menghala ke pantai. Jarak dari parking boleh tahan jauhnya.

Laluan agak licin, first part tu berbatu sikit. Lepas tu dah masuk dalam hutan. Selain kami bertiga, suami kak Ani dan 3 anaknya turut join kitorang mendaki. Si kakak dan adik laju je berlari ke depan, aku mengah kat belakang. Mau tak, berbulan ternak lemak pastu terus nak hiking. Tanpa warm up tanpa exercise.


Awal2 trek ada batang pokok berpintal ni.

Tak semua trek mendaki. Ada part yang landai dan few meters lepas tu mendaki. Dalam setengah jam jugaklah baru sampai kat atas.


View dari first peak dari laluan yang kitorang ambik. Cuaca kurang cantik, berjerebu dan garis pemisah antara lautan dan horizon tak kelihatan. 


Clear blue sky. Awan tak kelihatan sebab jerebu.


Second peak yang menjadi tumpuan pengunjung bergambar.


Pasir putih dan air yang hijau kebiruan.


View ni dari second peak.


Cuaca berjerebu, gambar pun turut sama kelam.


Ke manakah destinasi anda selepas ini? Walau destinasi mana sekalipun, semuanya bermula dengan langkah yang pertama.

Peak ketiga memandai je aku bagi nama paling luas kawasan lapangnya. Ada wakaf yang dibina, besar tapi tak berdinding. So, kalau ada yang plan nak berkhemah memang boleh je pasang khemah dalam tu. Cuma yang tak bestnya takde punca air kat atas tu.


View kat celah2 pokok masa on the way nak turun. Masa balik ni kitorang guna trek yang turun kat tepi pantai. Kiranya kitorang buat pusinganlah. 


Trek turun. Awal2 tu laluan agak landai, seronoklah melangkah. Tapi bila sampai kat hujung trek, laluan menurun bermula. Jenuh tekan brek kaki, kalau tak harus tersembam. Dah hujung2 tu ada laluan bertangga sampai ke bawah.

Dah sampai bawah, berjalan ke tepi pantai dan bila dah hilang lelah baru kitorang balik. Pengunjung memang ramai, mungkin jugak sebab cuti umum. Kanak2 dengan bendera berkibar kat basikal ramai berkonvoi, semangat betul. Sempat pekena air kelapa muda dan aiskrim sebelum balik.  


Singgah ambik gambar kat sawah padi masa perjalanan balik. Ni masih lagi tapak semaian.

Kawasan Jerteh dan Besut masih banyak sawah padi di kiri dan kanan jalan. Teringat masa aku buat attachment kat Kota Bharu years back, tiap kali balik kampung memang teruja lalu kawasan ni. Tapi masa tu langsung tak terfikir nak berhenti dan ambik gambar. Takat teruja masa driving ajelah.

Bukit Keluang - checked! 

Lepas ni kena cari destinasi lain yang menarik. Since ringgit masih belum ada tanda2 nak naik, kita cuti2 Malaysia sudahlah. 


trip pasrah | air terjun dan pantai tebing

Kami meninggalkan Sembalun menuju ke Desa Bayan, Lombok Utara. Di awal perjalanan, aku tekun lagi melayan bersembang dengan dorang. Entah bila aku terlena pun tak sedar. Sedar2 je bila Mas Ari kejutkan kitorang, bagitau dah sampai. Kat entrance, kelihatan ramai orang bersepeda. Ada group yang buat jelajah dengan sepeda dan kebetulan masa kitorang sampai ni, dorang dah nak balik. 

Kami bertiga je yang masuk, Sopyan tunggu dalam kereta. Mas Ari bawak kitorang pusing ikut bahagian belakang. Kat satu sudut tepi pagar, ada kawasan perkuburan bawah pokok besar. Since masuk dari belakang, kitorang tak jumpa pintu masuk.


Masjid Kuno Bayan Beleq dari arah belakang. Belah kanan ada binaan seperti ni jugak, tapi kecik sikit berfungsi sebagai stor simpan barang2. 


Ukiran pada puncak bumbung yang berbeza dari masjid lain. Bumbungnya diperbuat dari buluh yang dibelah dan disusun macam dalam gambar ni. 


Dan ini pulak ruangan dalam masjid. Pintu memang berkunci, jadinya aku cuma hulurkan kamera celah2 dinding yang terkoyak.

