Tuesday, May 4, 2010

perth - hari kedua

Hari kedua aku di Perth and today is my birthday! Aku keluar dari lodge agak lewat. Masa tu dah pukul 11.00 pagi. Sebaik aku melangkah je keluar dari lodge, gerimis menyambut aku. Cuak jugak kalau2 makin lebat, tapi syukur Alhamdulillah gerimis tak berpanjangan. Tapi best apa berjalan sambil gerimis turun, sejuk je. Macam salji pun ada jugak, hahaha.... tak habis2 dengan angan2 tak berkesudahan. Aku singgah di sebuah store, beli charger adaptor sebab aku tak dapat nak charge battery due to different type of plug and the adaptor cost me AU$8.00.

Aku ke Kings Park dengan menaiki bus no 37 and the bus ride is free within the town! Agak lama jugaklah aku habiskan masa kat situ. Peter hantar sms nak datang jumpa aku kat Kings Park sekiranya dia berkesempatan. Tapi kemudiannya dia hantar sms bagi tahu tak sempat nak datang dan aku tak kisah pun. Jenuh jugaklah aku meronda tapi tak semua ceruk aku jelajah. Penatlah jugak menapak sebab keadaannya yang berbukit. Ada bas yang disediakan untuk jelajah seluruh taman tapi aku tak sure nak ambil kat mana. Kat Perth ni bas hanya berhenti kat tempat yang ditentukan sahaja dan tak akan berhenti di sebarang tempat.

Lepas balik dari Kings Park aku singgah sebentar di Esplanade dan beli Veggies Currypuff untuk mengisi perut. Kemudian aku berjalan ke Swan River yang terletak bersebelahan dengan Esplanade. Namun jenuh jugak kaki nak menapak dan tabiat mat saleh di sini diorang memang suka berjalan kaki, laju pulak tu.

Beli t-shirts untuk aku, Bonda dan Sarah, juga souvenir untuk teman rapat. Tak boleh beli untuk semua, kopak wallet aku! Dah lah currency tinggi, pastu harga pulak tak menahan mahalnya.

Area situ tak besar mana pun, ada jetty untuk syarikat boat yang menawarkan perkhidmatan mereka. Ada roda pusing yang aku tak tahu namanya di sini, juga yang menjadi mercu tanda mereka Swan Bell Tower.

Dalam aku duk melayan perasaan di situ, aku ditegur dengan satu suara 'apa khabar?'. Dalam hati berbunga dengan harapan ada orang Malaysia di situ. Bila aku menoleh, rupanya mat saleh yang tegur aku sambil tersenyum. So, aku pun lepaklah dengan dia sambil tunggu matahari terbenam.

Brandon, lelaki kacukan Burma di sebelah bapanya dan ibunya Australian nampak agak berusia padahal baru berumur 23 tahun. Banyak yang kami bualkan, terutamanya tentang kisah hidupnya yang membesar di jalanan setelah ibunya memberikan beliau kepada kerajaan Australia untuk dibesarkan sewaktu berusia lapan tahun. Terlibat dengan jenayah, dadah, minuman keras dan rokok menyebabkan dia dipenjarakan selama tiga tahun sewaktu berusia 17 tahun. Mula mengenal gereja sewaktu berusia 18 tahun semasa di penjara walaupun dilahirkan dalam keluarga Roman Katolik. Namun sekarang semua itu sudah ditinggalkan kecuali rokok balut seperti yang banyak terdapat di Malaysia.

Tak habis2 dia bercerita tentang rendang kegemarannya, juga sambal yang pedas dan dia mengakui pandai memasak kari. Dia tergelak besar dan menyatakan akulah satu2nya perempuan Malaysia yang ditemuinya tak tahu memasak bila aku beritahunya yang aku memang tak pandai masak. Bahasa Melayu yang dituturkan adalah lebih kepada bahasa Indonesia, tambahan mempunyai ramai kenalan berasal dari Indonesia sewaktu berkunjung ke gereja.

Menyaksikan matahari terbenam di hari lahirku yang ke 30 di tempat asing merupakan detik terindah kerana impian aku tercapai walaupun ditemani stranger yang tak aku harapkan.

Kalau diikutkan memang banyak yang aku nak coretkan, tapi mesti korang jemu nak baca kan? So, korang layan je lah gambar yang aku snap di hari kedua aku di Perth, Western Australia.


Gereja memang banyak terdapat di Perth ni. Di celah bangunan tu, korang boleh nampak ada construction sedang berjalan. Nama aje city tapi tak busy pun dengan kenderaan.


