Wednesday, January 9, 2013

day2 | bercanda ria hingga ke malam

Setelah kami selamat didaratkan di depan pintu masuk Taman Sari, dah bayar tambang dekat pak cik becak kami bergegas ke kaunter. Lagi 30 minit sebelum kaunter ditutup dan pengunjung tak boleh masuk dah ke dalam Taman Sari. Tiket masuk Rp 7000 per person. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam tu.


Pandangan dari luar sebelum melangkah masuk ke dalam. Untuk masuk ke dalam ni kami decide untuk ambik guide dengan bayaran Rp 30,000. Malas dah nak tawar menawar, maklumlah kami semua excited terlebih dah nak masuk dan explore kat dalam tu.


Mendaki anak tangga menuju puncak ke tempat Sultan bersantai menonton tarian sambil ditemani gundik yang dipilih.



Dari tempat tadi tu boleh nampak kesan runtuhan Istana Lama atau Istana Atas Air kat hujung sebelah sana. Kami akan menapak ke sana jugak nanti. 


Inilah main point kat Taman sari ni. Kolam mandian ni ada 3  bahagian. Yang jelas kelihatan ni tempat gundik bermandi manda dan salah seorang akan dipilih Sultan untuk sama2 mandi dengan baginda kat kolam belah belakang bangunan sana. Sebelah kolam ni adalah kolam mandian untuk anak2.


Inilah kolam private Sultan dan gundik yang terpilih tu. Agak tersorok dan ada privacy.


Kami kemudiannya dibawa memasuki Gerbang Carik ni. Sebelah dalam ni ada perigi lama, tempat bersantap, bilik tidur dan jugak kamar mandi untuk Sultan dan semestinya dengan si gundik. Oh, kat dalam ni jugak ada taman bacaan. Lebih kurang macam mini kampunglah kat dalam tu. 


Batu berlumut belah kanan ni menurut guide kitorang, adalah benteng suatu ketika dahulu. Sebabnya kawasan ni memang dilimpahi air. Kami lalu di celah2 kehidupan rumah penduduk kampung untuk ke Masjid bawah tanah. 


Laluan masuk ke dalam masjid. Masjid ni letaknya bawah tanah dan bahagian luar masjid ni dahulunya ditenggelami air, menurut cerita guide kami tu. Masjid ni berbentuk sfera, dan ada 2 tingkat.


Kat bahagian tengah ada tangga ni yang menghubungkan tingkat bawah dan atas. Tangga 5 penjuru ni simbolik pada Rukun Islam, tangga yang menuju ke atas tu simbolik pada Rukun Islam yang ke 5, menunaikan haji. Masa kitorang sampai ni, riuh rendah dengan budak2 sekolah buat lawatan. Nak ambik gambar pun susah, pantang tala kamera, mesti ada muka2 dorang menghalang pandangan. Rimas!


Istana lama atas air ni juga diberi nama Pulau Cemeti menurut papan tanda yang aku baca kat tepi tu. Kesan runtuhan masih belum dibaikpulih sepenuhnya. Mungkin dana tak mencukupi kot.


Antara kesan yang masih tinggal, terselamat dari gempa.


Tempat ni jadi tempat anak2 yang tinggal di sekitar kawasan ni bermain2. Walaupun ada larangan memanjat bangunan, tapi macam tak dihiraukan pun. 


Dari sini boleh nampak bangunan Taman Sari. Kami dibawa ikut short cut kembali ke tempat kitorang masuk tadi. Kitorang ambik keputusan nak berjalan2 sahaja dan ignore je pelawaan pak cik becak. Bila dah berjalan tanpa peta, akhirnya kami kembali ke pangkal jalan laluan asal masa datang awalnya. 


Sempat masuk ke sini sekejap. Sebenarnya kat pintu masuk ni lah pak cik becak tu nak turunkan kitorang. Dari sini boleh nampak bangunan lama tu. Lepas ambik gambar dan aku rehatkan kaki sekejap, kami sambung perjalanan.


 
Korang mampu kipas sate guna kipas angin? 