Kata Mas Ari, masjid ni masih digunakan lagi oleh mereka yang mengamalkan ajaran Islam watu telu. Pengasas/pembawa ajaran ni dimakamkan berhampiran dengan masjid ni. Dorang solat 3 kali je sehari, kebanyakan yang masih amalkan ni orang2 tua je. Yang jadi solat 3 waktu tu sebab pendakwah tu tak habis ajar lagi, dia dah pegi tempat lain. So, ajarannya tak complete dan itu yang dorang amalkan sampai sekarang. 

Dari Bayan Beleq kitorang ke Senaru. Adalah dalam setengah jam jugak kot. Kali ni aku tak sempat tidur sebab Mas Ari duk bercerita pasal Masjid Bayan Beleq, air terjun Sendang Gile dan Air terjun Tiu Kelep. Tak lama kemudian, bila dah masuk Senaru aku dah bukak mata luas2. Cuba recall balik memori 2 tahun lepas. Yang pasti ada yang berubah. Longkang yang dulunya penuh dengan air mengalir sekarang dah kering kontang.

Main entrance ke air terjun ni berkongsi entrance dengan restoran. Sebelah sana jalan ada beberapa travel agent. Kat situ kitorang dikenalkan dengan guide yang akan bawak kami berdua ke air terjun. Mas Ari dengan Sopyan tunggu kat atas. Kalau tak silap aku bayaran masuk IDR 10,000 sorang, tapi sebab kitorang dah ambik pakej dengan Mas Ari, all include dalam tu. 

Masa turun tangga tu okay lagi, pastu ada naik turun sikit. Aku dah start risau macam mana nak balik karang, dah lah sakit kaki penangan Bukit Pergasingan tak hilang lagi ni. Bila nampak air terjun dari celah2 daun, hati dah start rasa teruja. Dari persimpangan bawah tu, ke kiri menuju ke air terjun Sendang Gile dan straight ke kanan arah ke Tiu Kelep. Kitorang pilih ke Sendang Gile dulu. Bawah intersection tu ada longkang besar yang alirkan air terjun dari terowong.


Air terjun Sendang Gile, bertingkat dan tinggi.


Bahagian bawah air terjun ni cetek, pelangi tu kejap ada kejap hilang. 

Kat kawasan air terjun ni ada tandas dan bilik persalinan, cuma aku tak gi ushar lah pulak cemana rupa kat dalam tu. Kat tepi tu ada few gerai yang berjual jajan dan air minuman. Orang tak ramai kat sini, mungkin jugak sebab hari minggu.

Lepas ambik gambar lebih kurang, takat berdiri depan tu nak rasa tempias air terjun, kitorang bagitau kat pakcik tak ingat nama to proceed to the next waterfall. Naik ke atas ke intersection tadi dan kitorang ke kiri pulak. Mula2 tu jalan agak landai, pastu kena mendaki anak tangga ke atas jambatan. 


Jambatan ni ditutup dengan penutup besi ni dan bawah tu adalah longkang yang alirkan air dari Tiu Kelep. Berdebar jugak berjalan atas ni.

Trail agak santai, setakat mendaki dalam dua ke tiga kaki tu apadehal kan? Tapi kalau datang sengsorang, aku tak suggest. Sesekali je berselisih dengan orang. Dua kali jugak kena seberang anak sungai. Airnya cetek je, paras betis je pun. Tapi yang membuatkan aku seriau sebab arus deras dan batu dalam sungai tu banyak dan licin.


Sungai yang mengalir dari air terjun, tepi laluan. Ada part yang agak dalam, airnya berwarna kebiru-biruan. Dari sini ke air terjun dah tak jauh.


Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Sendang Gile, kitorang sampai ke Tiu Kelep. Kami berselisih dengan satu family dari Singapore yang on the way nak balik. Best mandi katanya, sayang nak balik.


Geram aku tengok air celah2 batu ni, kebiru-biruan warnanya. Kat tepi2 tu beranilah aku masuk, ke tengah tu macam dalam je.


Tiu Kelep bermaksud buih2 berterbangan. Airnya mencurah2, jauh lebih kuat dari Sendang Gile. Duk kat hujung2 pun terasa tempiasnya.


Kitorang langsung tak terfikir nak mandi2 kat sini. Geram tengok airnya yang jernih dan sejuk, dapatlah jugak kitorang rendam separuh badan kat tepi tu, duduk atas batu sambil cuci muka. 

