Tuesday, March 26, 2013

day4 | jom balik!

Aku selalu je tak ikut plan kalau sengsorang. Pagi ni kononnya nak keluar awal, pergi post office dan jenguk Tai Seng kot2 dah bukak. Lepas tu baru balik ke hotel and check out. Tapi semua tu tak pernah jadi kenyataan. Plan aje cantik menarik, tapi tang pelaksanaan hampeh!

Aku turun ke bawah lebih kurang 8.30 pagi, flight aku balik ke KL pukul 10.25. Sebab tak nak peristiwa lama berulang kembali, aku decide pergi awal ke airport. Masa kat kaunter tu aku suruh akak receptionist call teksi. Little did I know, taxi fare kat Labuan ni dicharge base on perjalanan. Meter memang langsung dorang tak guna. Dan sememangnya aku telah tersilap perancangan.

Masa aku tanya berapa charge kalau dari hotel - post office - Tai Seng - airport, uncle tu bentangkan fare yang dia akan charge kat aku. Hotel ke airport sebab call RM 13.00, tapi sebab aku nak jugak suruh dia singgah post office, dia akan charge aku RM 20.00 untuk ke airport. Kalau singgah ke Tai Seng yang cuma beberapa langkah je dia nak charge lagi RM 16.00! Giler mahal. Alasannya kalau kat Labuan ni dalam area town dari satu tempat ke satu tempat akan dicharge RM 8.00. Akhirnya aku terpaksa kuburkan harapan nak singgah ke Tai Seng.

Lepas drop off baggage aku merayau dulu kat kedai dalam airport tu sebelum naik untuk ke boarding hall. Memang boring giler, tak ada apa yang menarik pun. Sunyi seperti dilanggar garuda. Masa kat boarding ada 2 kedai, aku masuk tapi takde apa yang menarik pun. Kat dalam ni lah aku jumpa FM yang agak menarik, tapi harganya memang tak agak. Seketul RM 10.00, bagi aku memang mahallah. Tak tahulah kalau murah bagi korang.


Awan nano yang mengiringi perjalanan pulang. 

Alhamdulillah, kami selamat mendarat di LCCT walaupun lama giler menunggu kat taxiway. Elok je touch down, cepat2 aku cari tandas. Lepas ambik bag, re-pack aku ambik bas ke KLIA pulak. Tak perlu tunggu lama, kejap je bas dah bertolak. Kereta yang aku tinggalkan masih elok kat parking macam mana aku tinggalkan hari sebelumnya.

Apa pun, Labuan tetap kekal dalam ingatan dengan kisah yang tak disangka2. Labuan yang aku tak pasti sama ada nak bersua muka atau tidak sebelumnya. Labuan yang menyebabkan aku hampir2 kena tinggal, tapi syukurlah ada rezeki untuk aku bertamu di buminya.


Sunday, March 24, 2013

day3 | memburu & terburu

Kononnya sebelum tidur semalam aku dah target nak bangun awal pagi ni, nak memburu sunrise di Tanjung Purun. Tapi bila alarm berbunyi, cepat2 aku matikan dan terus sambung tidur. Hari ni memang aku betul2 melepak, malas nak ke mana2. 

Bila S, kawan aku masa study kat Jasin dulu text pukul 9 lebih tu, baru aku bangun dan bersiap. Since dia off hari ni, so dia janji nak bawak aku ke kedai coklat yang agak murah kat Labuan ni. Sebelum aku keluar, aku contact Kamal nak pulangkan kereta. Padahal kalau diikutkan aku kena pulangkan petang, cukupkan 48 jam, since aku just nak merayau area town dan tak nak guna kereta dah pun, eloklah aku pulangkan. Kang dibuatnya aku terlupa tak ke aku harus kena tambah extra charge. 

Aku melepak dengan S kat taman depan hotel sementara tunggu Kamal sampai. S bawak aku ke One Stop Victoria Point. Selain coklat ada pelbagai pilihan arak dan few brands of perfume. Perfume memang aku tolak tepi, arak pulak memang sah2 lah aku tak pandang. Coklat ada yang murah dan ada jugak yang tak berapa nak murah mana pun. 

