Thursday, September 5, 2013

day1: kul - kch

Dek nak melayan frust sebab tak boleh nak merehatkan minda dan jiwa during my birthday, aku godek2 website Cik Mas. Sekali tengok ada promo return tix ke Kuching RM76.00! Demi impian nak ke Bako yang belum terlaksana, setelah berpuluh minit campur tolak darab dan bahagi, akhirnya aku rembat jugak. Travel date lepas raya. Since aku pegi sorang, tak payahlah nak plan beria sangat. Macam biasa, redah sampai sudah.

Entah macam mana aku tercerita pasal trip ke Kuching dengan Izza, aku ada bagitau dia.. 'jangan2 kita satu flight, sekali jumpa kat airport'. Masa tu dia kata aku pergi dan balik sehari awal, so aku decide nak join dorang time ke Bako ajelah. At least aku boleh save banyak bila share transport pergi dan balik, plus share satu bot aje masa kat Bako. Kebetulan dia pergi dengan another 3 friends, which I didn't even know them except for Izza alone. Dipendekkan cerita lepas ding dong ding, we are on the same flight! So, final decision aku stick dengan dorang from the beginning till to the end.

A day before, dorang decide nak pakai baju kurung dan konsep trip kali ni ala2 diva sebab suasana raya masih terasa. Since aku dah join dorang, haruslah aku pun kena sporting jugak, tak gitu? Adalah kelainan sikit untuk trip aku kali ni. Ieka yang hantar aku ke airport pagi tu pun macam tak percaya. Siap bumi Sepang kehujanan lagi pagi tu. Mana taknya, pakai baju kurung sambil pikul backpack! Jadi perhatian jugaklah dari masa Ieka drop aku kat tempat departure tu, sampailah turn aku nak drop baggage. Terasa aura glamour lah kejap, hihihi...


Bila aku tengok kapal ni, aku dah frust. Sebabnya ni kapal lama, bukan NG. Masa ni kitorang melepak kat tepi dinding dalam boarding hall. 


Breakfast dalam flight pagi tu. Aku ambik nasi lemak dan kopi. Sambal nasi lemaknya sedap.


Brother steward sedang melayan penumpang. Sebenarnya aku nak ambik gambar cart tu aje, tapi tiap kali aku click, mesti mamat steward tu muncul. Nak sangat tumpang glemer masuk blog aku gamaknya.

Landing tak best, menghampakan jiwa dan raga aku je. Apasal susah bebenor aku nak rasa smooth landing. Sesampai je terus aku ke toilet. Aduyaiii, sedih sungguh aku rasa, tandasnya berbau. Dah jadi double hampa aku pagi tu aje. Lepas clear imigresen luckily aku boleh guna passport yang masih berbaki 4 bulan before expiry date kitorang collect baggage. Nampaknya baggage kitorang je lagi yang tinggal atas carousel, berpusing2 mencari tuannya. 


Sementara tunggu pak cik kereta sewa sampai, kitorang lepak dulu area sini. Since aku nampak ada post box kat tepi tu, laju je aku ke sana. Dalam kedai ni ada kaunter pos, aku beli setem siap2 untuk pos poskad nanti. Kaunter pos tu bukak ikut normal working hours, so jangan berharap nak singgah lepas working hours. Convenient store ni memang sentiasa bukak je. Opss... aku mintak gam kat kedai ni lah, nak lekatkan setem.. hihihi.

Dah dapat kereta, lepas selesaikan segala urusan yang diperlukan maka perjalanan pun bermula. Masing2 sepakat nak singgah di Taman Sahabat on the way ke hotel. Setelah berpusing2 mencari, map yang ada langsung tak membantu, Razat siap call mintak bantuan direction lagi, pun tak jumpa. Gps tak usah ceritalah, lain tempat yang dibawaknya. Lebih haru bila tanya masa berhenti kat petrol pump, dorang tak tahu pun ada Taman Sahabat! Akhirnya sepakat membawa berkat, ke hotel lah tujuan kami. 


Bilik ni untuk 4 orang. Tapi kami rapatkan dan tidur berlima. Kain batik yang dijadikan hiasan kat dinding tu ada kisahnya selepas ini. Korang jangan lupa pasal kain batik tu, sebab dalam entri akan datang kain batik tu tetiba muncul dalam cerita kami.


Bilik kami mengadap sungai. Tuala yang cantik dibentuk ni pun ada cerita jugak lepas ni.


Keluar ke balkoni, setentang bilik kami ada kapal nelayan yang separuh karam.


Belah kanan ada jeti kecik, tempat dorang naikkan hasil tangkapan. Pagi2 meriah area situ, sebab ada pasar basah, tapi pasar basah tu kat bahagian daratanlah, bukan kat jeti tu.


Tengok belah kiri, itulah pemandangan yang korang boleh tengok. Lepas berehat dan tunaikan kewajipan dan buat apa yang patut, kitorang keluar untuk ke destinasi pertama since Taman Sahabat tu kitorang tak jumpa.


Sebelum keluar, aku snap dulu lampu yang cantik tergantung kat laluan antara bilik. Yang aku perasan, semua lampu dipakaikan dengan benda alah yang aku tak tahu namanya.

Turun ke lobi, staff hotel aku rasa mungkin manager hotel tu dah tunggu kitorang kat bawah dengan map lukisan tangan ke Kampung Budaya Sarawak. Asalnya aku tak nak masuk sebab dah pernah ke sana 2 tahun lepas, since dorang sumer masuk aku pun join sekalilah. Lagipun hotel bagi kitorang diskaun RM5 seorang untuk entrance fee ke SCV tu.

footnote: Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana mempermudahkan urusanku setakat ini. Soalan aku valid untuk research dengan sekali attempt. Lepas ni bertarung dengan result & report lah pulak. 


2 comments:

  1. anne,

    suspen ni tggu next story...jeng2...mcm ade misteri nusantara jer..

    ReplyDelete
  2. baya,

    relax.. takde misteri nusantara pun.. hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...