Sunday, June 29, 2014

trip redah | lukisan dinding


Masing2 sambung merehatkan diri selepas Subuh. Mana taknya, kaki dah rasa semacam, risau jugak sebab aku nak kena drive lagi, dah lah kereta kesayangan aku manual transmission. Hampir pukul 10.00 pagi jugak baru kitorang keluar. Breakfast dalam kampus USM sebelum kitorang keluar mencari seni lukis jalanan berpandukan waze. 

Pencarian pertama, kitorang ke arah jeti. Kata Nani, kat jeti tu jadi lokasi penggambaran The Journey, tapi aku masih tak sempat nak tengok lagi movie tu. Kitorang parking tak jauh dari jeti feri. Dari situ kitorang berjalan kaki melintasi terminal bas rapid dan selepas Shell dah tak jauh. Tengok signage Chew Jetty, haaa kat situlah tempatnya kitorang tanya akak jaga parking.

Memang ketara kat situ tempatnya sebab orang memang ramai. Dengan kedudukan rumah yang rapat2, dengan ramainya orang, memang terasa membahanglah panasnya. Kami berjalan sampai ke hujung jeti.


Dah pudar warnanya, letaknya kat tengah2 jeti. Memang boleh terlepas pandang kalau tak diperhatikan betul2.


Jenuh kitorang cari yang ini, rupa2nya kat depan pintu masuk. Punyalah menonong je jalan, langsung tak pandang atas.

Kata akak yang jaga parking tadi, depan Shell tu lintas jalan. Kat seberang sana pun ada few lukisan ni. Keluar dari Chew Jetty, kitorang pun menghala ke sana. Seksa rupanya nak melintas jalan kat Penang ni. 


Di lorong yang sama dengan ni ada lagi satu, masa on the way balik dalam kereta baru aku perasan. Masa aku ambik gambar ni memang tak perasan pun sebab letaknya di opposite wall.


Dua beradik ni pulak beraksi di seberang sana jalan. Kat tepi tu ada kedai yang jual souvenir yang bermotifkan lukisan dinding di Penang ni. 

Dari sini kitorang kembali ke kereta dan memandu ke arah lokasi lain. Berpusing2 kitorang mengikut arahan waze, sudahlah Penang ni memang champion dengan one way nya. Kalau tersilap harus kena start all over again. Sudahnya, kitorang give up dan ke lorong cinta Love Lane aje kemudiannya. 

Asal ada ruang kosong, terus je aku parked kereta dan dari situ kitorang berjalan kaki memburu lukisan dinding yang lain.

  
Hati2 cik kak, tergelincir kang!


Pak cik dan sampannya.


Dalam perjalanan balik ke kereta, kami jumpa lukisan budak2 sekolah rasanya sebab ni kat tembok pagar sekolah.

Dah masuk kereta, kami sepakat untuk pergi lunch, cari durian, hantar Aisyah balik ke kolej dan kami singgah beli jeruk Pak Ali sebelum menyambung perjalanan balik ke KL. Perjalanan balik, kitorang memang tak singgah mana2 pun. Kaki aku dah kepenatan sebenarnya, tu sebab malas nak singgah. Cepat sampai, cepatlah aku boleh rehat. Sampai kat rumah Nani, kitorang kendurikan durian dan rambutan Balik Pulau sebelum aku bertolak balik ke rumah. Berakhirlah trip redah ke Penang sebelum Ramadhan.

footnote: dengar khabarnya, bandar Ipoh pun ada street art macam kat Penang ni jugak. Ada sesiapa yang nak ajak aku ke Ipoh pulak?


Thursday, June 26, 2014

trip redah | meredah hutan untuk ke pantai

Bersambung dari entry ini: trip redah | sesat di penang.

Kami ke kaunter untuk register, fill up segala information yang diperlukan dan staff kat kaunter tu akan tanya sama ada nak trekking atau naik boat. Dan kami pilih untuk trekking dalam kepala duk fikir tak perlu nak panjat2 lah kotnya walaupun aku pakai selipar je. Akak kat kaunter tu pesan suruh balik sebelum pukul 6.00 petang dan trekking akan ambik masa lebih kurang 1 jam 20 minit katanya. 

Lepas beli air kat kedai depan kaunter tu, kitorang mulakan trekking. Masa tu lebih kurang pukul 3.30 petang, aku set jam nak tengok berapa lama masa kitorang ambik untuk sampai. Kalau nak ke Tasik Meromiktik, ambik laluan yang sama nak ke Pantai Kerachut. Confident je aku berjalan dengan selipar, langsung tak menduga yang aku akan diduga kejap lagi. Kat pintu masuk, ada staff yang jaga. Lepas tengok keratan tiket, sekali lagi dia pesan suruh kitorang balik sebelum pukul 6.00 petang. 