Kami keluar dengan tangan kosong, aku tak jumpa apa yang aku nak. S bawak aku ke Tai Seng, senyum lebar aku dibuatnya. Mana taknya, coklat yang dah lama aku mengidam ada depan mata. Ada jugak perfume, tapi tak ada pulak brand yang member aku kirim. Tak ada rezekilah tu. 


S bawak aku ke restoran ni. Belum pun pukul 1, tapi memang full house. Restoran ni sediakan masakan Sarawak, dapatlah aku makan laksa Sarawak kesukaan aku tu. Oh ya, lepas aku upload gambar dalam lappy, baru aku perasan jari pak cik tu. Aku pun tak sure jari mana yang sakit tu, korang ignore jelah.

Lepas dah kenyang S bawak aku ke Ujana Kewangan. 'Shopping complex paling besar kat sini, tapi macam hampeh!' Itu kata orang yang dah bertahun kat Labuan ni, dan aku walaupun baru few days kat sini memang totally agreed dengan statement S. Dah lama tak jumpa kawan lama, bila dah jumpa melarat2 lah sembangnya. Mujur kereta aku dah pulangkan lebih awal.

Lewat petang dalam pukul 6 aku keluar lagi sebab nak beli kiriman orang. Masa aku dah habis memburu baru dapat pesanan, so cadangnya belah petang baru aku nak memburu lagi. Malang sekali, aku terlupa nak tanya S pukul berapa kedai tu tutup.

On the way tu aku dah pelik semacam sebab rasanya siang tadi meriah je kedai2 tu semua, tapi masa aku lalu tu suram semacam je. Masa aku sampai kat One Stop, kedai masih beroperasi. Sempatlah aku sambar Ritter Sport sebab aku tengok harganya lagi murah dari Tai Seng. Coklat yang dikirim tu takde kat situ. So menapaklah aku ke Tai Seng. 

Ingatkan aku salah kedai, berkali2 aku cuba recall balik jalan yang S bawak aku pagi tadi. Confirm betul sebab aku memang cepat je ingat direction ni. Tapi yang tak bestnya, kedai tu dah tutup! Rupa2nya kat Labuan ni, most of the kedai's akan tutup by 6pm sebab lepas pukul 6 tu another business pulak yang take over. Siang hari nampak macam takde pape, tapi malam meriah amat. Pilih je nak masuk yang mana satu. Aku tak masuk mana2 pun, tak rajin nak mencuba. 

Sudahnya aku lepak restoran semalamnya, best jugak masakannya walaupun service agak slow. Harga? Kat Sepang ni lagi murah. Even menurut kata S, rumah sewa kat sana pun mahal. Bayangkan teres setingkat 3 bilik 2 bilik air pun dah 1.5k per month!

footnote: aku dah mula terasa bahang ke'stress'an for my viva. Ada sesiapa yang baik hati nak tolong sama2 peningkan kepala tak? I wish I could............


Thursday, March 21, 2013

day2 | ke tamanlah pulak

Dalam aku melilau cari tempat nak melepak, aku ternampak signage ke Taman Botani. Orang lain beriadah ke taman botani sama ada pagi atau petang, tapi aku pergi tengah hari buta. Masa aku masuk tu tak ada orang pun, bilik kecik kiri dan kanan kat pintu masuk tak berpenghuni. 


Dari jauh dah boleh nampak laluan ni. Ke kanan akan bawak korang ke taman herba tapi aku tak pergi pun tapi aku memilih jalan yang lurus. Taman arca, tapi tak adalah berarca bagai. 


Dari taman arca tadi boleh menyeberang ke sebelah sana, ada rumah atas pokok dan jugak laman bacaan. Masa kat atas jambatan ni aku nampak macam ada orang kat seberang sana, pastu dengar suara orang bersembang riuh je. Tapi bila sampai aku tak nampak sesiapa pun.


Best betul lepak kat tepi tasik ni. Nyaman dan tenteram. Tapi aku tak nak ambik risiko berlama2 kat sini sengsorang, so aku patah balik. Tak beranilah aku nak menapak sampai ke hujung sana. Kalau masa datang tadi aku lalu ikut jambatan, masa balik aku ikut jalan berturap. 

Masa aku berjalan nak keluar dari entrance taman, aku dikejutkan bila tiba2 tingkap bilik yang takde orang masa aku masuk tadi dibuka dari dalam. Terjengul muka pengawal taman tu dari dalam. Aku layankan je bila guard tu ajak sembang, mula2 tu biasalah soalan lazim yang ditanya. Bila aku rasa something cepat2 aku cari helah nak angkat kaki. 

