Thursday, November 8, 2012

day 4 | mencari yang tak pasti

Bangun pagi gosok gigi
cuci muka terus mandi
pakai baju ....tetttt........
Disebabkan hari ni aktiviti bebas sementara nak ke airport, aku cuma berhasrat nak merayau2 mencari sesuatu yang tak pasti. Sekadar jalan2 cuci mata since jalan2 cari makan tak berapa nak relevan kat sini. Aku turun ke reception dan tak lama lepas tu pak cik bell boy semalam bawak aku ke ruang makan untuk breakfast. Aku cuma minta kopi je since sampai kat Vietnam ni aku belum minum pun lagi kopi Vietnam yang glamour tu.
  

Ruang makan ni tersorok di belakang tangga kalau dari reception dan terbuka luas mengadap jalan raya. Dari sini aku boleh tengok aktiviti penduduk di waktu pagi. Ramai yang bersarapan di gerai2 yang berderet di kaki lima jalan sebelum memulakan kerja.

Sementara nak tunggu kopi ni jatuh semuanya, aku sempatlah jot down apa yang patut dalam note book kecik aku tu. Fuhh! Kopinya pekat yang amat! Dah tentu2 lah pahit. Sudahnya aku mintak gula extra nak lawan rasa pahit tu. Walaupun aku peminum kopi yang tegar, kopi tu terasa pahit kat lidah aku. Kopi ni boleh buat berteko2 kopi lagi, bolehlah korang bayangkan betapa pekatnya kopi ni. 


Ada yang mencari rezeki di sungai ini.


Sculpture di sepanjang riverside. Kalau dalam entry sebelum ni gambar di waktu malam, ini pulak gambar di siang hari. Bila dah terang ni baru aku perasan, kat setiap sculpture tu ada plate tentang arca tersebut. Aku berjalan di sepanjang riverside ni menuju ke arah museum. 


Da Nang Museum of Cham Sculpture. Gambar atas dari entrance dan gambar bawah entrance ke Museum Cham. Dari sini boleh nampak bangunan VTV, stesen tv Vietnam. Gate ni untuk entrance je, exit kena lalu tempat lain.


Aku tak pergi ke My Son sewaktu di Hoi An hari tu. Sebenarnya tak terasa nak pergi pun. So kiranya inilah model temple tu. Kalau pergi pun sekarang ni dah tinggal runtuhan je. 


Cantik pengusung tu...


Manuskrip lama yang aku tak faham sepatah pun dan tembikar kecil. 


Duit syling zaman dulu2. Eh, zaman dulu ada duit kertas ke? 


Pagar kuning itulah letaknya Museum Cham ni. Bayangkan aku melintas kat roundabout ni, masa tu kenderaan tengah banyak. Sana sini orang duk hon tapi aku boleh buat selamba macam tak ada apa2. Bila ingat balik, ngeri jugak... haih!

Boleh tahan lama jugak aku kat museum tu. Banyak jugak patung tuhan diorang, tapi aku lebih berminat kat bahagian artifak. Lepas keluar dari museum ni, aku meneruskan pencarian yang tak pasti. Aku sendiri pun tak tahu ke mana, sekadar mengikut ke mana kaki aku bawa untuk melangkah. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...