Thursday, June 25, 2015

tbs | 6 - selamat tinggal, dalat

Entry terdahulu di sini:


Pagi yang sejuk memang syok berbungkus, malas nak bangun. Dua kali aku snooze kan alarm, baru aku bangun. Lepas mandi, aku packing dan about 6.40 am aku keluar. Joseph tengah bersembang dengan couple French masa aku keluar tu. Asalnya dia ingat aku ke Nha Thrang dengan couple tu, tapi bila aku kata aku ke Mui Ne, baru dia ingat. Yang akan ke Nha Thrang dengan couple French tu, minah Mexican. Dorang bertiga tu gamble je ke Nha Thrang sebab kat Dalat dah takde room for this couple of days.

Pick up aku patutnya pukul 7 pagi, tapi 7 lebih baru sampai. Traffic kat Dalat jammed, lebih teruk dari semalam lagi. Pick up adalah van 12 seater dan kata Lanh lagi, nanti akan di transfer ke bas. Aku yang first dorang pick up, pastu a Vietnamese speaking Chinese lady dengan few couples westerners. Masa last passenger naik, minah yang jadi assistance driver tu turun. Van dah penuh dengan backpack semua passengers. 

Lepas minah assistance driver tu turun, semua mat/minah saleh dalam van duk sok sek sok sek bergossip.
"Are we going to Mui Ne with this van?"
"No, I don't think so. We should get the bus."
"Yeah, yeah. We are suppose to be on the bus."
Bersambung2 dorang bergossip penuh curious. Yang pasti berkisar pasal transport yang sepatutnya bawak kitorang ke Mui Ne. Aku dengar je, malas nak sampuk pape and by right, kitorang memang patutnya naik bas. 

Masa driver van berhenti nak gi toilet tapi dia pronounce bunyi macam college, aku and the rest confuse kejap. Tapi bila semua orang realize yang dia nak ke toilet, semua bantai gelak dalam van yang packed giler tu. Geng mat/saleh ni duk bergossip lagi pasal van versus bas. Tapi bila driver tu datang balik, semua senyap. 

Tapi bila pakcik driver tak stop kat stesen bas atas bukit tu, aku dah rasa yang kitorang akan ke Mui Ne dengan van. Full stop! Masa ni semua orang dah senyap, masing2 layan perasaan dan pasrah. Takde sok sek sok sek, takde gossip. After all, pakcik driver tu tak reti cakap English. Kalau tanya pun dia sengih je, pastu angguk2. Dalam panas dan sendat tu, terlena jugaklah aku. Bila jalan dah turun naik macam roller coaster, terus mata terbukak je. Dah susah nak tido. Sudahnya, melayan perasaan sambil tengok hutan kat luar.  


Tetiba nampak pipeline panjang dari tasik ke puncak bukit ni. Tengah2 hutan pulak tu, curious tapi tak tahu nak tanya siapa. Tak nampak pulak rumah penduduk kat kawasan tu.

Masa pakcik driver berhenti makan, kitorang semua turun sebab dalam van panas. Tapi takde sorang pun yang makan. Elok je pakcik tu settle, perjalanan diteruskan. Aktiviti tidur bersambung lagi. Tapi bila dah macam menghampiri Mui Ne, aku dah celik sepenuhnya. Sebab view dah start cantik.


Gambar yang paling cun yang berjaya aku ambik. Tetiba rasa macam kat padang pasir di negara arab daa...


Tasik tepi jalan dan belakangnya pasir bewarna putih. 


Tanah gersang berlatar belakangkan lautan yang membiru.

Sampai kat Mui Ne around 12.30 noon, panas berdenting. Dari apa yang aku dengar, bilik kat Mui Ne full. Aku tak bermalam kat Mui Ne, transit kejap je sebabnya pukul 1 pagi karang aku ambik bas ke Saigon. Sekali minah Chinese yang naik van dengan aku pun akan naik bas yang sama pagi nanti. Pastu kitorang sama2 ambik half day tour - sunset tour. Last2 aku pair dengan dia je, takde lah aku sengsorang. 