Dah puas baru kitorang balik. Masa on the way balik ni, Izza ajak aku lalu ikut terowong air. But being me yang takut air, aku cepat2 angkat bendera putih. Walaupun airnya takat lutut pakcik tak ingat nama yang bagi tau aku cuak sebab terowong tu gelap. Aku suruh je dia proceed dan aku takde hal nak balik sengsorang ikut jalan tadi. Lagipun dah dekat dah. 


Laluan bertangga macam ni lah dari entrance ke air terjun Sendang Gile. Aku tak suka tangga, lutut aku cepat sakit.

Kami tinggalkan kawasan wisata air terjun dan Senaru ke destinasi seterusnya. Masa perjalanan balik ni, ikut laluan yang pernah aku lalu sebelum ni. Kami ke Pantai Tebing pulak. Perjalanan kami ambik masa lebih kurang sejam dari Senaru. Jalan nak masuk ke pantai tu kecik je. Muat2 kereta dan Sopyan parking kat tepi jalan. Dari tempat parking ni memang tak nampak pantai pun, so kena menapak jugaklah.


Pantai Tebing yang dah mula mengalami keruntuhan. Masa aku jumpa info pasal pantai ni, tebing ni masih cantik. Sesekali bunyi pasir runtuh berdesir turun. 

Aku tak adalah berjalan sampai ke hujung. Menurut info yang tertulis kat notice board, Pantai Tebing ni terbentuk hasil dari endapan awan panas yang mengandungi fragment coral hasil tsunami akibat letusan Tambora pada tahun 1815. Kata Mas Ari, tanah kawasan tu dah dibeli bule, dan dengarnya pemilik baru nak bina hotel dan akan dibina tembok keliling. 


Pasir pantainya berwarna hitam dan lembut. Aku suka berjalan kat pantai ni sebab kaki tak tenggelam.


Sebelah sana pantai yang tak bertebing lebih landai dan berteluk. Tetiba aku berangan nak beli tanah kat sini dan buat hotel, pastu pantai tu sure aku bersihkan bagi cantik. Oh, berangan itu percuma...


Perjalanan balik ke Senggigi lalu kawasan sawah padi kiri dan kanan jalan. Kelihatan petani sibuk dengan tugas masing2.


Sewaktu melalui kawasan dipanggil Tanjung, Mas Ari berhenti dan belanja kitorang sate ikan ni. Rasanya sedap sungguh, isi ikan yang diperap dengan bumbu khas dan dibakar. 


Close up sikit... Kalau korang kebetulan ada kat Tanjung, singgah dan belilah. Insya Allah tak menyesal. Highly recommended! Terasa2 lah pulak enaknya sate ikan ni, haish!

Kami kemudiannya dibawa singgah ke Bukit Malimbu, konon2 nak kejar sunset. Tapi cuaca agak mendung dan awan boleh tahan tebal jugak. 


Pantai Nipah kat hujung sana dari Bukit Malimbu.


Penghujung Bukit Malimbu yang jadi tumpuan orang ramai mengejar sunset. Harus hati2 melangkah sebab banyak tahi lembu.


Dari kiri Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Hanya memandang dari kejauhan, tak pasti akan berkunjung atau tidak.


Sebelum balik sempat tengok orang main paralayang. Bukit Malimbu antara spot pilihan untuk aktiviti paralayang paragliding.


Sebab dah kelaparan, kami singgah makan ikan bakar di Pantai Nipah. Berugak tempat kitorang bakal menikmati hidangan.


Layan sunset yang diselubungi awan tebal sementara menanti hidangan kitorang disiapkan. 

Lepas dinner, on the way dihantar ke hotel, kitorang mintak Mas Ari singgah kat area Sentral Senggigi. Lepas beli simkad sorang satu, shampoo dan minyak panas yang tak panas, kitorang dihantar ke Bumi Aditya Hotel. Lepas check in dan bila masuk ke dalam bilik, aku frust sangat2. Bilik besar tapi pintu tak boleh kunci dari dalam, nak tidur malam tu aku susun barang2 depan pintu. Bilik air pun sama jugak keadaannya. Mujur kitorang booking satu malam je.

Bila dah siap mandi, baru aku whatsapp Mas Ari suruh hantarkan tukang urut macam yang kitorang request sebelum tu. Aku cuma mintak Ibu Ani urut kaki je. Sakit giler dia urut, tapi lepas tu tapak kaki aku yang dah lama sakit dah best. Lepas settle turn aku, Izza pulak ambik giliran. Lepas Ibu Ani balik, kitorang terus tidur. Lepas urut, badan penat, memang lena sampai pagi lah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...