Sunday, May 2, 2010

perth - hari pertama

Agak terlewat untuk aku coretkan tentang perjalanan aku ke Perth, Western Australia bersempena dengan ulang tahun aku yang ke 30.

Pesawat A330 300 selamat tiba di Perth International Airport lebih kurang pukul 5.20pagi. Udara sejuk yang menyambut ketibaan menyebabkan aku mengemaskan balutan pashmina ke badan. Aku disoal siasat dengan agak lama di kaunter kastam memandangkan aku berseorangan dan kali pertama ke Perth. Aku tahu, investigation ini adalah untuk memastikan bahawa aku bukanlah orang suruhan raja dadah yang sering menggunakan gadis2 untuk membawa dadah ke luar negara. Apabila aku menerangkan dan menunjukkan segala perancangan aku beserta dengan maklumat dari konsulat yang kuterima, mereka nampaknya sedikit berlembut. Tambahan bila aku memberitahu kerjaya aku, Lisa; kakitangan kastam yang memeriksa aku tak habis2 memuji dan berkata 'you are very intelligent girl!' Sempat dia wish happy birthday kat aku dan berkali2 berterima kasih atas kerjasama yang aku berikan. Kalau nak diikutkan rasa marah dan hangin, memanglah panas hati ni. Tapi bila dikenangkan itu adalah tugas mereka maka aku merelakan sahaja. Lagipun buat apa aku nak takut, sedangkan aku tak bersalah.

Keluar sahaja dari balai ketibaan, aku ke kaunter Airport Shuttle untuk mengambil shuttle ke lodge penginapan. Tambang AU$18 dikenakan untuk setiap orang. Aku langsung terlupa nak ambil gambar Airport Shuttle yang membawa aku ke lodge. Dalam perjalanan dari airport ke lodge, aku disajikan dengan pemandangan yang indah dan menarik. Sukar untuk diungkap dengan kata2. Dan aku tak sempat nak snap gambar dari dalam shuttle.

Selepas check in and called Bonda, aku menyambung tidur. Mengantuk dan penat masih berbaki dan terjaga lebih kurang pukul 10pagi. Selepas mandi dan bersiap aku keluar menuju ke Caversham Wildlife Park, atau juga dikenali sebagai Whiteman Park. Jenuh aku berjalan dan bertanya orang bagaimana nak ke Transperth Esplanade Bus Station, William Street. Alhamdulillah, ramai yang membantu dan aku berjaya mendapat penerangan yang berguna.

Di sepanjang perjalanan ke sana, aku cukup suka melihat rumah2 yang dihiasi dengan pokok mawar yang berkembang mekar. Hampir kesemua rumah aku lihat ditanam dengan pokok mawar. Memang mengasyikkan dan mengujakan!

Sekarang korang boleh layan gambar sepanjang hari pertama aku berada di Perth.


Di hadapan main entrance airport.


Sunrise yang menyambut kedatangan aku di Perth International Airport. Masa ni dah nak pukul 7.00pagi, tapi sejuknya boleh tahan.


Aku lupa gambar ni aku capture kat mana. Yang pasti masa aku nak ke Wellington Street.


Forrest Place, berhadapan dengan bangunan General Post Office, dan jugak Perth Visitor Centre. Ini sebenarnya kawasan lapang, berada di antara Murray Street Mall and Wellington Street.


Dari Wellington Street Bus Station ni aku menaiki bus ke Esplanade Bus Station di William St, berjalan kaki pun boleh aje sebenarnya. Bus station ni bersebelahan dengan Perth Train Station.


Morley Bus Station. Dari Esplanade William Street aku harus menukar bas di sini sebelum ke Caversham Wildlife Park. Masa aku ambil gambar ni, ada polis tegur aku. Dia kata untuk ambil gambar aku perlukan surat kebenaran. Bila aku tanya 'should I delete this picture?', dia kata 'no need, just keep it to yourself'. Apa2 lah.. may be sebab aku kata aku dari Kuala Lumpur kot, masa dia tanya aku dari mana.


Entrance ke Caversham Wildlife Park. Dari sini nak ke reception lebih kurang lima minit menaiki kereta. Anda tidak perlu berjalan kaki walaupun anda datang dengan menaiki bas seperti aku. Dekat pintu pondok sebelah kanan tu ada intercom, tekan dan bila bersambut bagi tahu operator anda memerlukan courtesy transport. Sementara menunggu, anda boleh duduk di bangku sebelah kiri tu. Kalau berjalan tak jauh mana pun, tapi kata David it's far enough for a girl from Kuala Lumpur! Apa apa aje lah.


Pokok Banksia, kalau tak silap aku nama lain bagi pokok ni birthday candle kot.. lupalah. Sebab bunganya macam candle, cantik di mata aku.


Ini close up bunga Banksia tadi. Cantiklah di mata aku. Di mata korang tak tahu lah camana.


Ini macam pegaga, tapi ada bunga purple putih pulak. Pegaga ada bunga ke? Mana adaa, kan? kan?! Nampak macam menarik, aku snap ajelah.


Rusa, ayam dan biri-biri dikurung di dalam satu kawasan yang sama.


Jangan tak percaya, kat sini pun ada unta. Tapi sayang, time aku datang ni takde plak camel ride, kalau ada sure aku join sekali.


Pekerja di Molly Farm memberi makan biri-biri. Berebut2 biri-biri tu, kelaparan agaknya.


Korang nampak tak ekor dan kaki anaknya yang terjuntai keluar dari poket? Hehe.. macam best je...


Dah besar pun masih menyusu lagi!


Aku cukup suka dengan pokok ni. Menarik!


Beruang Koala ni pemalu, mukanya terlindung di sebalik daun. Dalam sehari 20jam dihabiskan untuk tidur dan empat jam lagi untuk makan. Bulunya tak lembut dan tak kasar. But adorable to touch.


Tasmanian Devil, patutlah namanya cenggitu, mukanya pun nampak jahat. Pantang dengar orang, laju je dia datang dengan muka garangnya.


Gambar terakhir yang aku ambil untuk hari pertama, juga gambar terakhir di Caversham Wildlife Park.

footnote: bertemu, berkenalan dan berbual dengan David Thorne memang mengujakan. Lelaki berusia 69 tahun ini masih aktif dan boleh berbahasa melayu, walaupun sedikit.

2 comments:

  1. anne,
    mana gmbar u nie??n mamat2 tuh??

    ReplyDelete
  2. gmbr i xde, utk simpanan peribadi shj, xbleh expose. mamat2 tu, i x bergambar pun dgn diorg..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...