Dalam bangunan moden megah berdiri, ada jugak gereja lama yang masih beroperasi.


Bangunan bewarna coklat itu pun gereja jugak. Tapi yang menarik perhatian aku adalah bangunan kaca berpetak di sebelahnya, unik!


Main entrance di Kings Park. Taman ni tak berpagar pun sebenarnya. Pokok yang ditanam di tepi jalan ini memang agak berusia dan rata2nya lebih dari 60 tahun berdasarkan maklumat yang terdapat bersebelahan dengan pokok tersebut.


Pemandangan City of Perth dari Mount Eliza, Kings Park. Bangunan yang melengkung dan berbumbung putih tu Transperth Esplanade Bus Station.


Mat saleh ni memang tak kira waktu kalau nak berjogging tu. Pukul 1 tengah hari pun diorang jogging. Alaa.. lagipun memang tak panas pun. Sejuk berangin jer, walaupun matahari memancar terang.


Cantik tak?! Cantiklah... cantiklah.... best tu kalau dapat baring dan golek2 atas rumput ni. Sempatlah aku merasa empuknya rumput yang terbentang luas ni.


Kat Kings Park ni memang banyak tugu. Cuma aku je dah tak larat dan tak sanggup nak ambik gambar patung tak bernyawa ni banyak2.


Aku tak tahu apa nama tempat ni dan macam mana nak ke sana. Gambar ni aku snap dari Mt Eliza, Kings Park. Airnya hijau, mesti sejuk.


Cuaca kat sini memang mendamaikan jiwa yang keresahan. Hahaha... ayat jiwang karatlah plak.


Monumen perang, dalam tu ada list name mereka yang telah terkorban. Aku lupa pulak peperangan tu bila dan di mana.


Pemandangan Swan River dari puncak Mount Eliza, Kings Park.









Best betul bila dapat berehat atas rumput macam ni, tambah pulak boleh relaxkan kaki yang penat berjalan.


Pokok besar dan kecil banyak terdapat di sini. Menambahkan kehijauan dan menenangkan jiwa. Seharian di sini pun aku tak rasa puas. Seronok sangat!


Gazebo macam ni banyak jugak terdapat kat Kings Park ni, tapi apa yang aku perhatikan kebanyakan mat saleh ni suka melepak ataupun berpiknik atas rumput. Aku pun sama, sebab rumputnya best sangat!


Transperth Esplanade Bus Station, terletak di William Street. Staff Information centre kat sini peramah, uncle tu panggil aku 'adik'. Ada jugak mat saleh yang tahu bahasa melayu walaupun sedikit.

Swan Bell Tower; pemandangan dari jauh. Bentuknya agak unik.


Swan Bell Tower close up. Aku tak sempat nak naik, sebab waktu terakhir yang dibenarkan naik adalah 3.45 petang. Aku selalu sampai kat sini dah nak pukul 4.00 petang.


From the jetty in front of Swan River.


Suasana senja di Swan River. Kat atas bukit tu merupakan Kings Park.


Roda Pusing ni aku tak tau namanya apa. Kalau kat Malaysia dipanggil Eye On Malaysia.


Tercapai juga hasrat aku nak menyaksikan sunset di depan Swan River di hari lahirku yang ke 30. Perancangan awal aku seharusnya berseorangan, tetapi takdir Allah menentukan Brandon menemani aku.


Sunset yang mendamaikan hati, menenangkan jiwa.


Burung2 ni macam tak reti sejuk aje. Aku dah hampir menggigil, pashmina aku simpan dalam beg, malas nak keluarkan.


Sebelum balik aku sempat capture gambar roda pusing ni. Kesejukan menyebabkan niat aku nak mencuba naik terbantut.


Veggies Currypuff dengan Brownies Mocha untuk dinner. Karipap tu aku beli kat kedai peniaga yang berasal dari Vietnam dan harga sebiji karipap ni AU$1.70, mahal kan?


Aku cukup suka dengan air ni, bangun pagi2 air inilah yang aku cari dulu. Namun harganya tak menahan, kalau tak silap AU$3.50; lebih kurang RM10.00 untuk sebotol ni.

footnote: kalau korang berkesempatan berada di Swan River di sebelah petang, pasti anda akan bertemu dengan Brandon. Lelaki yang mempunyai tatu Rozario (nama bapanya) di lengan sebelah kiri itu memang peramah.

2 comments:

  1. tercapai jugak u nak celebrate birthday kat swan river.... takde kek ke? x pe... brandon tu pon jadik la buat teman... tak la boring sangat..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, tercapai hasrat di hati. Allah gantikan kek dgn Brandon, buat teman i.. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...