Kitorang tinggalkan beg kat tour agent tu. Since tour kitorang start pukul 2 petang dan masa panjang lagi, sempatlah pegi cari makanan dulu. Pekan Mui Ne ni main road dia satu ni je, dari hujung ke hujung. Dah hujung2 pekan baru nampak simpang lain. Tepi jalan ni banyak jugak restoran, pilih je mana berkenan. 


Nasi goreng seafood gaya Thai. Seafood boleh tahan banyak, egg yolk memang aku ketepikan, tak lalu nak makan. Tapi gaya Thai tang mana yang aku tak tahu. 

Dah selesai lunch, kitorang lepak je kat situ sambil ushar orang lalu lalang. Mujur pekerja restoran tu tak halau kitorang. Kalau nak berjalan pun, malas bebenor tengah panas macam ni. Nak ke tempat tour agent tu, lagilah tak selesa. Kat restoran ni jugak yang comfy. Lagi 15 minit nak pukul 2, baru kitorang balik ke tempat tour agent. 

Selain kitorang berdua, ada 2 orang lagi join tour ni. A mother and daughter dari Thailand. Jeep kitorang naik ni memang old school lah. Ralat pulak aku tak ambik gambar, terlupa. Confirm aircond takde, hirup udara luar yang berdebu je lah. Shock jugaklah badan aku sekejap, dari Dalat yang sepanjang hari macam duk dalam aircond, tetiba ke tempat yang panas berdenting. First stop kitorang adalah fairy stream. Mamat tu bagi kitorang masa 40 minit je, dia tunggu kat tempat parking.


Nak sampai ke sini jenuh lah jugak menapak, macam2 bau ada. Bila dah sampai sini, tahi lembu bersepah2. Dalam air ada, kat atas darat pun berlambak. Nak tak nak, pejam mata ajelah berjalan meredah air coklat tu. Tak ada tempat nak mengelak.


Hujung selekoh gambar atas tadi baru jumpa bukit pasir ni. Masa sampai kat sini macam takde orang sangat. Tak sampai pun 10 orang. Aku jalan ke depan lagi ikut aliran sungai.


Mini pinnacles. 


Pasir merah dan putih ni berselang seli, pulak.


Dua warna bersatu. Pasir ni halus yang amat. Bila angin bertiup je, akan nampaklah pasir2 ni berterbangan. 


Penghujung anak sungai tadi ada kolam kecik ni. Ada few budak2 local duk mandi manda. Adik tu kata ada air terjun kat belah sana. Mula tu gigih jugak aku panjat bukit belah kiri nak tengok air terjun. Tak tahan panas tapak kaki, aku give up. Bila pakai sandal susah nak berjalan bila kaki asyik tenggelam dalam pasir.


Air mengalir dari bawah bukit pasir ni. 


Pokok tak tahu nama hidup subur dan berbunga lebat.


Lagi...

Kitorang ambik lebih 40 minit yang diberi. Nasib baik mamat tu okay, tak marah. Kat area parking tu ada restoran, dan kat restoran tu kitorang tumpang basuh kaki. Dari fairy stream kitorang dibawa ke kampung nelayan. Sehala je dengan laluan ke fairy stream tadi. Jeep berhenti kat tepi jalan, dah banyak jeep lain yang parking tepi jalan tu. Most tour kat Mui Ne guna jeep dan waktu tour sama je. Unless kalau korang charter private tour. 


View dari atas tebing tinggi, tepi jalan tempat parking jeep. Sampan bulat tu memang sinonim dengan Vietnam.

View fishing village ni memang tak dinafikan memang cun. Kalau kaki photographer datang sini, sure boleh tenggelam menembak. Tapi... jangan terpedaya. View cun tapi bau busuk. Sampah sarap, sisa hasil laut tak diurus dengan baik. Memang menusuk hidunglah menahan bau. Dari atas tu, kitorang turun ke bawah. Laluannya adalah bertangga. Nak turun syoklah, tapi bila naik terpongeh lah.


