Wednesday, May 5, 2010

perth - hari ketiga

Hari ke tiga merupakan hari terakhir aku di Perth. Aku akan meninggalkan tempat penuh kenangan ini dan tidak pasti bila lagi aku akan dapat berkunjung ke mari. Walaupun seketika cuma, namun aku cukup bahagia berada di sini, cukup selesa!

Pagi2 lagi aku dah keluar dari lodge setelah inform staff kat lodge yang aku akan check out pukul 3.00 pagi esoknya. Kemudian aku ke Esplanade Bus Station untuk mengambil bas ke Fremantle. Dari Fremantle aku ambil train untuk kembali ke City of Perth. Dengan train aku merasakan perjalanan lebih pantas berbanding bas.

Aku rasa sayang dan sayu hati ni nak meninggalkan Perth yang nyaman, bersih dan tenteram. Juga orang2nya yang peramah dan tak lekang dengan ucapan terima kasih. Aku rasa cukup selamat selama berada di sini, mungkin juga kerana aku tidak menghampiri Northbridge di waktu malam. Itulah yang dipesan David, cuba jangan dekati kawasan tersebut di malam hari. Dan aku sememangnya bukanlah kaki clubbing!

Setelah pulang dari Fremantle aku kembali ke Swan River untuk membeli buah tangan yang terakhir. Sempatlah jugak aku melayan perasaan di Swan River tu, sambil mengenang nasib diri, huhuhu... Entah bila lagi dapat aku kembali ke sini.

Jom layan gambar di hari terakhir.


Ini hari ketiga aku di sini, uncle ni masih tak berjaya nak melintas jalan. Padahal aku rasakan melintas jalan di Perth ini cukup mudah berbanding KL!


Kesian kanggaroo ni, asyik melompat je sampai jadi patung!


Aku rasa bunga ni pun banyak ada kat Malaysia tapi aku tak tahu namanya. Jangan tak tahu bunga raya pun banyak ditanam di sini. Gambar ni aku snap kat Stirling Garden.


Mawar ini berkembang mekar di Stirling Garden.


Pokok berdaun hampir kuning ni aku snap sewaktu dalam perjalanan ke Esplanade Bus Station William Street. Masa ni aku nak ke Fremantle.


Fremantle Train Station, tempat pertama yang kujejak di daerah Fremantle sebaik sahaja melangkah turun dari bas.


Fremantle Post Office; boleh dilihat dengan jelas dari bangunan Fremantle Train Station.

Ada jugak bangunan gereja kat sini.


Jalan raya di Fremantle ini kurang dipenuhi kenderaan.


Fremantle Esplanade; ramai jugak pengunjung yang menjalankan aktiviti bebas di sini. Angin sepoi2 bahasa dari harbour berhampiran boleh menyebabkan mata memberat. Tapi rumput di sini tak se'best' di Kings Park.


What say you while looking at this pic?


Nampak tak seagull tu hinggap di pokok ni. Bunyinya, mak ai bingit satu esplanade ni dengan kicau seagull ni.


Fish and chips ni harganya AU$12.50. Aku tak mampu nak habiskan sebab banyak sangat. Aku ingatkan tak panas mana, chips ni menyebabkan lidah aku melecur! Seharian aku 'menderita'!




Fremantle Harbour, banyak betul kapal mewah yang berada di sini. Rata2nya bewarna putih. Kalau akulah kan, mesti aku colourkan kapal aku dengan warna kuning, barulah ceria!


Aku menarik nafas lega apabila melihat papan tanda ini!




Setelah jenuh berpusing akhirnya aku bertemu juga dengan Fremantle Market. Seperti kata Brandon, orang Malaysia memang suka ke pasar! Ada2 aje lah.


Ini suasana dalam pasar kering di Fremantle Market. Memandai je aku bagi nama, hahaha... Di sini juga aku bertemu dengan seorang peniaga yang berasal dari Thailand. Seronok sungguh dia bertemu dengan aku, jumpa orang serumpun barangkali.


Di luar bangunan pasar utama ni ada pertunjukan dari lelaki ni. Bagi aku pertunjukan tu biasa2 aje, tak ada yang istimewa pun. Lelaki ni berdiri di atas dua rakannya dan menimbang2 tiga bilah parang. Namun mat saleh memang sporting, tepukan yang diberi memang gemuruh!


Ini ruangan pasar basah di Fremantle Market. Kebanyakannya buah-buahan, sayur dan makanan dari pelbagai negara. Tak ketinggalan penjual seafood dan daging mentah.


Satu2nya cinema yang aku jumpa di Fremantle ini.


National Hotel yang dalam renovation di salah satu persimpangan di Fremantle.


Nampak tak lima beradik yang sedang membuat persembahan tu? Di Murray Street Mall ni ramai jugaklah artis jalanan macam ni. Dan orang yang menyaksikan pun turut sporting. Lebih kurang macam kat Central Marketlah kalau kat Malaysia ni.


Murray Street Mall; di kiri dan kanan laluan ini merupakan deretan butik dan pasaraya. Juga ada beberapa buah cafe' di kaki lima. Harga barangan di kedai tu menyebabkan aku hanya sekadar menjamu mata.


Inilah Townsend Lodge, tempat penginapan aku selama berada di Perth. Their staffs are friendly and helpful.


I bought these grapes at Fremantle Market. Very sweet and crunchy! Aku mengunyah anggur ni lah bagi mengelakkan ngantuk. Takut terbabas tidur dan tak terjaga untuk check out at 3.00 o'clock in the morning. Sudahnya aku asyik berulang alik ke tandas, sejuk!


The view of Swan Bell Tower from the other side of view point.


Pokok palma ni memang banyak di tanam di kawasan ni. Mat saleh ni berbasikal di petang hari, diorang ni rajin betul exercise. Kalaulah aku pandai ride bicycle, for sure I'll rent it and cycling around this area.


Ini merupakan antara laluan yang digunakan pejalan kaki di pesisiran Swan River. Di depan sana ada pembaikan sedang dijalankan.


Swan Bell Tower dibayangi remang senja.


Sempat berdating di remang senja, dah lah sejuk. Agaknya menunggu sunset kot, hahaha...!!


Kepantangan aku bila melihat bunga bewarna kuning, mesti nak capture. Kuning bisa menceriakan hati yang berduka lara.


Di hujung padang sana ada sekumpulan lelaki sedang bermain kriket. Di sebelah sana pokok yang indah berbaris itulah Swan River yang dipisahkan hanya oleh jalan raya dan laluan berbasikal dan pejalan kaki.


Inilah gambar terakhir yang aku ambil sebelum pulang ke lodge, juga gambar terakhir di bumi Perth dalam kunjungan kali ini. Harap2 lain kali aku berpeluang lagi untuk menjejakkan kaki ke sana.

footnote: sesekali berpeluang melancong ke luar negara di hari istimewa memang berbaloi. Walaupun banyak duit yang dihabiskan namun hati cukup puas. Tidak salah sesekali memanjakan diri setelah penat bekerja.

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...