Wednesday, July 27, 2011

kuching -day1

Jumaat lepas aku ke Kuching, together with Ieka. Ni trip pertama aku ke Kuching dan jugak pertama kali aku terbang bersama Firefly. Aku grab tiket ni masa Firefly buat promosi bulan March lalu. Maka bermulalah perjalanan aku ke Kuching dari KLIA airport.


Tiket yang aku purchased tu including standard set, maka adalah makanan disediakan. I'm having my lunch at the altitude of 31,000 feet. The food was so and so saja. Memandangkan perut aku masih lagi kosong dari pagi, habis licinlah nasi goreng dengan dua cucuk sate tu aku belasah. The journey was so smooth, with the good weather dan sempatlah aku terlena seketika. 

Flight safely landed at around 2.35pm, lebih awal dari ETA. Lepas settle semua pemeriksaan dan ambil beg, aku terus ke booth tourism kat sudut belah kanan pintu keluar. Aku mintak map Kuching dan tanya direction ke bus station. Mamat kat kaunter tu nak tak nak aje layan aku. Disebabkan info yang aku baca dalam LP bercanggah dengan info mamat tu, aku tak confident. Masa keluar dari airport tu, aku nampak ada dua orang pekerja kedai kat dalam airport tu baru nak buat asap kat tepi jalan. Aku stop dan tanya lagi.  

Info kedua yang aku dapat sama dengan info daripada mamat kat booth tourism. Alang2 aku dah mula melangkah, aku teruskan jugak. Hampir dua kilometer jugaklah kami menapak, bukan takat ketiak yang berpeluh, segala2nya lah. Sudahlah dalam panas terik, adalah dalam 30 minit kami ukur jalan kat Kuching tu. Kalau kat sini, jangan haraplah. Pasar malam yang sejengkal pun sanggup pergi dengan kereta. 

Kalau dari airport, terus ke kiri dan berjalanlah sepanjang jalan tu. Bila nampak ada susur ke kiri, korang proceed ke kanan sampailah jumpa simpang tiga. Lintas ke kanan dan cross the main road again, kat situ ada bus stop. Tambang bas dari bus stop tu ke bandar Kuching RM1.50. Pun bercanggah dengan apa yang tertulis kat LP. Semata2 nak save taxi fare which is cost more than RM20, aku sanggup jalan kaki untuk dapatkan bas. Memang terbukti aku kedekut bebenor!

Aku siap pesan dekat driver bas suruh bagitahu bila dah sampai area waterfront. Dari bus station to the Rafflesia Lodge taklah sejauh mana pun. Agak2 ketiak baru nak berpeluh, kitorang dah nampak dah signage. Cuma selang dua pintu dari Kuching Waterfront Lodge. Masa aku tanya locals mana arah ke Rafflesia, diorang tak tahu but they shows me the right directions.


Bilik yang aku booked empat hari sebelumnya. Two single beds with outside bathroom ni agak okay dengan hanya RM50 semalam. At least aku dah save banyak on accommodation. Kami sampai di bilik lebih kurang 4.30 petang, berehat2 seketika sambil buat apa yang patut.

Lebih kurang pukul 5.30 petang, we stroll along the waterfront and heading up looking for TopSpot. Tempat makan yang menjadi sebutan semua orang termasuklah LP. Before that, we stop by at Tun Jugah Shopping Mall dan aku macam biasa, doing my free-audit-session the shopping mall. Disebabkan lenguh berjalan dan orang yang segan silu nak masuk ke situ, kitorang boleh ambil decision nak urut badan kat kerusi urut, betul2 mengadap eskalator. Betul2 tak kisah apa orang nak pandang, hahaha.

 
Lepas dah settle massage session yang tak sepertinya tu, kami meneruskan perjuangan untuk memanjakan perut pulak. Sayur midin goreng belacan, sotong goreng tepung dan nasi goreng seafood adalah juadah aku malam tu. Sayur midin tu okay, tapi aku tak suka sangat. Bila dah kunyah, rasanya seperti bendi dan berlendir. Sotong tu, tepungnya tak keras sangat, just the way I like but the taste tak kena dengan my taste bud. So the nasi gorengnya, aku masak lagi sedap rasanya. Don't feel offended ye, itu adalah berdasarkan citarasa aku yang ntah-apa-apa cerewet bila menyentuh bab makan2 ni. Jangan salah tafsir, aku boleh je makan kat mana2, tapi untuk aku kata makanan tu best dan terangkat, memang susah.