Kulit kerang ni bersepah kat tepi pantai. Jangan haraplah nak berjalan dengan aman damai kalau berbare foot. Tak pasal2 luka tapak kaki. Kat bawah ni pun bau boleh tahan jugak.


Kebanyakan nelayan ni dah balik, tu sebab sampan2 banyak kat pantai ni. Memang tak nampak orang melepak kat pantai ni, mungkin jugak sebab takde yang tahan dengan bau kot.


Clear blue sky versus biru laut. Hiasannya adalah sampan dan boat nelayan dan kat hujung sana kampung nelayan.

Kat sini kitorang tak lama mana. Lepas dah settle ambik gambar, cepat2 kitorang balik ke jeep. Tak tahan panas ye jugak, tapi yang paling tak tahan hidunglah. Dari kampung nelayan ni dah nampak banyak simpang. Jeep kitorang singgah hantar pasangan mak dan anak check in kat hotel tak jauh dari kampung nelayan tu. Lepas dah check in, dorang join kitorang balik untuk ke destinasi seterusnya. 


Friday, June 19, 2015

tbs | 5 - open tour part2

Sambungan dari entry ini:


Lepas keluar dari kilang ulat sutera tu, kitorang dibawak ke waterfall pulak. Sebenarnya, aku teringin nak ke Pongour Waterfall, tapi disebabkan kekangan poket yang makin menipis, aku redha ajelah ke waterfall lain. Kat Dalat ni ada dekat 10 waterfall, tapi jarak antara satu dengan yang lain tu boleh tahan jugaklah. 


So, aku just settled dengan Elephant Waterfall ni.

Dari tempat van parking, tak jauh dah. In fact dah boleh nampak dari kejauhan. Minah tour tu bagi kitorang 40 minit untuk cover waterfall ni. Tapi, takde maknanya dorang nak ikut masa. Jenuh menunggu couple tak jadi German-China yang duk bertenet tepi waterfall. Jenuhlah ahli jemaah lambai2 dari jauh suruh cepat2, boleh dia buat derk je. Bengang je minah tour tu, sebabnya dia terpaksa pi panggil dorang.


Seberang sana dari tepi waterfall ni. Nampak tak air keruh kat anak panah merah tu? Air warna cha yen tu adalah air terjun yang mengalir kat bawah. Waterfall ni kalau tengok dari atas macam gambar first tu je. Kalau nak tengok lebih cun, kena turun ke bawah.


Dari bawah. Nak tengok full, aku tak berani nak melangkah ke tengah. Tak pepasal jatuh dalam air, dah lah aku ni penakut. 


Inilah air yang mengalir lepas jatuh dari air terjun tu. Bila tengok ni, teringat pulak Sai Yok Waterfall. Cuma bezanya air kat sini tak bersepah2 jatuh macam Sai Yok Waterfall. 


Menariknya kat air terjun ni, batu2 tu macam kayu yang disusun dan diikat.

Actually ada 2 tempat nak tengok air terjun ni. Satu kena turun ke bawah dan view macam kat dalam gambar atas ni. Port lagi satu kena mendaki sikit dan kedudukannya tepi tebing. Memang akan kebasahanlah sebab percikan air tu boleh tahan kuat.


Ni dari tempat kat tepi tebing. Aku duduk paling ke dalam pun tempias jugak kena air. 


Inilah antara laluan bertangga yang korang kena turun dan naik balik bila nak ke air terjun tu. Harus hati2 sebab besi pemegang tu ada yang dah nak tercabut. Ni kira separuh perjalanan je. Terpongeh jugaklah aku yang fit fat nih nak turun dan naik. 

Lepas waterfall ni, kitorang akan dibawak ke pagoda sebelah tu, berjalan kaki je dan terus pergi lunch. Since aku rasa malas nak ke pagoda dan Lanh dah bekalkan aku roti dengan peanut butter, aku bagitau minah tour aku tunggu dorang kat situ je lah. Sambil2 tu aku sembang dengan Kha Mo, minah yang keje kat kedai souvenir makcik dia.


