Monday, November 12, 2012

day 4 | pencarian berakhir...

Dah penat berjalan tanpa jumpa apa2 yang menarik, aku berpatah balik. Saja aku jalan lambat2, sebab aku rasa masa macam lambat sangat berlalu. Sambil2 berjalan sempat jugak aku digoda pemandu motor, tapi sorrylah aku tak tergoda punya. Confirm tak!


Masa aku on the way ke museum tu, pak cik sampan ni masih jauh dari jambatan. Masa aku berpatah balik, pak cik dan sampannya dah dekat dengan jambatan yang dalam pembinaan tu.


Rumah yang terbiar, dan lorong sebelahnya adalah tempat peniaga pasar pagi. Masa ni diorang dah nak habis berniaga dah.


Cho Han atau Han Market tak jauh dari lorong dalam gambar kat atas tadi. Aku tak masuk pun, lalu je. Sebab dari jauh aku nampak macam diorang tengah potong2 daging. Mungkin belah dalam tu ada jual benda lain, cuma aku tak terasa nak masuk. 


Aku tak pasti ni bangunan apa. Adakah Bank Da Nang? Tapi nampak pelik pulak bila signage tu kat belah tepi. Bukan kot... lagi pun aku tak faham apa yang tertulis kat tembok tu.  


Akhirnya, sampai jugak aku ke sini. Poskad dan setem aku beli kat Hoi An, tapi urusan mengepos kat Da Nang. Senang je nak carik, tak jauh dari persimpangan ke Han Bridge. Mamat baju putih bertopi belah kanan tu driver motor, saja buat2 tak faham bila aku kata tak nak. Menguji kesabaran sungguh, haih!


Hanya di Da Nang. Letaknya tepi jalan raya, belakang sikit dari laluan pejalan kaki. Kalau tengah drive tetiba nak membuang, boleh je park kat tepi dan there you go!

Lepas check out aku sambung merayau tanpa tujuan, sekadar nak habiskan masa sebelum ke airport. Kat corner jalan yang sebaris dengan hotel aku ada shopping mall. Kalau tak silap Da Nang Square namanya. Dari jauh nampak macam gempak je, tapi bila masuk ke dalam... indah khabar dari rupa. Giant kat Nilai lagi gempak. Eskalator ke tingkat atas tutup, kedai yang ada pun macam hidup segan mati tak mahu. Last2 aku balik ke hotel, dalam pukul 1 aku gerak ke airport. 


Da Nang Intenational Airport, masih baru. Sekali tengok structure di sebalik dinding berkaca tu macam aircraft rib structure pun ada jugak. Dua kali tengok, eh bukanlah... hehe.


Bawah tu untuk arrival. Departure kena naik atas. Nama je international airport, tapi sunyi sepi. LCCT definitely lagi busy lah, kalau nak compare dengan Skypark tak sure lah pulak sebab dah lama aku tak ke sana.  


Mula2 aku cuma perasan half round yang aku tak tahu nak panggil apa, bila dah dekat baru perasan ada heli kat dalam tu. Mungkin berfungsi sebagai hangar diorang. Kalau fixed wing aku tak yakin boleh muat, confirm tersangkut tak boleh masuk. Kalau small aircraft mungkinlah boleh, but again depends on the aircraft model. First time aku nampak so called hangar macam ni. 


Selamat tinggal Da Nang! Panjang umur, murah rezeki mungkin kita akan bertemu lagi. 


Signage serupa ni berlambak di sekitar Da Nang. 

footnote: drinking water kat departure hall mahal giler. 10 kali ganda dari harga kat luar. Even Pak Tony jual air dalam flight lagi murah. Bukan takat cekik darah dah, segala benda dicekiknya. Bayangkan drinking water 500ml tu VND50,000! Total burn untuk trip ni kecuali tiket flight adalah $120.00. Dengan ini berakhirlah pencarian tak berpenghujung di Da Nang dan Hoi An. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...