Perut dah kenyang, tak reti2 nak balik? Gambar ni aku ambik dari TopSpot. Kalau masa datang tadi kami lalu ikut jalan jauh, masa balik ni kami ikut jalan short cut. Cuci mata sekitar waterfront dan menyinggah ke khemah Promosi Kraf yang sedang berlangsung. Tak adanya aku nak membeli bagai kat situ, kata datang dengan budget ciput. 


Ada mak cik dan pak cik duk main alat muzik tradisional, dan dua orang pak cik ni duk menari. Tempatnya agak crowded, tak selesa nak berlama2 sebab sesak dengan orang. Sudahlah jarak laluan yang dipisahkan oleh gerai jualan agak kecil, nak berjalan pun kena berhimpit bagai. Kami tak lama kat situ, lagipun hujan dah mula turun rintik2. 

Dari sini nak ke bilik penginapan kami tak jauh pun, tak sampai 100 langkah aku tipu sebab tak pernah kira pun. Maka berakhirlah hari pertama untuk Cuti2 Malaysia 2011.  

Will be continue to the next entry.... 

Friday, July 15, 2011

floria 2011

Floria Putrajaya 2011 kembali lagi dengan tema 'Ros untuk selamanya', bermula 9hb hingga 17hb Julai 2011 bertempat di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.  Alahai.. kat tempat biasa tu, tempat tumpuan setiap kali ada event besar2 kat Putrajaya.

Since weekend lepas aku ke Kuala Linggi, tak dapatlah aku nak pergi rasmikan pameran tu. Nak tunggu penutup hujung minggu ni, rasanya banyaklah bunga2 yang dah layu. Mood aku pun pastinya layu jugak. Hari Selasa lepas aku ambil half day leave, purposely for the floria. Tapi sempat jugaklah aku pergi renew kad pengenalan kat JPN.

Banyaklah bunga yang menarik perhatian aku dan hampir2 menarik keluar duit dari wallet aku. Mujurlah aku cepat sedar diri, yang bahawasanya sejak akhir2 ini aku memang malas nak jaga pokok2 bunga. Suka bila tengok bunga cantik2, hati digaru2 untuk beli bawak balik ke rumah. Tapi bila dah sampai rumah, jangan harap lah nak cantik berbunga lepas tu. Terbiar tak dijaga adalah.

Kami sampai dalam pukul 4.30 petang. Senang aje nak cari parking, sebabnya waktu camtu mana ada orang balik kerja lagi. Kami aje yang suka2 hati nak ponteng kerja. Walaupun dah petang, tapi matahari tetap memancar terik. Namun kami tetap melangkah dengan penuh semangat, berbunga2 hati kami adalah.

Jomlah kita layan gambar, bagi hati bertambah bunga2 gitu...



Hiasan ni ada kat tengah2 laman. Dalam khemah belakang ni ditempatkan pokok2 orkid yang cantik berbunga.




Rasanya aku pernah ambil gambar bunga ni waktu pameran dulu2. Entah mengapa aku suka sungguh dengan kombinasi warnanya.


Si merah baldu!


Antara banyak2 pokok ros, inilah pokok yang paling memikat jiwa dan raga aku. Rasa tak puas pulak tengok bunga ni. Cantik sangat!


Closed up, fully bloom...


Another closed up, almost to bloom...






Warna ni pun aku suka...


Lautan ros pelbagai warna dan saiz.




Landskap dari negeri Johor, sentiasa hadir dengan idea yang menarik dan berlainan setiap tahun.






Oh, ini bukan ros ya, puan2 dan tuan2 semua. Tapi aku tak tau apa namanya. Tapi bagi aku bunga ni pun cantik jugak.

footnote: sungguh jealous bila tengok laman rumah my bff. Laman rumahnya mengalahkan laman rumah yang dihuni oleh 10 anak dara, kemas dan penuh dengan bunga2. Tetiba aku rasa nak pergi lepak kat bangku putih depan rumah dia sambil2 minum kopi, hahaha... mengarut sungguh.

Wednesday, July 13, 2011

weekend getaway part2

Bersambung di part2...

Malamnya aku benar2 lena didodoi sang ombak. Aku check out awal, dalam pukul 9 pagi aku dah siap serahkan kunci dan masukkan backpack ke dalam kereta.


Gambar terakhir KM Chalet sebelum aku meninggalkannya pagi itu. Bilik aku paling hujung, arah ke pantai.

Aku tidak terus pulang tetapi sebaliknya memandu menghala ke ALAM dan kemudian berpatah balik ke pangkal jalan persimpangan untuk ke jambatan Sungai Linggi yang merupakan sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Aku singgah semata2 untuk mengambil gambar, boleh gitu? Hahaha..