Inilah Kha Mo, awek yang rajin melayan aku. Walaupun english dia limited, tapi gigih dia nak bersembang. Dia kena bagi 5 ekor kerbau kalau nak kawen. Since dia tak mampu, dia pasrah katanya. 

Selain aku, ada another 3 persons yang tak join lunch. Ingatkan aku sorang je skip. Lagipun lunch tak termasuk dalam pakej tour ni. Seterusnya adalah ke coffee plantation pulak. Kat sini minah tour tu explain pasal weasel, atau musang luwak. Dan kitorang diperkenalkan dengan musang pemakan biji kopi tersebut.


Musang2 ni semua dikurung, siang hari kerjanya tido aje. 


Ini pulak biji kopi yang dah selamat dikeluarkan oleh musang tersebut. Kemudian biji2 kopi ni dibersihkan dan dikeringkan sebelum biji kat dalam tu diambil untuk diproses menjadi kopi.


View dari atas. Kat bahagian atas ni ada coffee shop dan jugak souvenir. Disebabkan aku dah tengok hasil buangan musang tu kat bawah tadi, terus potong selera nak merasa kopi secawan. Sudahnya aku melayan view sebelum turun ambik gambar kat bawah sementara dorang layan kopi.


Buah kopi yang masih hijau. AKu tak ingat apa nama spesis kopi ni.


Bunga kopi yang putih bersih. Cantik!

Lepas coffee plantation, destinasi kami seterusnya adalah old railway station. Semalam aku dah pergi, tapi tak jumpa. Rupa2nya ada rezeki untuk aku hari ni. Semalam tu aku patutnya teruskan aje instead of ambik simpang ke kiri, tak jauh dah sebenarnya. 


Masa kitorang sampai, hujan masih renyai2. Sekarang keretapi ni cuma beroperasi sebagai tarikan pelancong dari stesen ni ke Trai Mat sejauh 7km.


Cafe dari koc ketapi lama kat tepi railway track. Track yang masih digunakan opposite cafe ni.


Masa kitorang sampai sini, ada train last je lagi kalau nak naik. Tapi kena tunggu dalam 15 minit jugak. Sebab hujan, aku risau kalau balik karang kebasahan sebab kena balik sendiri. So, yang naik cuma mamat German tu sorang je. 

On the way balik, van kitorang singgah ke crazy house sebab couple remaja tu nak ke sana. Aku ingat nak turun jugak kat situ. Tapi bila tengok banyak giler pengunjung, dengan bas dan kereta berderet kat tepi jalan crazy house tu, aku cancel. Lagipun aku tak begitu berminat nak ke situ. Sudahnya, aku mintak dihantar ke hostel je.

Balik ke bilik, aku rehat dulu. Pukul 5 aku keluar balik pegi ambik laundry. Awan gelap semacam, memang tak dapat sunset lagi hari ni. Kesal pulak tak capture saki baki sunset masa sampai aritu.


Awan tebal memayungi Dalat. Kat atas bangunan tu memang ada orang tengah bekerja pun.

Malam ni aku tak keluar ke mana2. Aku rehat je kat cubicle, habiskan novel yang aku duk usung ke hulu ke hilir dan packing. Pagi esok aku dah nak tinggalkan Dalat.


Monday, June 15, 2015

tbs | 4 - open tour part1

Sambungan dari entry ini:

Pagi ni aku takde nak berbungkus lama2 dalam selimut. Lebih kurang 7.45 pagi aku dah keluar hantar baju ke laundry. Aku ingat nak hantar ke hotel tepi alley nak masuk ke hostel, sebab aku nampak dia tulis laundry besar kat pintu. Sekali Lanh bagi direction another laundry down the street. Dalam pada dorang pakai baju berlapis2 pagi tu, aku berpeluh2 dah berjalan ke laundy. Dia suruh aku ambik lepas pukul 3. 

