Sunday, November 20, 2016

trip java | candi dan kawah

Entry ini adalah sambungan dari trip java | gunung prau.


Balik ke homestay, aku dengan CheqSue pindah ke bilik sebelah. Lepas cuci2 sikit apa yang patut, aku baring jap. Konon nak hilangkan penat sebelum mandi. Tanpa amaran, kitorang berdua terlena. Bila terjaga dah tengah hari rupanya. Lepas mandi dan solat, kitorang ke kedai makan depan homestay untuk lunch. 

Dah kenyang, ngantuk dan penat dah hilang baru kitorang discuss plan petang tu. Sepatutnya nak ke air terjun. Tapi disebabkan hujan, kitorang swap dengan plan pagi esok. Makanya, petang ni kitorang akan terjah tempat wisata di sekitar pergunungan Dieng ni. Lepas hujan ni, semua jadi sendu. Tambah pulak dengan kaki yang dah mula rasa sakit2.


Kami singgah di Candi Arjuna. Orang boleh tahan ramai dan kat hujung tu ada satu kumpulan tengah bekerja.


Bunga pink ni banyak di sekitar kawasan candi.


Candi yang paling hujung dalam proses restoration. Gigih dorang ni bekerja, langsung tak tergugat dengan kehadiran pengunjung.

Sebab bosan nak menunggu turn bergambar kat candi tu punyalah lama, aku dengan Izza berjalan ke arah bertentangan. Ada laluan cantik yang disediakan. Later Cheqsue join kitorang. Masa ni tak nampak bayang Dyl, so aku assume dia dengan Dwi.


Laluan yang cantik ni ada tangga tinggi di penghujungnya.


Naik dari tangga tadi, seberang jalan ada museum. Ingat nak ushar masuk, tapi kitorang tak jumpa entrance mahupun pekerja museum.


Kami kemudiannya ke Candi Gatotkaca. Lepas bergambar, kitorang patah balik turun ke Candi Arjuna.

Masa kitorang turun tangga nak patah balik, ada insiden berlaku. Kebetulan masa tu Cheqsue dah terlepas ke depan, so aku dengan Izza yang patah balik ke atas. That guy was holy big crap 😠! Even aku menyampah giler dengan dia sebab rude and smoking while yelling at us; which we clearly know that was not our mistake, tapi sebab tak nak kecoh2, I being good then. Terus hilang mood dan sepanjang jalan balik aku menyumpah seranah.


Mereka masih gigih bekerja.

Jumpa Dyl sengsorang kat bawah, tanpa Dwi. Kesian dia duk mencari kitorang. Since orang dah tak ramai, dapatlah kitorang chance nak bergambar. Lepas settle baru kitorang bergerak tinggalkan Candi Arjuna. 


Salah satu sisi candi.

Keluar dari Candi Arjuna, kitorang ke Kawah Sikidang. Perjalanan melalui Museum Kailasa dan Candi Gatotkaca. Elok je Dwi parking, semua berterabur nak bergambar. Pandai dorang ni, laluan ke kawah melalui pasar. Jenuhlah dorang menggoda kami suruh berbelanja. Jauh jugak dari entrance nak ke kawasan kawah.


Kawasan yang berasap besar tu kawah utama. Ada banyak punca air panas sekitar Kawah Sikidang ni.


Kawasan kawah utama ni berpagar. Pun ada jugak yang berani panjat pagar semata2 nak bergambar. Kalau runtuh pagar tu confirm masuk kawah.


Menggelegak air belerang ni. Duk kat luar pagar pun terasa bahang panasnya.

Kat kawasan kawah ni, selain dari yang berniaga hasil pertanian, ada jugak yang sewakan perkhidmatan untuk bergambar dengan haiwan. Ada kuda, burung helang, burung kecik warna warni. Kesian aku tengok haiwan tu, semuanya macam tak bermaya je. Agaknya banyak sangat hidu asap belerang. 

Lepas bergambar kat kawasan kawah utama tu, kitorang patah balik. Nak berlama2 pun, cuaca dah makin gelap. 


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...