Monday, November 5, 2012

day 3 | da nang

Adalah dalam 15 minit lepas aku tanya konduktor bas, akhirnya sampai ke destinasi. Akak konduktor siap panggil aku bagitahu dah sampai. Terima kasih, kak!


Bas kuning merah itulah yang bawak aku ke Da Nang dari Hoi An. Stesen bas ni besar, siap berpagar dan ada guard lagi kat entrance. Motor tak boleh masuk, masing2 tunggu kat luar pagar. Teksi boleh pulak masuk ke dalam. Mungkin kerana teksi berdaftar, dan sebaliknya bagi motor.

Aku berjalan keluar arah kumpulan pemandu motor berkumpul. Bila seorang pak cik tu approach, aku tunjukkan alamat hotel. Sebenarnya aku belum booking bilik pun, let say kalau tak ada aku akan carik kat area berdekatan. Masa aku tunjukkan alamat, pak cik tu kata okay dan aku agreed dengan harga. 


Perasan tak anak panah tu straight aje? Kalau kat Malaysia mesti ada curve. Perjalanan agak jauh jugak. Masa on the way ni, kami hampir accident. Minah berskuter tetiba aje himpit kami dan hampir bergesel. Masa tu aku dah cuak giler, tapi pak cik motor aku tu relax je. Dia buat tak tau pun bila minah 2 orang tu pandang macam nak marah. Hak eleh, dia yang salah ada hati nak marah orang pulak. 


Alhamdulillah, ada bilik kosong di Dai A Hotel. Aku ada check review pasal hotel ni kat TripAdvisor dan few hotels nearby. Bila ditanya antara bilik mana aku nak, of course lah aku pilih bilik berharga $20 rather than $25. Bilik ni agak luas dan selesa, bilik air pun bersih. Pak cik bell boy yang tunjukkan bilik dan bawak beg aku ke atas cakap 'terima kasih' dan tanya aku Muslim ke. Katanya lately ramai pelancong dari Malaysia compare last 2 years. Aku rasa sebab AirAsia buat route baru ke Da Nang, itu yang ramai Malaysian ke mari. 

Petang tu aku keluar nak cari restoran. Receptionist hotel bagi map dan tunjukkan restoran halal yang berdekatan dengan hotel. So, berjalanlah aku di petang hari. Rupa2nya aku tersilap laluan, itupun sebab dah jenuh berjalan tak jugak jumpa. Bila aku tengok balik map, confirm sesat! Tapi last2 jumpa aje, hehe.

Mumtaz Indian Restaurant, tak jauh dengan Han Riverside letaknya. Kat luar restoran aku dah nampak banner tertulis Halal Food, kebetulan masa tu ada pekerja restoran kat luar dan dia mengiyakan bila aku tanya halal food. Masa browse menu, liquor pun ada. Last2 aku order beriyani udang dengan jus nanas. Mahai giler, total burn untuk dinner VND 167,000 untuk rasa yang biasa2 aje. Masa tunggu makanan sampai, sempatlah aku tilik keadaan dalam restoran, baru aku perasan banyak botol arak dengan satu patung gajah dengan colok yang dah dibakar kat belakang kaunter. Masa ni aku dah pasrah je, sepenuh hati membuang perasaan was-was. 
  

Aku tak terus balik, tapi menyeberang ke Han Riverside. Nak jugak tengok apa aktiviti dorang malam2 macam ni. Sebelum berjaya melintas jalan. Da Nang lebih sibuk jalan rayanya kalau nak dibandingkan dengan Hoi An yang sepi and tenang. 


Boleh tahan ramai orang kat sini, siap bawak anak2 bermain lagi. Ada jugak yang pasang hammock dan bersantai kat penjuru pagar. Cuma kat sini sedikit gelap, dan tak semeriah riverside kat Phom Penh. 


Sculpture macam ni bersepah2, di sepanjang riverside tu. Macam2 bentuk, macam2 aksi.  


Seberang sana yang agak meriah dengan lampunya. Dari ini boleh nampak Han Bridge yang glemer tu, sentiasa bertukar warnanya. Ada perkara yang tak best kat sini. Masa aku tengah ambik video, adalah sorang uncle ni tergesa datang ke arah aku. Okay, aku buat derk aje, tempat awam. Unless kalau orang tu kacau aku barulah aku bertindak. Sambil ambil video aku boleh nampak uncle tu mencangkung kat sebelah tempat aku berdiri. Tup2 aku dengar bunyi berdesir. Damn! Uncle tu membuang! Cepat2 aku stopkan video dan blah, tak kuasa dah nak tunggu lama2, aduyai...

footnote: berakhir hari ke tiga, dan esoknya aku akan pulang ke Kuala Lumpur. Mak cik tu pandang semacam je bila aku senyum. Baru sampai Da Nang dah tak kenal orang senegara, menyampah betul dengan orang2 sebegini. Oppss, saya senyum bukan nak goda husband mak cik, tak teringin pun! 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...