Balik ke hostel, Lanh dah sediakan breakfast dengan kopi. Pagi ni aku ambik open tour, yang paling murah yang mampu aku join, $17. Kalau ikutkan tempat yang aku nak pegi, aku kena ambik tour pakej $29. Tapi memandangkan aku dah habiskan banyak duit on transportation tambang bas naik banyak time long holiday ni, aku settle dengan tour yang murah je. Adalah alasan aku nak merepeat lagi.

Tour guide aku lambat, jalan jem katanya. Memang Dalat jem pun, sesak aku tengok. Polis trafik pun macam tak terkawal. Patutnya tour kitorang start by 9.00am, tapi by 10.00 o'clock baru settle pick up semua orang. Total ada 10 pax, semua yang join couple except aku dengan mamat China sorang tu.


Rajin dorang ni berniaga. Masa ni tengah tunggu one of the couple yang akan join tour. 

Nak keluar dari town Dalat memang azab. Hon sana sini, memang bingitlah. Bila dah hujung2 town tu, dah smooth dah. First, kitorang dibawak ke kebun bunga. Typical flower farm yang diusahakan oleh orang2 kampung situ. Tak jauh dari town Dalat. 


Sekuntum mawar merah... sebuah puisi...


Bunga daisy ni tak banyak sangat compare to roses. Harga agak murah katanya.


Ni pulak bunga carnation. Memang tak nampak yang berbunga lah. Bunga ni dorang jual masa belum kembang, sebab tak tahan lama lepas dah kembang. Bunga ni paling sikit aku jumpa. 


Dalam greenhouse itulah bunga2 ni ditanam. Kata tour guide kitorang yang aku dah lupa namanya, setiap greenhouse tu dimiliki oleh satu keluarga.

Aku nak ronda ladang bunga tu lama2 memang tak dapatlah. Ni lah masalahnya bila join tour, semua nak kena ikut schedule dorang. Lepas ladang bunga ni, kitorang dibawak ke perkampungan kaum minoriti pulak.


Dari luar rumah dorang basic giler. Tapi jangan ingat dorang ni ketinggalan. Setiap rumah yang kitorang lalu, aku nampak semuanya ada piring satellite tv.

Kaum minoriti ni ada adat yang pelik sikit. Perempuan yang akan pinang lelaki dan lelaki takde hak nak pilih bakal isteri. Kalau dia nak tolak pinangan tu, si lelaki akan request kerbau dalam jumlah yang banyak. Kira tolak dengan berhemahlah. Kalau terus tolak, dia akan berisiko tidak akan dipinang lagi oleh mana2 perempuan. Kesian jadi lelaki dalam kaum minoriti ni.

Dari situ kami dibawa ke tempat penternakan cengkerik. Cengkerik ni dibela dalam kolah kering, takde air. Bahagian bawah tu dorang letak bekas telur dengan rumput yang macam pokok tebu tu. Masa dorang sibuk2 prepare nak kenduri cengkerik goreng, aku keluar. Masa minah tour guide tanya, aku bagi tau aku kind of vegetarian. Malas nak explain panjang lebar.


Sisa hasil kenduri dorang berlapan. Aku dengan mamat Indian tu je yang tak makan. Kenduri cengkerik dengan rice wine.

Dari cricket farm, tour diteruskan ke silkworm factory. Matahari atas kepala, panas berdenting. Keadaan dalam kilang pun sama panas.


Kat dalam tu ada ulat sutera. Kalau yang gemuk, maknanya ada dua ekor kat dalam tu. Yang ada 2 ekor ulat tu benangnya tak bagus, low quality. 


Ulat sutera tadi direndam dalam air panas dan punca benang akan lebih senang ditarik keluar dan digulung untuk diproses seterusnya. Giler dahsyat dorang ni bekerja, berdiri je depan bekas air panas sambil tangan duk kirai benang. Kalau aku ler, tak kuat gamaknya nak berdiri setempat lama2 macam tu.

footnote: tuan rumah kedaun baru balik dari berjimba semalam. Masih kepenatan dan masih banyak entry tertunggak. Sebenarnya aku dah cuba nak post entry ni sebelum pegi bercuti, tapi malangnya apa yang aku dah tulis hilang. Terus aku shut down laptop sebab frust teramat sangat. 