"Kitak datang ada kawan2?"

"Tak, sorang je." Jujur rupanya aku nih, ekekeke.

"Marilah masuk dalam ni, ada aircond." Dia tunjukkan pintu masuk kat belah tepi.

"Eh, tak payahlah."

"Masuklah, boleh cerita-cerita."

"Cerita apa?"

"Kitak kan dari KL, mesti banyak cerita."

"Eh, taklah. Takde cerita apa pun."

"Kalau kitak mau belajar pun boleh."

"Belajar apa?" Lurus bendul pun ya jugak aku nih, hehehe.

"Belajar mau kasi cantik."

"Eh, tak payahlah. Nak buat apa?" Masa ni aku nak blah dah, tapi bila dia hulurkan brochure taman botani aku lepak sambil belek2 brochure tu.

"Kitak belum kahwin ya? Boleh tahan."

"Ha'ah, belum. Apa yang boleh tahannya?" Tak faham aku dibuatnya. Baru aku perasan mata dia pandang aku semacam je. Oh, NO!!!

"Kalau kitak mau, kamek boleh ajar kasi cantik. Boleh ajar macam mana mau pikat orang kaya, boleh kahwin sama orang kaya." 

"Tak mau lah saya. Eh, saya nak balik lah."

"Kita tak mau cerita2 dulu ke?"

"Takpe, takpe. Terima kasih jelah." Cepat2 aku berjalan ke arah kereta. Aku tak faham bila dia asyik mention 'boleh tahan', macam ada hidden thought je. Aku tak rasa takut sangat sebab dia kat dalam, aku kat luar. 

Balik hotel, aku dapat tukar bilik. Downgrade sebenarnya, sebab bilik baru ni lagi murah. Dah alang2 semua harta benda aku berbau rokok, aku stay jelah kat hotel tu. Kalau aku carik hotel lain pun, bau rokok tu tak hilang pun. Sebenarnya aku terlupa & tak berapa nak rajin pun ya jugak. For the first time aku menyesal sebab tak duduk hostel macam trip aku sebelum2 ni. 

Aku keluar balik bila petang, dengan harapan nak kejar sunset. Tapi hari ni weather tak cantik, mendung je. Saja aku cuba jalan baru, tapi akhirnya aku keluar kat main road yang dah berulang kali aku lalu. Memang aku berjaya buktikan bahawa kat Labuan ni korang tak perlukan map walaupun first time korang sampai. Masuk jalan sana, keluar simpang sini, last2 kembali ke pangkal jalan jugak. 

Malam tu aku dinner kat restoran belakang hotel aku je. Sebenarnya area hotel aku banyak restoran tapi semua yang aku nampak Chinese restaurant. Masa aku tanya minah receptionist, dia kata ada 2 je halal restaurant. Satu kat belakang dan satu lagi Singapore Chicken Rice, bangunan depan hotel. 


Monday, March 18, 2013

day2 | lawatan pulau

Sebelum pukul 8 pagi aku dah keluar, sebabnya aku kena alihkan kereta sebelum pukul 8. Malam tadi aku parking kat lot orang, so pepagi sebelum tuan punya lot mengamuk, baiklah aku cabut dulu. Since semalam aku dah cover hampir keseluruhan pulau dan ada few places yang aku memang purposely tinggalkan untuk hari ni, makanya hari ni adalah edisi lawatan tapak secara solo. 


Pepagi hari aku decide melawat kubur dulu. Since petang semalam ada orang, pagi ni memang tak ada sesiapa. Sunyi sepi je. Pagar ni memang ginilah keadaannya, tak ditutup rapat dan tak berkunci pun. 


Ada yang baru terima kunjungan. Personally, aku tak rasa macam tempat ni kawasan perkuburan sebab landscape nya kemas dan terjaga. More to tempat nak lepak2 dan berehat. Pulak tu banyak kerusi kayu kat tepi2 untuk orang duduk2. Opposite to this cemetery ada hospital yang best, sebab lokasinya kat tepi pantai. 