Sehabis laluan cantik, kena lalu jambatan gantung dan ada simpang. Kami pilih ke kiri untuk ke Pantai Kerachut.

Mula2 tu laluan okay je lagi. Happy lah sebab aku rasa macam kacang je kot giler berlagak! Tapi bila dah sampai kat selekoh dan depan tu nampak anak tangga mencanak naik, terus lutut rasa goyang. Rasa confident dan berlagak tadi terbang entah ke mana. Sampai je kat penghujung tangga tu, aku rasa nak pitam. Pening dan rasa nak muntah pun ada. Aku duduk kejap atas akar kayu, cuba untuk melawan rasa nak pitam sambil Nani dan adik Aisyah kipas aku thanks korang!. Lama jugak aku kat situ, rasa nak patah balik pun ada. Tapi bila tengok semangat dorang, gagah jugak aku cuba bertahan. Akhirnya, pelan2 aku recover dan teruskan perjalanan. Masa ni nak keluarkan kamera pun takde nafsu, dengan tangan gigil lagi, kalah orang parkinson. 


Bila sampai kat Bukit Belah ni, perjalanan berbaki tak sampai separuh je lagi. Dinamakan Bukit Belah sebab bukit ni dibelah dengan menggunakan cangkul bagi memudahkan kerja2 menarik keluar balak dengan menggunakan kerbau melalui bukit ini. Mengikut versi cerita tempatan, bukit ni berjaya dibelah dalam masa 10 hari dengan 7 orang pekerja sahaja.


Bila turun another tangga yang tinggi, jumpa ni. Dah excited masa ni sebab dah tak jauh. Tapi tak adanya 5 minit, bohong semata2. Aku rasa pihak taman negara sengaja letak kat sini supaya orang rasa excited. 


Dah nampak ni di celah2 pokok kat tebing bukit. Bila nampak ni dah extra excited. Jalan pun laju2 je, kalau masa awal2 tadi mintak nyawa, masa ni aku dah tinggalkan Nani dan Aisyah kat belakang. Sungguh lupa diri, kan?

Bila nampak jambatan gantung Pantai Kerachut, dah boleh nampak tasik belah kiri dan pantai belah kanan. 


Apakah itu tasik meromiktik?




Beting pasir yang dah terbentuk. Sayang, aku tak terfikir nak ambik gambar dari atas jambatan. Dari situ lagi jelas beting pasir yang terbentuk ni.


Ini bermakna tasik meromiktik ini telah terbentuk. Aku tak adalah pulak nak rasa air tu, takut seh. Takat celup kaki kat gigi air, memang rasa air tu suam2 ajelah. Aku nampak ada anak2 ikan berenang2 dalam tasik ni, bermakna ada jugak hidupan. Nak tahu lebih2 pasal tasik meromiktik ni, korang tanyalah cik gugel.

Pukul 5.00 lebih jugak baru kitorang bergerak balik, terngiang2 pesanan staff taman negara suruh kitorang keluar sebelum pukul 6.00 petang. Kat dalam hutan tu dah mula gelap dan masa balik ni kitorang jimat another 10 minutes. Office pun dah tutup. 


Kitorang saja melepak depan pejabat ni, menunggu sunset.


Aku rasa sunset kat Pantai Kerachut lagi cantik kot reason untuk repeat. Jeti cantik tu tutup, jadinya kitorang lalu ikut jeti kayu sebelahnya tu. 


Lonely.

Kami singgah minum kat gerai depan pintu masuk sebelum meneruskan perjalanan balik. Kali ni kitorang lalu ikut Feringgi pulak, singgah makan malam kat kedai tepi jalan, takde gambar sebab biasa2 je. Aku pandang sepi je pasar malam Batu Feringgi, tak larat nak singgah dah. 

Selain trekking, korang boleh naik boat kalau nak ke Pantai Kerachut. Aku tanya kat kaunter boat tu, katanya RM 80.00 untuk one way dan boat boleh muatkan 10 orang. Kalau korang nak trekking, aku nasihatkan korang pergi awal pagi, lebih banyak masa untuk korang lepak2. Macam kitorang hari tu terkejar2 sebab dah lewat.  


