Sunday, November 18, 2012

indahnya percaturan Allah

Beberapa tahun yang lepas, sewaktu aku masih muda remaja sekarang pun masih tetap remaja; dihati, banyak sekali yang aku kesal dan kecewa. Kecewa bila apa yang aku impikan gagal menjadi kenyataan. Kecewa bila mana janji yang dibuat tak ditepati. Kecewa bila dilukai dan ditinggalkan. Waktu tu aku cuma nampak kecewa je, langsung tak nampak benda lain dah.

Dek kerana kecewa jugaklah aku belajar berdikari tak bermakna sebelum tu aku tak reti berdikari, keluar dari kepompong biasa, mencuba sesuatu yang baru. Akhirnya kini aku teraddicted!


Tempat pertama dalam percubaan secara solo. Hassle sewaktu berhadapan dengan kastam tak mematahkan semangat. Waktu tu langsung tak terasa takut, dalam fikiran cuma teringat nak pergi sejauh  yang boleh. Langsung tak prepare apa2. Bila diingat balik, kelakar jugak. 


Sewaktu nak ke sini, sebenarnya ada orang berjanji nak temankan. Tapi akhirnya jadi solo trip. Terima kasih kerana memungkiri janji, at least aku dah berjaya ke menara tertinggi di sini, dengan lif terpantas kurang dari seminit untuk ke tingkat 77. 


Akhirnya aku dah terbiasa keseorangan. Menikmati indahnya ciptaan Ilahi.


Tak pernah aku merancang untuk ke sini. Terjadi tanpa diduga. Alhamdulillah, walaupun berlainan bangsa dan bahasa namun ukhwah saudara seagama tetap terjalin. 

Mengembara banyak membuka mata dan minda aku. Kalau dulu aku banyak berkeluh kesah dengan apa yang aku hadapi, tapi kini sebaliknya. Allah gantikan apa yang aku hilang dengan sesuatu yang lebih bermakna, tak ternilai harganya. Padahal aku hilang sesuatu yang bukan milik aku pun. 

Aku berjumpa dengan kenalan baru, berkenalan dan berkongsi cerita tentang hidup. Menyedarkan aku bahawa aku tetap insan bertuah. Dipilih olehNya untuk menikmati hidup ini dari sudut yang berbeza. Menghayati erti hidup yang sebenar. 

Kalau dulu aku tahu inilah kemanisan yang aku dapat, tak perlulah aku nak membazir air mata berbaldi2 banyaknya. Sungguh, perkataan kalau tu harus dihapuskan. Cuma dulu aku terlalu leka bermain dengan perasaan, terlupa tentang ujian. Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan apa yang aku lalui. Mengajar aku menjadi lebih matang dan positif. 

footnote: selamat tahun baru 1434 Hijrah. Walau apa pun impian dan harapan kita, harapnya biarlah menjadi kenyataan. It just a matter of time, cepat atau lambat. Bersedialah untuk sebarang kemungkinan dan redha dengan apa jua ketentuan dariNya. Kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.  


5 comments:

  1. pengalaman mematangkan kita :)

    *selamat tahun baru, anne

    ReplyDelete
  2. sape yg berjanji tu.. i ke?? heheh

    ReplyDelete
  3. anne,

    rasanya sy dulu pn dh terlalu byk bazirkan air mata...sy rasa sy looser yg amat sgt...tp mase tu sy blm lg keje...xde duit..hanya mampu tgk jer org lain pg travel..

    semua yg terjadi ni telah mematangkan kita..6 thn dulu sy rasa hidup sy btl2 kosong..hampir setahun lbh br sy boleh bgn kembali..merangkak2 cr jln keluar...sedangkan org tu sdg berbahagia menjalani hidup dia..

    tp setelah berthn2 lamanya, sy bersyukur...tuhan dh aturkan yg die bukanlah yg terbaik utk sy..

    if not, sy xkan berada di sini...tuhan dh aturkan semuanya...cuma sy hrp sy dpt capai cita2 sy..bila tengok kapal terbang tinggi, seolah2 ada sesuatu di situ...alangkah peliknya jiwa kita ni..

    ReplyDelete
  4. baya,

    kita kan manusia biasa.. mudah sangat terbawa2 dengan perasaan.. tapi bila kita renung balik, baru kita sedar bahawa Allah dah sediakan yang lebih baik untuk kita..

    pangalaman mematangkan kita.. mudah2an segala impian kita jadi kenyataan dan dipermudahkan Allah.. macam mana dengan interview?

    =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...