Sempatlah kami merasa sate kat sini. Sate kambing dan ayam. Nasi impit tu dipanggil lontong. Masa nak order tu ada option nasi dengan lontong. Rupa2nya kalau nasi memang nasi betul, bukan nasi impit. Lontong kat Malaysia kan berkuah, tapi lontong kat sini rupanya begini. Agak lembik sedikit tapi best jugak. Sate ayam tu okay, tapi sate kambing tu tak best sebab tengah2 tu diletak daging berlemak. Kalau daging aje best lah jugak. Jangan hairan bila sate tu dituang kicap kat atasnya, pelik tapi sedap. Kenyanglah kami bertiga. 


Jumpa rumah comel ni masa on the way balik. Kami ikut jalan lain, tak ikut jalan masa datang tadi. 


Aku suka rumah ni, yang tak menariknya bila terconteng kat dinding. Ukiran kat bumbung yang simple dengan pagar tu nampak comel dan klasik.


Jalan Malioboro yang sesak. Kami tak terus balik ke hostel, tapi meneruskan langkah ke Jalan Malioboro. Saja nak menambah perisa pada kemeriahan di jalan yang menjadi tumpuan di malam hari.



Benteng Vredeburg dah tutup, jadinya kami hanya ambik gambar dari luar ajelah. Cantik jugak formation air dengan lampu warna warni kat kiri dan kanan jalan nak masuk ke entrance Benteng Vredeburg ni. Bangunan berseri dengan cahaya yang korang boleh nampak hujung sana tu adalah bangunan Pos Indonesia dan Bank Indonesia.

Kami seterusnya ke deretan kedai dan gerai sepanjang Jalan Malioboro. Hajat di hati nak cari souvenir kalau ada yang berkenan. Orang terlampau ramai, berbahang rasanya. Sudahnya kami langsung tak berjaya nak rembat pape. 


Penimbang serupa ini masih digunakan secara meluas di sini. Korang tahu camana nak guna? Kalau dia tipu timbangan pun, memang aku tak tahulah kena tipu.

Hujan renyai2 dan kami pun decide balik ajelah. Since masing2 dah ada poncho, boleh pulak kami bertiga berponcho di tengah malam. Padahal hujan yang turun tak lebat pun, orang lain relax je tak berpayung berteduh pun. Dan boleh je buat tak reti berjalan balik ke hostel walaupun memang kami jadi tumpuan sepanjang jalan. 


Balik hostel letrik tak ada, black out kat tingkat atas. Jadinya bersambunglah gosip dan sembang kat bawah ni sehinggalah letrik kembali bertugas. Hostel ni asalnya rumah yang ditransformkan menjadi hostel. Staff hostel ni okaylah, helpful jugak. Cuma yang kurang best dorm kami berbau kayu. Mungkin perabot tu masih baru agaknya. Apa pun, aku tidur lena malam tu setelah malam sebelumnya tak selesa tidur dalam bas. 


Sunday, January 6, 2013

day2 | jogja dijejaki

Perjalanan yang panjang dengan keadaan yang cukup tidak selesa. Bas berhenti untuk kali ke dua di Gombong, itu pun aku tanya mamat yang sama naik dengan kitorang masa kat Rawamangun. Katanya lagi 3 jam baru sampai Jogja. 


Sementara tunggu bas meneruskan perjalanan, kami nampak pelangi pagi ni berbentuk half round. First time aku nampak pelangi bentuk camtu tapi camera aku tak mampu nak capture semuanya. Mudah2an selepas ini perjalanan kami seceria warna pelangi. Pelangi ni kejap je, pastu hilang. Waktu ni lebih kurang 5.30 pagi, tapi dah terang benderang, kan? 


Tangga bas ni tinggi giler! Kena bukak langkah tinggi2. Tiap kali bas berhenti, semua penumpang dihalau turun dan driver bas akan sapu keluar semua sampah. Pastu tinggal camtu je. Start dari sini adalah dua tiga group pengamen naik dalam bas. Pastu paksa2 orang pulak suruh bagi duit. &^%$#@!


Inilah rupa kat dalam bas tu. Seksa tau. Kerusinya rapat pastu sebaris tu ada 5 seat; 3 + 2. Ini bas ekspress ye, jauh bezanya dengan bas ekspress kat tanah air tercinta. Oleh itu, bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia; pesanan ikhlas lagi poyo daripada aku.

