Aku memang dah terkenal dengan habit last minute. Passport aku dah due hujung June yang lalu, tapi aku saja drag, tak nak buat awal. Bila next trip dah makin hampir, mulalah aku gelabah. Pagi Khamis aku ponteng lari kejap, konon nak renew passport kat Sungai Pelek. Kawan aku buat passport kat sana bulan March aritu, takde orang pun katanya. Itu yang aku buat tak kisah, last minute pun sempatlah konon. Putrajaya dengan Kajang memang dah sah lagi confirm orang ramai. Tapi kecewa sungguh aku, sampai2 je office lot tu berkunci rapat. Kat tepi tangga tu ada notis ditampal. Rupa2nya since 1 Ogos aritu dorang tutup terus operasi kat situ. Alasannya: tak ada sambutan.
Buat kat tempat ceruk, memanglah orang tak serbu sebab jauh nak ke sana. Sudahlah tak update kat website, betul2 menyusahkan pengguna. Bila dah jadi gitu, bertambah gelabah lah aku jadinya. Mulalah riki tempat mana yang tak ramai orang, kekononnya. Lepas call sana sini, aku akhirnya decide nak ke UTC Pudu Sentral aje pagi Sabtu. Angan2nya, lepas dah settle nak ke Pertama Kompleks, nak cari bag ganti.
Konon nak pergi awal pagi, 8.30 tu kalau boleh dah sampai sana dah. Tapi tanpa dirancang Jumaat malam tu aku bermalam kat Cyberjaya sebab dah lewat sangat nak balik pun. Pagi sewaktu azan Subuh tu aku balik ke rumah. Layan mata lepas Subuh buatkan aku terlajak tidur, 8.30 aku baru keluar rumah. Sempat singgah withdraw duit dan top up fuel sebelum aku park kereta kat Stesen LRT Sungai Besi dan naik LRT. Rasanya dah lebih 10 tahu aku tak naik tren, sejak aku ada kereta sendiri. Tapi kali ni aku tak yakin nak drive kat KL dan confirm aku sesat dalam terang. Terkial2 jugaklah aku masa nak beli tiket tu.
Masa kali terakhir aku naik LRT dulu2 tu, still guna tiket. Tapi bila aku kembali ke LRT hari ni, dorang dah guna token. Aku je yang ketinggalan zaman, padahal orang lain dah lama tahu.
Stesen LRT Sungai Besi, masa ni orang tak ramai pun. Dan aku tak adalah lama menunggu, kejap je. 9.42 aku naik tren dan sampai kat Stesen Plaza Rakyat 9.58pagi. Dalam tren banyak tempat kosong, mungkin jugak awal lagi. So, hati aku turut berbunga since dalam tren kosong, orang yang nak berurusan kat kaunter imegresen pun kosong jugaklah.
Sekali bila aku sampai, ambik! Orang yang beratur nak ambik nombor punya panjang. So beraturlah aku sekali dengan dorang. Pukul 10.22 masa yang stamping yang nombor aku, giliran yang ke 1320 dan masa tu baru turn orang yang ke 1040. Dalam pukul 11.00 lebih, nombor dah habis. Ramai jugak yang datang kemudian hampa sebab tak dapat nak proceed. Aku risau nak keluar pergi Pertama Kompleks, takut terlepas nombor. Sudahnya menunggu dalam bangunan tu seharian.
Bila terasa lapar aku naik ke tingkat 4, ada food court. Boleh tahan jugak makanan yang aku makan tadi. Harga? Bolehlah... nak kata murah tu taklah. Tapi kat atas tu orang tak adalah ramai sangat pun. Selesa lah untuk menjamu selera.
Menara Maybank dari level 4. Dulu2 sewaktu aku masih bergelar student, kat tangga Menara Maybank ni lah tempat untuk kitorang jumpa. Dan kat situ jugaklah tempat kitorang tunggu bas Melur nak balik ke Jasin, masa aku kat aviation school. Agaknya bas Melur tu ada lagi ke sekarang ni?
Menara KL dan building yang aku tak tahu.
Just before aku balik dari UTC lepas dapat passport. Orang dah tak ramai, lengang dah masa ni. Since dah malam aku cancel ke Pertama Kompleks sebab tak berani. LRT balik ke Sungai Besi pun cepat aje sampainya.
Aku nak singgah Mines, tapi bila tengok parking penuh terus aku buat U-turn dan balik ke rumah ajelah. Tak sanggup dah, pulak tu hujan renyai2.