Monday, June 1, 2015

tbs | 3 - merayau tanpa tujuan

Entry sebelum ni:


Pagi ni malas giler nak bangun. Sejuk2 camni memang syok berbungkus. Tengah layan jiwa, dengar Joseph masuk bawak guest. Dia ambik cubicle sebelah aku. Lepas letak barang, aku dengar dia keluar balik. Nak keluar dari selimut memang malas, aku tido, bangun, main game, tido sampai kenyang.

Dalam 10.30 pagi aku keluar. Joseph kenalkan kawan dia yang asal Malaysia tu. Aku lupa dah nama uncle tu. Dia asal Georgetown and settled in Dalat about 23 years after married to a Vietnamese lady. Seronok jumpa orang senegara. Uncle tu dah fasih cakap Vietnam dah. 

Dengan map yang Lanh wife Joseph bekalkan, aku berjalan keluar. Mula2 aku cari vegetarian restaurant, tapi punyalah pandai, aku lupa nak ambik nama restoran. Sudahnya berpusing2 aku cari tapi tak jumpa. Penat ke hulu ke hilir, aku akhirnya give up. Since semalam aku nampak Lotteria masa berjalan kat night market, so aku decide pegi Lotteria je. Aku order shrimp burger dengan milk cocoa. Lotteria tu dekat dengan roundabout dan sebelah jalan nak ke tasik.


Tengah khusyuk mengunyah shrimp burger yang penuh udang tu, aku terperasan ni. Makin laju aku telan. Aku dah google translate, maknanya minyak sayuran diimport dari Malaysia.

Dah isi perut segala, aku berjalan ikut direction yang Lanh bagi. Dia ada suggest kat aku ke old railway station. Aku lalu ikut tepi tasik yang belah sana. Walaupun matahari terang, tapi tak terasa panas sangat. Kat Dalat ni memang best nak menapak, ketiak tak berpeluh pun.

  
Tasik yang luas terbentang.


Aku nampak ni, tak tau apa benda. Macam menarik, tapi yang pasti under construction.


Sarang burung tak siap ni pulak sebelah bangunan yang kat atas tu. Dari jauh aku dah nampak mamat pakai baju biru 2 orang kat tepi tangga tu. Aku duk fikir apalah dorang melepak tengah panas camtu, macam kan takde tempat lain nak lepak. Bila dah dekat, baru aku perasan tepi tu laluan entrance ke Supermarket Big C.


Kemudian aku menyinggah ke taman bunga tak tahu nama ni. Takde lah besar sangat, tapi kemas dan bersih. Ramai yang melepak kat bawah pokok, berpiknik.


Bunga ni cantik, ada macam2 color. Macam pokok keembung pun ada jugak. Bila perhatikan macam tak pulak. 

Dari situ aku berjalan carik old railway station. Baca map ni aku memang failed, lebih2 lagi kalau map yang lukis tangan ni. Bila aku dah cover separuh tasik nak melintas ke sebelah sana, aku rasa dah silap jalan. Aku berpatah balik dan ke kiri lepas selekoh. In fact, lepas taman bunga tadi aku terus je lah instead of ke kiri. 

Kawasan tu agak berbukit sikit. Jenuh aku perhatikan kot2 ada signage yang menunjukkan old railway station. Mata duk perati jugak kalau2 nampak sesuatu yang boleh direlatekan dengan stesen ketapi. Aku dah lalu kawasan nama Yersin, tapi tetap tak jumpa pape. Last2 bila nampak simpang aku terus ke kiri. Berjalan lalu ikut rumah orang, jumpa stadium kat atas bukit dan aku akhirnya turun kat hujung tasik. Stesen ketapi tu tak jumpa pun.