Saja je nak bagi nampak wajah kekasih hatiku masa ambil gambar ni, walaupun sedikit. Inilah Jambatan Sungai Linggi yang menghubungkan Negeri Sembilan dan Melaka. Masa aku berhenti ni ada satu keluarga dari Timur Tengah kot, turut berhenti dan mengambil gambar kat sini. Dan ada beberapa orang sedang memancing. 


Dari sini boleh nampak kapal besar berada di sebelah sana. Kat situ terletak Agensi Penguatkuasa Maritim, itulah sebabnya banyak kapal2 dagang berhenti kat situ.


Terdapat banyak bot2 nelayan ditambat di gigi air. Ada yang dah keluar untuk memancing dan menjala. Waktu ni hujan mula turun dan aku bergegas ke kereta. Elok aje aku masuk kereta, hujan turun dengan lebatnya.


Perjalanan aku teruskan dengan mengambil laluan ke Pasir Panjang. Sebaik aku nampak signboard tertulis Jeti Nelayan Pasir Panjang, lantas aku mengambil keputusan menghala ke arah itu. Inilah hasil dari pemerhatian lensa aku.


Aku sebenarnya takut air, sewaktu kaki ingin melangkah ke hujung jeti hatiku berbelah bahagi. Sama ada untuk meneruskan atau berpatah balik. Dan akhirnya aku decide to proceed since this would be my first and last visit at here.


Taken from jetty.

 
Perjalanan diteruskan dengan cuaca yang tidak stabil. Sekejap hujan, sekejap mendung dan sekejap matahari bersinar terang. Sewaktu melalui Pengkalan Kempas, aku berhenti di sini apabila melihat papan tanda menunjukkan Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas. Di sini terletaknya Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit. Untuk baca lebih lanjut, boleh klik kat sini.


Aku kat situ sekejap aje. Sebaik aku meneruskan perjalanan tak sampai pun satu kilometer, ada pulak road block lain kat tengah jalan. Terpaksalah aku bersabar menunggu seluruh anggota ni selamat menjalankan pemeriksaan melintas tanpa sebarang kecederaan.

Sebelum keluar ke highway, aku ambil keputusan untuk terus ke Pedas. Bukan ada apa pun, sekadar nak menghabiskan masa secara berhemah. Sempatlah aku beli durian sebiji and having brunch at a stall near roadside. Alhamdulillah, dapatlah makan daging salai masak lemak, errkk.. kenyang... hehe.

Aku tidak terus pulang ke rumah, tetapi melencong ke Nilai 3. Pasar borong yang terkenal di kalangan masyarakat Malaysia. Tujuan? Hahaha... aku konon2nya nak survey dulang untuk barang2 hantaran. Untuk aku?! Bukan.... adalah, tapi pastinya bukan untuk aku. Sambil2 tu sempat jugak aku beli lagi sebiji durian. Kat sini murah sikit.

Waktu aku sampai di Nilai 3, hujan baru lepas berhenti. Dan semasa aku nak balik, hujan kembali turun rintik2. Berlari2 anak jugaklah aku sewaktu nak ke kereta tu. Hasil survey yang tak seberapa, aku tak jumpa apa2 yang menarik. Biasa2 aje, tetapi harganya boleh tahan mahal. Bila tengok harga barang2 tu semua, boleh pulak aku terfikir tak payah kahwinlah membazir beli semua tu. Elok duit tu dijadikan mas kahwin aje. Orang kedekut macam aku ni memang susah nak keluarkan duit untuk barang2 yang tak berapa nak penting.


Balik ke rumah aku berkenduri durian. Ternyata durian yang aku beli kat Nilai 3 lagi sedap isinya dan berbaloi2. Tapi dua2 tu dah habis pun dimakan. Walaupun orang selalu kata, bila makan durian nanti panas. Tapi aku tidur malam elok je berselimut tebal, rasa lagi sejuk adalah sebab hujan malam tu, hehehe.



Monday, July 11, 2011

weekend getaway part1

Perancangan dah dibuat berbulan lamanya. Malahan beberapa kali tarikh diubah memandangkan ahli mesyuarat tingkap ada urusan lain. Maka, hujung minggu lepas telah dipilih sebagai hari untuk hang out ahli mesyuarat tingkap dan keluarga, kecuali aku yang masih single. Itu pun ada yang tak dapat join this holiday.

Urusan tempahan bilik diserahkan kepada aku. Since kami tiga keluarga sahaja, tak adalah susah mana pun untuk diuruskan. Cuma masing2 mempunyai keluarga besar. 