Lama dan baru. Yang lama dah kena gunting, tapi oklah kulit depan aje. Yang baru ni bertambah muka suratnya. Suka aku baca note kat page 49:
Bearer has previously travelled onPassport no: AxxxxxxxxIssued at: KajangOn: 26/12/2008Which has been cancelled and returned.
Orait, untuk makluman korang yang nak berurusan di pejabat imigresen UTC Pudu Sentral, suka aku nak highlight few things. Ini based on pemerhatian aku, mungkin berbeza dengan pendapat dan pandangan orang lain.
- Memanglah kat UTC waktu operasi sampai 10.00 malam. Tapi kalau nombor untuk hari tu dah habis, maknanya tak dapatlah korang nak berurusan dah. Waktu operasi 8.30pagi hingga 10.00malam. Beroperasi setiap hari kecuali public holiday.
- Seeloknya datang awal pagi untuk secure tempat. Pak cik security bagi tau ada yang datang beratur seawal 7.30pagi. Aku ada sembang dengan sorang auntie tu, dia kata dia datang pukul 8.00, dah ada 3 barisan panjang queue untuk nombor.
- Kalau datang weekdays, orang tak ramai. So, kalau datang lewat pun insya Allah, anda akan dilayan sewajarnya.
- Dorang kata 1 jam lepas bayar boleh collect passport. Tapi hampir 2 jam jugak sebab orang ramai. Kalau masa tak ramai pelanggan mungkin boleh siap dalam masa 1 jam. Tunggu turn nak bayar pun lebih setengah jam. Bertabahlah korang semua.
- Kalau IC korang bukan yang ada cip tu, seeloknya korang pegilah tukar dulu. Ramai yang aku perasan kena pegi kaunter JPN buat IC baru. Kang dah melambatkan proses, orang lain pun turut sama terkena tempias.
- Kaunter jabatan lain semua lengang kecuali imegresen. JPJ agak ramai, tapi tak sehebat imegresen.
- Sebelum terlupa, kat kaunter ni cuma urusan apply passport dan renew passport untuk warganegara sahaja. Urusan lain tak ada.
Malam ni aku boleh tidur dengan lena sebab passport baru dah siap. Berbaloi seharian aku kat Pudu Sentral hari ni, setidaknya aku tak usik hari bekerja. Untuk korang yang rajin berjalan tu, jangan lupa check due passport korang. Cepat2lah pegi renew, tak usah nak tangguh2 lagi dah macam aku ni. Dibuatnya sistem down ke, tak ke haru.
hi anne..
ReplyDeletesy hr tu plan nk renew passport kt utc..tp ttp plk..tu last minit punye keje jgk la tu..last2..pg putrajaya..
nsb sempat dpt hr tu jgk..passport yg baru ni byk sikit prosesnya...ape2 pn legalah utk 5 thn ni..
saya malas nak ke putrajaya, sbb confirm ramai orang.. sesekali nak bertukar angin ke KL.. hihi.
ReplyDeleteitulah, lega untuk yempoh 5 thn ni je, lepas tu kena buat balik. saya nak email imegresenlah, suggest bukak cawangan kat Salak Tinggi ni, senang sikit..
anne..setuju sgt..kt nilai pun xde tmpt renew passport..klu ade blh jgk kt join renew skali..
ReplyDeletedah lama aku tak renew passtport..haha
ReplyDeleteAku baru je balik dari renew passport kat UTC Puduraya tadik ... mmg lame sesangatt.....
ReplyDeleteigtkan UTC lengang.. rupanya.. hihihi
ReplyDeletesy biasa bt kt Wangsa Maju..dtg awal2 pagi amik nombor pastu calling2 kawan.. kenkadang dapat cepat kenkadang dpt lmbt gak pasportnya
Baya,
ReplyDeletebetul tu, aritu dah call dorang & suggest, tapi rasanya nak kena email utk follow up. harap2 next time nak renew dah boleh buat kat sini... =)
Ijan,
Ko tak berjalan, tak renew pun xde hal.. klau cam aku confirm sangkut tak boleh ke mana2.. huhuhu
Azra,
Kalau pukul 4 lebih dah balik, tak adalah lama mana, hihi... smlm i settle semua pukul 8 lebih. boring tak usah citer lah.
Izza,
wangsa maju tak ramai sgt kot.. awak dekat kat sana. kalau kat pudu sentral ni mmg lemas lah..