Alhamdulillah, perjalanan selama 12 hari 11 malam berakhir jua. Pengembaraan paling lama takat ni, last year cuma 11 hari 10 malam. Syukur pada Ilahi kerana mengurniakan kami kesihatan yang baik, tiada sebarang kecelakaan berlaku.
Trip kali ni ada 3 kumpulan. Group pertama seramai 7 orang termasuk aku berlepas dari LCCT ke Lombok, Indonesia. Mendaki Rinjani, bermalam di Senggigi dan ke Gili Trawangan sebelum kembali ke Mataram. Di sini kami berpecah, 4 orang bermalam di Mataram dan kembali ke KL esoknya. Aku dan 2 lagi teman boarded bas Damri ke Maluk malam tu jugak. Seharian di Sumbawa sebelum kembali ke Lembar dan boarded ferry to Padang Bai, Bali.
3 yang lain tiba di Bali malam tu dan seorang balik ke KL esok paginya. 5 orang termasuk aku seterusnya ke Labuan Bajo few hours after that. Live on Boat selama 2 hari 1 malam, ke Taman Negara Komodo dalam misi menjejak biawak komodo.
Perjalanan 12 hari berakhir di Bali sebelum masing2 kembali pulang ke tanah Malaya yang dirindui. Sungguh, aku rindu nasi lemak dan roti canai! Tapi bertabahlah ye, aku memang tak sempat nak update blog ada ke yang menunggu nak baca blog aku?. Hujung bulan ni nak kena submit report untuk viva, trip ke Kuching pun tak abis lagi. Kerja hakiki pun berbaris menunggu sebab lama sangat bercuti. Walaupun capek, bersalin kulit, bertukar menjadi zorro dan kemudiannya pekerja bomba... aku enjoy. Memang menyesallah kalau menyesal.. erk?!
untungla blh g jejalan..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. =)
ReplyDeleteHello there,
ReplyDeleteKenal aku? kekkkekee..
bab bertukar kulit tu yang aku kagum sungguh..
Next trip mane?
harus tak kenal, kan kak jijah? ekekek..
ReplyDeletehahaha.. bukan semua org boleh bertukar kulit, haruslah ko kagum..
next trip? tunggu kamu offer travel together2 lah.. hihihi.. ;-)