Kebanyakan yang dikebumikan kat graveyard ni adalah antara tentera dari Australia dan India yang terkorban sewaktu perang dunia ke-2. Ada jugaklah yang aku sempat baca nama2 yang tertulis kat batu peringatan tu motif nak berlama2 kat kubur, tersengih aku baca ayat2 cinta dari wife dorang. Ada jugak yang cuma tulis nama dan pangkat je, agaknya takde sesiapa yang sudi nak sedekahkan ayat2 cinta kot. 


Kemudian aku ke sini, sunyi je mungkin jugak masih awal pagi. Kat dalam ni ada museum marine, tapi aku datang tak kena time. Belum bukak pun lagi. Aku terus ke belakang, ke tepi pantai.


Restoran terapung ni pun tutup jugak. Aku tak pasti tutup sebab belum waktu beroperasi atau tutup sebab dah tak beroperasi. 


Dari sini boleh nampak jelas kapal2 yang tunggu turn nak berthing. Sampah banyak kat kawasan ni, mak cik tukang sapu tengah sibuk bekerja, bersihkan sampah2 yang ditinggalkan.


Terbiar sepi bila tak diperlukan lagi. 


Bertentangan dengan Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, berdirinya clock tower ni. Struktur asal menara jam ni antara 4 struktur yang terselamat akibat pengeboman perang dunia yang memusnahkan Bandar Victoria. Menara ni berjaya didirikan semula pada tahun 2002 oleh Perbadanan Labuan setelah pihak British berjanji janji tinggal janji nak bina semula setelah meruntuhkannya dalam tahun 1948. 


Lepas tu aku explorace pulak ke sini. Nampak tak bendera explorace tu? Itulah buktinya aku memang betul2 explorace, bukan dugaan. Masa aku masuk kat kaunter tu, tak ada sesiapa pun. In fact masa aku lalu kat pos pengawal, pun takde sesiapa yang jaga. Aku just tulis nama atas batu dalam buku pelawat and jengah apa yang patut.


Artifak yang ditemui. Sebenarnya tak boleh ambik gambar kat dalam ni, tapi sebab tak ada orang jaga aku ambik je. Lepas dah ambik gambar, on the way nak keluar baru aku perasan rupa2nya ada cctv dan video rakaman bersambung kat desktop kat kaunter depan tu. Aku buat muka tak bersalah je sambil berjalan keluar.


Chimney; antara 4 struktur yang terselamat. Masih lagi menjadi misteri nusantara sehingga ke hari ini sebab tak ada sesiapa pun yang mampu merungkai disebalik pembinaan chimney ni. Bahagian dalam chimney ni memang tak ada kesan asap pembakaran pun. Menara chimney ni terletak atas kawasan yang agak berbukit. 


Macam ginilah keadaan belah dalam. Aku tak panjat bukan sebab aku takut, tapi aku tak sampai nak langkah terus ke anak tangga atas tu. Aku rasa chimney asal tak ada tangga tu.


Dua bahagian berpintu gerbang dan another two side memang takde pape. Sebenarnya kat dalam tu tak ada pape pun.

Lepas keluar dari chimney, aku nampak signage ke terowong apa ntah, aku dah lupa nama. Kalau ikutkan signage tu tak jauh. Aku masuklah, tapi hampeh sebab jalan tu leading ke perumahan pekerja. Aku U-turn kat bawah tu, tak naik pun ke atas. Sekarang aku menyesal, sebab kalau aku naik ke atas mungkin aku boleh jumpa petunjuk baru. Barulah betul2 explorace. 

Aku cuma lalu je depan Taman Burung, tak terasa nak masuk pun. Berpusing2 sehingga ke Anjung Ketam, Tanjung Aru pastu masuk jalan mana ntah, keluar ke Pantai Batu Manikar. Berhenti breakfast kat tepi pantai, ada gerai tak jauh dari hotel yang aku tak ingat nama. Meriah jugak tengok hotel tu dari tepi jalan. 

Dah boring tak tahu nak buat apa lagi, lagi pulak cuaca panas, so aku patah balik ke hotel ajelah. Hasrat nak melepak, dah kata trip kali ni nak rehat2, tak nak fikir pape. Dua kali pusing kat area hotel, aku tak dapat cari pun port untuk parking. Akhirnya cancel balik hotel, aku sambung balik pemanduan tanpa tujuan. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...