Bila dah kembali ke tasik tu, aku ke Flower Park depan tu ajelah. Sebelum masuk ke situ, aku singgah beli air dulu. Kemudian bayar entrance fee VND 30k sebelum masuk ke dalam. Ada security jaga tiket kat entrance tu.


Masuk je entrance dah nampak ni. 

Penat berjalan punya pasal, masuk ke sini aku terus lepak bawah pokok. Ada banyak bangku disediakan, orang pun tak ramai mana. Senang je lah nak dapat bangku kosong. Dah hilang penat, aku panjat bukit bukit belah kanan entrance.


Ni bahagian depan entrance dari atas bukit yang aku panjat tu. Kalau kat bawah tu nampak kemas, tapi kat atas ni macam kurang terjaga.


Korang kenal tak ni pokok apa? Haaa, pokok ni kalau kat kampung aku kitorang panggil pokok kemunting. Buah dia tu kalau dah masak boleh makan. Best! Pokok kemunting ni aku tengok bersepah2 dorang tanam kat bahagian atas ni. Buah yang masak pun banyak. Aku rasa dorang kat sini tak makan kot. Geram je aku tengok.


Bukan takat pokok kemunting, pokok berries ni pun banyak. Buahnya yang masak ranum tu betul2 menggoda jiwa dan raga. Haish!

Kat atas bukit ni ada dua tiga greenhouse. Ada yang agak terbiar tak terjaga, dan ada yang memang dijaga. Ada jugak tempat dorang berniaga anak pokok dan benih kat dalam green house tu.


Antara bunga yang ada kat dalam taman ni.


Ni entrance dari dalam. Dari luar lebih kurang macam ni jugak. Elok je aku turun ke bawah balik, awan gelap macam nak hujan. So, aku lepak kat bawah tu melayan bunga dulu. Kalau hujan boleh aku berteduh kat pondok yang berlambak kat situ. Jenuh aku menunggu kalau2 hujan nak turun, tapi yang ada cuma rintik2 kasar. Kejap ada, kejap takde.

Agak dah malas aku nak menunggu, aku redah je balik. Dalam hati duk berdoa supaya tak hujan. Sudahlah nak sampai ke bilik jauh lagi, mau lagi 2km aku nak kena menapak. Elok aku keluar dari situ, rintik2 makin banyak. Tapi bila aku tengok ada je orang berjalan, aku pun sama meredah.


Awan masih gelap, risau jugak kalau2 hujan turun. Jadinya, aku berjalan laju2. Hasrat nak menyinggah aku padamkan terus. Kat tepi tasik ni, masih ramai yang setia memancing.

Just nice bila aku sampai ke hostel, hujan turun. Apa lagi, tanpa bertangguh aku terus selubung dalam selimut. Kalau tak hujan pun dan sejuk2 manja, kalau hujan lagilah sejuk. 

Dalam pukul 5 petang aku keluar lagi. Berharap boleh jumpa sunset walaupun langit mendung je. Masa nak keluar tu Lanh temankan aku separuh jalan. Dia nak tunjukkan vegetarian restaurant kat aku. Rupa2nya aku dah lalu pun depan restoran tu pagi tadi. Haish! Apasal lah aku tak perasan. Nama restoran tu Hoa Sen.


Setting dalam resto ni kemas dan bersih. Resto ni besar dan luas, kat tingkat atas pun ada. Tapi aku dah settled kat floor bawah ni je, malas nak panjat tangga. 


Aku order vegetable fried rice dari list menu yang ada. Rasanya kurang bermaya kat lidah aku. Mujur ada cili potong tu, boleh lah membangkitkan selera. 

Lepas dinner aku ke walking street lagi. Orang yang berniaga dengan orang yang melepak sama ramai. Aku redah masuk ke bahagian pasar buah, kurang sikit sesaknya. Agak2 makanan yang aku makan dah bertukar jadi tenaga, aku balik ke hostel. Sebelum masuk bilik, aku pesan dekat Lanh suruh dia buatkan aku toast dengan peanut butter untuk pagi esok. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...