Sunday, November 27, 2016

trip java | bahana mi setan dan mengejar sunrise di sikunir



That very early in the morning was a disaster. Aku tengah syok melenakan diri ketika tiba2 terjaga dengan perut yang memulas2. Dalam keterpaksaan, aku pasrahkan diri untuk bangun demi menyahut panggilan alam. Dalam sejuk beku, tuhan saja yang tahu betapa seksanya nak bersuci. Water heater macam tak berfungsi pulak.

Ingatkan dah boleh sambung tidur dengan lena lepas tu. Malangnya, tak sampai sejam lepas kejadian tadi, perut kembali memulas. Sekali lagi terpaksa membangunkan diri. Masa bangun second time ni, aku dah nekad. Andai kata perut aku tak okay sampai pagi, aku takkan join dorang pagi nanti. Aku tunggu kat homestay ajelah. Ini semua gara2 mi setan, bergelora perut aku dibuatnya. 

Masa alarm kejutkan pukul 4.00 pagi, perut aku dah okay dan plan diteruskan seperti dirancang. Rupa2nya dorang berdua kat bilik sebelah tu berharap aku cancel plan pagi ni, dan aku pulak berharap dorang yang akan cancel. Eloklah tu. Tapi dah alang2 dah bangun, dah bersiap, eloklah diteruskan saja. Mungkin ada rezeki kami pagi ni setelah kecewa di Prau semalam. 

Lepas parking, Dwi tunjukkan arah untuk mendaki dan dia patah balik ke kereta. Awal2 lagi dah semput, gigih paksa diri untuk terus ke puncak. Masa tengah hiking tu, matahari dah start keluar. Nak capture pun tak lalu sebab nak cepat2 sampai puncak. Lagi pulak view tak jelas sangat, terlindung dengan pokok kat tepi hiking trail. 

Aku tinggalkan Izza dan Cheqsue kat belakang. Masa aku sampai kat Puncak Sikunir dengan Dyl, orang dah ramai. Betul2 ramai, even Punthuk Setumbu pun tak seramai ini. Tapi yang tak tahannya bila bau rokok, stress! Dorang ni tak reti nak appreciate nature, udara segar dicemari dengan asap rokok. Hidung dan mulut memang sentiasa bertutup, nak ngelak bau rokok.


Hamparan awan jelas kelihatan dan di hujung sana, biasan matahari mula kelihatan.


Aku ingat awan tebal tu akan spoilkan suasana sunrise pagi ni. Tapi rupa2nya aku tersilap.


Cuaca makin terang. 


Rupa2nya awan tebal tu ada fungsinya. Maha Besar Kuasa Allah.






The best shot yang aku dapat, dengan matahari membulat kat tengah antara lapisan awan.




Sungguh pun matahari dah meninggi, tapi hamparan awan masih kelihatan. Nun di sana adalah puncak Sindoro dan Sumbing.

Lama kitorang kat atas tu. Puaslah bergambar dan berwefie. Alhamdulillah, semalam masa kat Prau kitorang tak dapat apa2, tapi hari ni Allah bagi sesuatu yang indah kat Sikunir. Benarlah kata orang, Puncak Sikunir terkenal dengan golden sunrise. Bila suasana dah bertukar panas, kitorang tinggalkan Puncak Sikunir.


Ada kampung yang terlindung di lembah sana. Kalau diberi pilihan, aku teringin nak duduk kat sini lama2.


Antara trail yang kitorang lalu. Ini part senang, ada banyak part yang tak berapa nak senang.

Masa perjalanan turun ke parking, ada banyak stalls jual makanan pagi tu. Kitorang singgah beli pisang goreng dan makan dalam perjalanan ke parking. Plan nak pakai baju kurung kat Puncak Sikunir tak jadi sebab orang ramai. 


Kami pusing lalu tepi danau tak tahu nama ni selepas turun dari Puncak Sikunir. 

Kat bawah ni ada surau, tak jauh dari danau. Ada banyak tents terpacak keliling danau. Rasanya tempat ni memang jadi tumpuan campers. Kat kawasan parking ni jugak ada banyak stalls. Kami kembali ke kereta dan kejutkan Dwi yang tengah lena. 


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...