Pukul 11 pagi aku sudah keluar rumah, singgah di pejabat pos untuk menghantar surat dan seterusnya ke Mobil to top up fuel. Melepasi sahaja bangunan IPK Sepang, kereta berderet dan aku dah dapat agak. Ini mesti ada road block sebab bersih yang tak bersih. Aku singgah di Mobil dan isi angin tayar kereta. Malangnya semua pump kehabisan petrol dan aku cuak juga, maklumlah fuel tank aku dah tinggal dua bar. Mujurlah aku berjaya juga top up fuel di petrol pump berhampiran dan perjalanan lancar sebaik melepasi road block. 

Aku memandu dengan kelajuan yang sederhana, menikmati pemandangan di kira dan kanan lebuhraya dan jalan2 kampung. Berhenti untuk makan tengah hari di Tanjung Agas, tidak jauh dari Kuala Linggi. Alhamdulillah, perjalanan kali ini berjalan lancar dan aku tak sesat! 


 
Inilah bilik aku, boleh memuatkan tiga orang tetapi hanya dihuni aku seorang. Lengkap dengan aircond dan kipas, beserta dengan dressing table and television. But the channel reception for television is very poor. Ini merupakan bilik paling hujung dan aku dapat melihat pantai dari tingkap bilik. Alang2 dah bayar mahal, segala tuala, selimut dan kedua2 katil tersebut aku guna. 


Petangnya, sewaktu yang lain sibuk bermandi manda, aku sibuk menyusuri pantai. Dua buah kapal ni berada nun jauh di hujung sana.  


Percikan emas di permukaan air.


Bangunan hijau berbumbung merah itu merupakan dewan makan bagi chalet penginapan kami. Di belakangnya merupakan bilik kami. Kebetulan waktu ni ada kumpulan pelajar sedang menjalankan aktiviti di sini. Jadinya agak meriah dengan jumlah pengunjung yang ramai.   


Lama aku berada di sini, memerhatikan buih yang menyapa pantai. Sesekali aku turut bermain buih yang sentiasa datang dan pergi. 


Ramai jugak kaki pancing yang tidak melepaskan peluang mencuba nasib. And they got fish!


Dari pantai aku berjalan ke darat, menyusuri jalan kampung. Sudah menjadi kebiasaan aku, walaupun ke pantai aku memang tidak akan mandi tetapi aku berjalan menyusuri pantai dan melalui jalan kampung melewati rumah penduduk kampung. Menikmati suasana yang jarang dimiliki. 


Aku suka dengan rumah kayu ini, dengan beranda dan bertiang kayu. Ada pulak sampan kat bawah tangga, menarik.


Bot dengan bentuk yang agak pelik. Boleh pulak aku tak perasan couple tu, bila tengok balik gambar baru perasan. But I like this picture. 


Before sunset.


I loves this pic too!




 
Kalau lah udang ni besar, pasti aku dah tangkap. Dalam ni banyak anak udang dan anak ikan. Tapi bila air kembali pasang, rasanya mereka semua ni pasti boleh kembali ke lautan luas. 


Susah betul nak ambil gambar anak ketam ni. Cepat je masuk ke dalam batu bila aku bangun nak ambil gambar. Dah lah warna hitam, susah betul nak nampak bila kat celah2 batu tu. 


Bila nampak matahari ni terlindung di sebalik awan, aku merasa sungguh keciwa. Hasrat nak tengok sunset yang indah terkubur nampaknya. Namun apakan daya, semuanya kuasa Yang Maha Esa. 


Aku cukup hangin dengan perangai manusia yang stupid tak reti nak jaga kebersihan. Ada ke patut pampers anak ditinggalkan kat pantai? Mesti bila air pasang benda alah ni hanyut ke laut. Orang2 macam ni lah yang jadi perosak alam sekitar. Aku jumpa ni sewaktu dalam perjalanan nak balik ke bilik.


Malamnya kami makan di sini. Peliknya tiada seorang pun yang order ikan bakar. Pun begitu aku juga tak nampak sesiapa pun yang bakar ikan kat situ. Aku rasa hanyalah sekadar nama, saja nak bagi gempak. 



Tengah menyiapkan entry ni, baru aku teringat sesuatu. Aku terlupa untuk melawat Fort Supai yang terletak berhampiran dengan restoran terapung ini. Aduyaii... nak kembali ke sana bukanlah satu idea yang menarik buat masa sekarang.

Malam di Kuala Linggi tiada apa yang menarik. Selepas makan, dengan perut kenyang kami kembali ke bilik dengan agenda tersendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...