Wednesday, June 25, 2014

trip redah | sesat di penang

Plan nak ke Penang dah lama diusulkan, tapi duk kena hold je sebab ahli jemaah geng berjimba asyiklah busy semedang. Lepas balik dari Pulau Sibu, usul dibentangkan lagi sekali dan mendapat undian penuh. Selang beberapa hari kemudian, sorang tarik diri. Lepas tu another geng tarik diri dan masing2 senyap. Few days before the proposed date, usul lagi sekali dibentang untuk dapatkan keputusan. Malangnya, sehari sebelum bertolak hanya aku dan Nani je yang confirm sebelum ni pun kitorang berdua jugak yang free, nampak sangat kitorang takde plan dan Izza akan bagi keputusan by Friday sebab dia dipaksa bekerja pada hari Sabtu. Tapi cubaan Izza menggoda memujuk boss untuk dapatkan kelulusan bercuti adalah gagal! Sob... sob... sob...

Di hari Jumaat yang mulia, aku dan Nani akhirnya buat keputusan untuk teruskan jugak misi ke utara walaupun kami berdua memang tak tahu jalan2 kat Penang. Maka terhasillah trip redah sampai sudah. Lebih kurang 8.30 malam aku keluar rumah ke Seri Kembangan, itu pun aku sempat tidur kejap dan packing barang sebelum pick up Nani. Dari Seri Kembangan kami keluar ke Putrajaya sebelum masuk SKVE dan perjalanan ke utara melalui Lebuhraya Utara Selatan. 

Berhenti kat hentian mana ntah semata2 nak top up fuel dan kitorang sambung perjalanan sebelum berhenti di R&R Tapah. Punyalah syok bercerita, boleh pulak aku terlajak masuk kat tempat parking untuk lori dan bas. Pepagi buta tu, gigih aku menyongsang arus berpatah balik ke parking yang betul. Apasallah semua tak sedap? Mee kari yang rasa macam laksa pun ada, kacang rebus yang rasanya macam dah nak basi ke memang itu rasanya?, servis pun slow yang amat. Yang pasti lepas ni takde dah aku nak singgah makan kat restoran tu walaupun orang ramai je. 

Hampir sejam kemudian baru kitorang teruskan perjalanan dan sewaktu kami melintasi jambatan kedua yang sunyi sepi, jam baru sahaja melewati pukul 3.00 pagi. Berpusing2 kami makan buah langsat di pagi buta. Bila jumpa pintu pagar USM, tutuplah pulak. Nak cari satu2nya gate yang bukak 24 hours makan masa hampir sejam, semuanya gara2 miss-communication. Nak mintak bantuan cik gugel map, handphone Nani kehabisan bateri. Sudahnya kami redah saja dan sampai di bilik hampir jam 5.00 pagi. Tanpa bertangguh, masing2 lena diulit mimpi.

Bila bangun Subuh tu, aku rasa pening dan kepala berpusing2. Rupa2nya Nani pun sama, masa rukuk rasa macam nak tumbang. Lepas settle, terus aku sambung tidur. Kata driver, harus tidur kena cukup. Tengah hari jugak kitorang keluar. First thing adalah misi mengisi perut yang dah berdondang sayang.

  
Sebahagian dari menu tengah hari kami, siap ulam dan sambal belacan. Kedai tak ingat nama ni letaknya tengah2 simpang yang sebaris di antara Hotel Seri Malaysia dan masjid. Kalau datang lambat sure banyak lauk yang habis. 

Sedang elok, lepas makan kitorang singgah bersolat kat masjid depan tu. Bila dah settle apa yang patut, senang hati nak berjimba. Dengan bantuan cik waze, kami menuju ke Taman Negara Pulau Pinang. Malangnya, cik waze tak boleh nak diharap sangat, dia bawak kitorang ke tempat yang salah! Kalau korang nak ke Pantai Kerachut, jangan type taman negara. Lebih baik cari Pantai Kerachut atau Teluk Bahang, sebab itu akan bawak korang ke destinasi yang betul. 

Kami dibawa lalu ikut jalan bengkang bengkok dan sempit di Balik Pulau. Kiri dan kanan berselang seli ada gaung dan jugak kebun buah. Kenyang kitorang jamu mata tengok durian dan rambutan berlambak kat tepi jalan. Kami lalu ikut Empangan Teluk Bahang yang ternyata kering airnya dari paras biasa. Sesat kami tak berpanjangan bila mana kami nampak pintu masuk ke taman negara yang betul. Lepas parking kereta kat sebelah tu, RM 3.00 per entry kalau tak silap aku kami berjalan masuk ke pintu masuk taman negara.

Tetiba aku takde mood nak sambung menaip. Akan disambung bila kerajinan kembali. 


Monday, June 23, 2014

day6 | bermalas-malasan di hari lahir

Bersambung dari sini: day5 | selamat tinggal, battambang.