Akhirnya setelah lebih kurang 16 jam 30 minit perjalanan dari Jakarta, kami selamat tiba di Terminal Giwangan lebih kurang pukul 10 pagi. Masa ni terasa lega dan syukur yang amat. Setelah berjaya menepis godaan dan bertanya arah, kami akhirnya ambik bas mini bernombor 15 dengan tambang Rp 2,500. Pak cik konduktor tu turunkan kami kat simpang dengan direction ke hostel. Tapi bukan laluan tu sebenarnya. Lepas bertanya di EDU Hostel, dan dengan bantuan pak cik kat tepi jalan kami berjaya menjejaki tempat dituju. 

Lepas berehat, mandi dan makan tengah hari di hostel sebab malas nak cari makanan di luar, kami keluar untuk penerokaan pertama. Aku excited bila tengok ada pc dan free wifi, konon2 boleh lah check email, tapi hampa sebab pc tu tak boleh digunakan. Hiasan semata2. 


Untuk ke Kraton anda akan melalui pintu gerbang ni. Lepas berjalan nanti ada simpang ke sebelah kiri, kat situlah entrance untuk Kraton. Tapi sayangnya kami terlewat, kraton tutup pukul 2 petang. 


Perjalanan diteruskan ke Taman Sari. Kami ambik keputusan nak berjalan kaki sahaja dan berjaya menepis godaan pak cik becak. Masa ni kaki aku masih gagah menapak. Tak lama lepas tu kaki aku dah start cramp, dua2 pulak tu. Inilah pertama kali aku kena camni masa travel. Mungkin jugak kerana dah mengharung banjir dan berlama dalam bas, otot kaki aku kepenatan. Pape pun aku bersyukur sebab dapat travel partner yang baik hati dan memahami, thanks guys!


On the way ke Taman Sari tu, korang akan jumpa barisan kedai tepi jalan yang jual macam2 jenis burung. Kesian aku tengok burung2 tu semua, sudahlah dikurung, terpaksa berpanas pulak tu.

Tak jauh dari situ aku nampak apotek, terus singgah beli minyak panas dan sapu kat kaki. Lepas tu kami decide ambik becak untuk ke Taman Sari. Dari awal tak nak, dah hujung2 baru ambik. Pak cik yang first tu main kotor, dah lah charge mahal pastu tak sampai seminit berhenti dan bagitau dah sampai. Tercengang2 kami dibuatnya. Mujur pak cik yang second tu baik hati dan kami dihantar ke pintu masuk dengan jayanya. 


Friday, January 4, 2013

day1 | dan dugaan pun bermula

Bas kami berhenti di Terminal Rawamangun menghampiri pukul 2 petang WIB. Semua orang berduyun2 turun walaupun hujan masih lagi mencurah2. Kat tangga bas tu ramai budak2 offer payung, harus diingat bukan gratis, ya!

Masa berteduh tu sempatlah aku dan Nani merasmikan baju hujan yang dibawa dari jauh. Tanya jugak dekat brother kedai tu kot2 dia ada jual poncho, Izza tertinggal kat rumah. Aku tinggalkan dorang berdua kat situ dan pergi ushar kaunter tiket kat belah belakang terminal. Lepas dah dapat info yang aku nak, aku patah balik ke tempat dorang. Agak2 hujan dah reda sikit, kami meredah hujan ke Giant. Kaunter tiket tu letaknya depan Giant. Berjalan dari situ dah tak jauh dah. Tapi sebab hujan terasa macam jauhlah pulak.

Kami decide nak berteduh dalam Giant tu dulu sambil tanya2 sesiapa kat situ. Sempatlah Izza sambar poncho kat Giant tu. Masa Izza bershopping dalam Giant aku call Pak Adi. Malangnya tiket yang dah dibooking dah dijual kat orang lain! Masa tu aku terkedu kejap, cepat2 aku panggil Nani. Lepas tu aku try call kompeni bas lain lepas mintak nombor phone dengan Pak Adi. Yang bengang tu Pak Adi langsung tak ada rasa bersalah, malah dia letak phone sebelum aku habis bercakap! 