Hampir seminggu aku asyik berpanas je, tup2 malam tadi dapat aircond, terus malas nak bangkit. Rasa nak lepak je lama2 atas katil tanpa buat apa2. Lagi pun hari ni birthday aku, memang patutlah kalau nak bermalas-malasan. Dah penat buang masa kat bilik, lebih kurang pukul 11.00 pagi baru aku turun ke bawah. Aku extend lagi semalam kat sini, malas nak tukar2 hotel. Yang sebenarnya malas nak packing bag. 

Aku tanya kat reception tu macam mana nak ke Nong Nooch Garden, Pattaya Floating Market dan Mini Siam. Memandangkan Mini Siam dah terpisah jauh ke atas, manakala Nong Nooch dan floating market ikut laluan yang sama, aku decide nak pergi 2 tempat tu ajelah. Lagipun staff hotel tu kata Nong Nooch paling best, so aku nak tengoklah apa yang best sangat tu. 

Pak cik moto taxi bukak harga THB 900 untuk 2 tempat tu, kalau dengan kereta THB 1,500. Giler mahal transport kat sini, bas memang susah nak dapat. Lepas ding dong ding, another brader moto taxi setuju bagi aku THB 750. Sekali bukan dengan motor tapi naik Yaris! Terkujatlah jugak aku tengok driver moto taxi pakai Yaris. Aku pun tak mampu, huhu.

Dari hotel ke Nong Nooch lebih kurang setengah jam jugaklah. Tiket masuk THB 500 per person, which is agak mahal. Lepas drop aku, mamat tu terus blah. Dia suruh aku call dia setengah jam sebelum balik. Nong Nooch merupakan taman botani yang terbesar dan tercantik di Asia Tenggara katanya, turut terkenal dengan elephant show dan jugak Thai cultural show. Nak tahu lebih detail, korang gugel lah sendiri.  


Dari tempat mamat tu drop aku, terus boleh nampak kandang gajah ni. Ada service naik gajah dengan bayaran lain pulak. 

Kat Nong Nooch Garden ni ada banyak section, memang penatlah menapak dari satu section ke section yang lain. Selain penunjuk arah, masa bayar untuk tiket memang dorang akan bagi map dan jugak jadual untuk cultural show. Disebabkan jarak yang jauh, aku skip untuk cultural show sebab malas nak berjalan.


Ada booth tanpa telefon yang glemer nih. 


Taman yang dijaga dengan baik memang nampak cantik.


Kat sini selain pelbagai saiz dan bentuk pasu yang disusun, belah dalam tu ada taman orkid. Kalau korang nak tahu, dekat mamat pakai baju oren yang depan tu ada mamat baju putih bercekak pinggang tu, ada harimau yang dirantai. Sesiapa nak bergambar memang dialu2kan dengan bayaran yang aku dah lupa berapa.


Taman bonsai.


Antara taman yang menarik perhatian aku.


Selain berjalan kaki macam aku buat, ada jugak tram service untuk korang meronda kawasan ni. 

Agak2 dah tak larat nak menapak, aku call mamat Yaris tu mintak pick up. Nong Nooch Garden ni memang luas, tapi kebersihan memang boleh dipuji. Cuma yang aku kurang selesa bila food court letaknya betul2 di antara kandang gajah dan mini zoo. Boleh potong selera dibuatnya, tapi aku tengok ramai je yang duk bersantap. Kat food court ni ada jugak aku nampak gerai halal.

Balik dari Nong Nooch, mamat Yaris sebab aku tak ingat nama dia terus bawak aku ke Pattaya Floating Market. Floating market ni start operasi dari pukul 3.00 petang sampai malam. 


Signage untuk toilet tu memang comellah. Tak perlu risau kat mana nak bersolat sebab surau turut disediakan.


Aku tak reti nak komen lebih2 pasal floating market ni sebab ni adalah pasar terapung pertama yang aku pernah datang. So, tak boleh nak compare dengan yang lain. 

Lebih kurang sejam jugak aku kat sini, semata2 nak killing time. Ada show jugak, tapi sepatah haram aku tak faham. Tapi tak tengok pun tak rugi. Ada few halal stall yang jual air dan aiskrim selain dari 2 buah sampan yang jual makanan halal. Itu yang aku nampak, mungkin ada lagi yang aku tak perasan kot. Tapi yang paling mendapat perhatian adalah satay buaya.

Balik dari floating market tu, aku ingat nak lepak sekejap kat bilik sebelum keluar ke walking street. Tapi bila dah dapat aircond, aku terbabas lagi. Sudahnya lepas Maghrib baru aku keluar tapau makanan untuk dinner. Aku rasa macam nak check out esok, tapi masih tak pasti ke mana hala tuju.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...