Nani suggest ke train station saja, tapi memandangkan hujan lebat dan jarak yang jauh, aku suggest patah balik ke terminal dan try cari tiket dari situ. Kalau takde jugak lepas tu baru carik solution lain. Masa Nani suggest train aku tetiba 'eh, dejavu!', sebabnya aku pernah mimpi scene tu malam tadi! Dalam saat genting macam tu boleh pulak teringat dejavu bagai, adess.

Since Izza dah dapat ponchonya dari Giant, kami decide untuk redah hujan ke terminal. Masa kami keluar dari bangunan tu hujan lebat mencurah2. Kami berdepan dengan dugaan kedua, banjir! Dalam keterpaksaan redah jugaklah air yang hampir separas betis tu. Kat tanah air sendiri aku tak pernah redah banjir, tapi kat Jakarta boleh pulak dengan selambanya membasahkan diri. 

Kaunter pertama aku tuju dan bertanya, akak tu kata tak ada. Tiba2 ada sorang akak kat belakang kaunter tanya aku berapa orang dan beg banyak ke tidak. Lepas soal jawab yang tak seberapa, kami pun belilah tiket dengan harga Rp 175k seorang dan ada orang akan pick up kitorang, hantar kat kantor bas tu. Masa tu aku dah tak kisah pasal hal lain, yang aku fikir cuma nak sampai ke Jogja besok dengan selamat!


Apa? Korang tak percaya kami redah banjir? Inilah buktinya... Masa ni kami dalam kijang, diangkut dengan penumpang lain untuk ke kantor bas. Masa berhenti kat traffic light, sempatlah aku snap gambar ni sebagai bukti dan jugak kenang2an. Dapatlah aku gelak sorang2 bila tengok balik gambar ni, hahaha...

Banyak drama dan sketsa tanpa pengarah sepanjang kami berhimpit dalam kijang tu dan jugak sewaktu di kantor bas. Dalam keadaan badan yang separuh basah, hujan dan asap rokok yang tak pernah berhenti dari terbebas ke udara, aku bersyukur sebab perut aku cukup memahami time travel macam ni. Tak pernah nak buat perangai, Alhamdulillah. 

Kami dijanjikan bas pukul 5 petang dan dijangka tiba di Jogja jam 7 pagi esoknya. Tapi pukul 5.30 barulah bas muncul. Bas penuh dengan keadaan yang tidak selesa, ditambah dengan macet yang menggila. Aku cukup takut dan tak henti2 berdoa bila driver bas bergaduh dengan driver-mana-ntah gara2 tak sabar. Mujurlah tak berpanjangan dan driver-mana-ntah mengalah. Walaupun bas beraircond, tetapi dorang bebas merokok termasuklah driver bas. Jenuh lah kami bertiga menyumbat hidung tapi tetap gagal. 

Tengah syok melayan lena, aku tersentak bila tiba2 bas digegarkan dengan muzik yang sekuat2 nya. Rupa2nya driver bas layan dangdut, pasang video dan volume tu aku rasa satu kampung boleh dengar. Kalau sebelumnya kena sumbat hidung, kali ni telinga pun nak kena sumbat jugak. Aduhai, perjalanan baru je bermula tapi macam2 dah terjadi. Memandangkan diri kat tempat orang, hanya mampu bersabar sambil menyumpah seranah dalam hati.

Bas berhenti rehat untuk kali pertama malam tu lebih kurang 8.30 malam. Aku lupa nama tempat tu, Dawarsari ke apa ntah. Yang pasti seberang jalan tu ada kantor polisi. Dalam setengah jam berehat, bas kembali menyambung perjalanan. Aku rasa masa lambat betul bergerak, rasa macam dah lama tapi bila tengok jam baru 5 minit. Berkali2 aku belek jam, compare dengan jam dalam bas dan jam kat handphone, kot2 lah jam aku mogok. Tapi semuanya sama je. Naik bas aku sambung tidur, kejap2 terjaga pastu tidur balik. Lenguh dan lemas tak usah ceritalah. 

...akan bersambung untuk hari kedua...


Thursday, January 3, 2013

day1 | perjalanan baru bermula

Pagi Jumaat, aku bangun lebih awal dari biasa. Kepala masih lagi pening2 lalat sebab aku tidur kurang dari 4 jam. Dengan bag yang masih kosong, belum dipack. Aku betul2 malas nak packing, mood semua tenggelam di Laut China Selatan. Tanpa sebab, tanpa alasan.

Dalam tergesa2 packing, aku terlambat dan tak sempat nak singgah breakfast. Terus drive ke KLIA. Lepas parking si kekasih hati, aku bergegas ke bawah dan ambik bas ke LCCT. Mujur aku tercepat 2 minit, kalau tak aku kena tunggu bas lagi sejam dan aku orang terakhir sampai di antara kami bertiga. 

Selalu dengan Pak Tony aku selalu upsize baggage last minute. Bila naik Pak Ghimau, aku ingat samalah conceptnya. Rupa2nya kalau nak upsize baggage kena buat selewat2nya 3 hari sebelum. Maka ke kaunterlah aku, sudahnya hangus RM 71.00! Itulah padahnya kalau suka sangat buat kerja last minute.

Ada drama sebenarnya masa kami nak masuk ke boarding hall. Masa beratur untuk scanning lepas immigration check, ada sorang uncle tu bergaduh dengan custom officer. Dia bawak durian dalam beg, officer tu suruh buang sebab mana boleh bawak benda yang berbau dalam flight. Lama jugaklah Nani dan Izza tersangkut gara2 dia. Aku lepas sebab aku masuk lane lain. 

Perjalanan kami smooth, penumpang tak ramai mana, banyak seat kosong. Aku tidur je sepanjang penerbangan. Kejap2 terjaga pastu sambung tidur balik, mengantuk yang amat. Sampai di airport, semua urusan berjalan lancar, dari immigration, baggage collection hinggalah custom. Keluar je dari building memang banyaklah yang mendekat, tapi kami memang tak layan.

Asalnya plan kami nak ambik free shuttle ke Terminal 1B seperti saranan Zilla. Lepas 2 kali terlepas bas, orang ramai yang amat dan kami memang tak terdaya nak menyelit punya. Nani suggest untuk tanya teksi. Masa kat kaunter teksi tu, dorang suruh kitorang ambik bus direct ke Rawamangun. Kebetulan pulak bas baru sampai dan kami cepat2 lari naik bas lepas bayar tiket kat kaunter sebelah. 


Bas Damri dalam perjalanan dari bandara ke Rawamangun. Dalam bas ni ada sticker, free wifi. Aku tak sure ada ke tidak, sebab phone tak canggih aku memang tak boleh detect. Ada wifi ke tidak, tak memberi sebarang makna pun.

Masa bas berhenti kat traffic light, aku pindah ke depan. Masa tu dah ramai yang turun. Aku tanya driver tapi dia suruh refer dekat konduktor. Lepas pung pang pung dalam bahasa yang aku tak faham, dorang geleng kepala kata tak tahu kat mana tempat tu. Masa aku duduk, pak cik sebelah aku tanya nak ke mana.  Katanya tempat yang dituju ni terminal Rawamangun, kat area situ lah tempat aku nak tuju tu. Boleh pulak dia ingat aku dari Medan. 

Masa sampai di terminal yang tak macam terminal, hujan masih lebat. Masa dalam perjalanan tadi hujan dah turun sebenarnya. Kami tumpang berteduh kat kedai paling hujung, dengan beberapa orang lain yang sama2 turun dari bas yang sama dengan kami. Mujurlah kami tak dihalaunya. 

Aku dah ngantuk, nanti sambung lagi... Kalau tak sabar, pergilah jenguk ke rumah Nani, Zilla dan Izza. Dorang rajin, pantas je update. Aku malas banyak, hehehe.

footnote: malam sebelum aku ke tanah jawa, my friend fly ke satu tempat yang tersembunyi. Aku cuma mampu hantar dia dengan doa je lah. Kali terakhir kami communicate malam tu dan sampai sekarang tak ada berita lagi dari dia, aku berharap semoga dia selamat sampai dan sihat2 sahaja. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...